Wednesday, September 24, 2008

AFK- Away From Keyboard

Semalam pagi aku bercadang nak pergi buat pasport. Bukan kerana kehabisan muka surat, bukan tamat tempoh, dan bukan juga kerana kehilangan. Kali pertama. Korang nak gelak aku tak bole nak halang. Yang pasti korang tak gelak depan-depan aku. Korang gelak depan PC masing-masing je. Aku ingt nak keluar opis dalam pukul 8 pagi. Harap-harap aku sampai awal, bole la balik awal.

Kak Ija bagi tau aku ade nak kena hantar switch pulak pagi ni. So kena la amik no siri siap-siap untuk rekod kitorang. Kalau aku buat lepas aku buat pasport mesti tak sempat. Takpe la, aku amik sebelum aku keluar.

Sehari sebelum tu aku dah browse internet siap-siap. Cara-cara memohon pasport kat website Imigresen. Borang aku boleh download je tapi kena print depan belakang. Dah safe RM1. Kalau aku fotostat banyak-banyak bole je aku jual kat sesape yang nak memohon pasport pun boleh ni. Aku jual je la RM0.50. Bole ke kaya kalau jual borang ni? Boleh tapi lambat la. Aku pun saje je la print extra sekeping. Mane tau ade buyer pulak. Aku pun sediakan document sokongan yang diorang nak.



Selesai kerja aku pun terus la merempit ke Plaza Metro Kajang. Aku pun beratur la nak amik nombor giliran 4 digit (bukan nombor ekor). Aku pun serahkan la borang yang aku dah siap isi dengan salinan fotostat ape yang perlu. Gambar pulak nak yang background biru. Gambar background biru yang aku ada pun gambar nikah je la. Dah tentu la pakai songkok time tu. Confirm la tak boleh. Kena la aku gi amik gambar instant kat situ.

Selesai serahkan semua yang diorang nak dan bayar RM300. Lagi 2 jam pasport aku pun siap. Sementara tunggu tu aku terus ke Bangi pulak untuk ke Pejabat Amanah Raya Berhad. Ini sebab nak selesaikan uruskan harta pusaka arwah mak aku. Bercerita lebih kurang dan dapatkan penjelasan yang sepatutnya. Aku pun bawak la balik borang-borang yang perlu.

Nak menguruskan harta pusaka ni hanya ada 3 cara. Cara yang pertama melalui Amanahraya. Ada jugak la percent yang diorang kenakan. Cara kedua dari pejabat tanah. Itu pun kalau arwah ada tanah sendiri dan bukan tanah pusaka. Yang ketiga melalui Mahkamah Tinggi. Ini kena ade lawyer la pulak. Cas diorang pun mesti la tinggi jugak.

Selesai berurusan di Amanahraya aku balik ke Kajang untuk amik pasport. Sementara tunggu pukul 1 aku gi je la windows shooping dulu. Mane tau jumpa ape-ape yang menarik. Aku pun memang tak beli ape-ape pun lagi untuk raya ni. Ada jugak yang berkenan tapi masih ada second thought lagi. Nanti-nanti je la. Aku pun terus gi Imigresen balik dan amik nombor lagi. Sekejap je lepas tu aku pun dapat la pasport aku yang pertama. Lepas ni dah bole nak gi jalan jauh-jauh.

Ini la rupa gambar instant yang aku amik tu.

Aku tengok pun kelakar la jugak gambar tak ready yang aku amik tu. Tapi yang pastinya aku dah ada pasport dan bole nak pergi melancong.

Yaahoooo...!!

9 comments:

Tijah said...

wah! pasnih tokyo drift la ko eh jek??

Kak Senduk said...

wah abang dah ade pasport sekarang..leh lah bawak senduk pi jalan2 ek..tp apasal gambar abang cam skema tahap dewa dalam pasport tu..sedihhhh tul..hhuhuhuhuh

NieZearm said...

k.jah- harus tu harus...

miss reezberry- Nama pun gmbr instant. belum sempat nk senyum dk kena snap. bukan ade org lain nk tgk sgt pun. setakat imigresen tu tak luak lagi saham..

susudalambotol said...

kau nak pergi mana ha?

Yaya said...

zam, aku nak no. fon amanahraya bhd???

afiq said...

wahh duet da berkepuk ke?? agagaga...kot pakai ic x bley ek melancong...kihkihkihkh

NieZearm said...

sdb- insyaallah nk pergi tokyo..

yaya- ini no main diorg, 03-20557388. kt jln ampang, kl.

afiq- br nk bg berkepuk la ni. klau sbh srwk bole la pakai ic je.

Anonymous said...

wahh..dah ade pasport tu...jauh boleh terbang.

Rasanya lepas raya pun nk g buat pasport gak...erk...mintak borang satu

:D

NieZearm said...

bole.. mmg ade standby lg borang ni utk kwn2..