Arini aku official menjaga counter promotion kat Giant Nilai.. Alang-alang group aku dah pakat seminggu nak bertapa kat sini. Aku pun join je la. Dah angin bertiup ke situ, jadi lah lalang yang berjaya. Follow je....Tuesday, April 5, 2011
Counter Strike!!!
Arini aku official menjaga counter promotion kat Giant Nilai.. Alang-alang group aku dah pakat seminggu nak bertapa kat sini. Aku pun join je la. Dah angin bertiup ke situ, jadi lah lalang yang berjaya. Follow je....Saturday, July 12, 2008
Part 8 - Hunted Past
Abang Jep sambung balik pertarungan carrom dengan JG. Aku ambil kesempatan untuk bertegur sapa dengan kawan-kawan aku kat situ. Masa aku borak-borak tu Jijah cakap En Bob nak jumpa aku. Ye ke? En Bob tak ada massage aku pun. Tak apalah. Aku pun dah sampai sini. Aku pergi je la bilik dia. En Bon nampak aku datang terus ajak aku lepak bilik dia. En Ahmad pun kebetulan keluar dari biik dia dan terus join perbualan yang baru nak bermula.
Tetiba soalan tentang kerja aku yang ditanya. En Bob dengan En Ahmad dah dapat aduan dari F48 yang sengal tu. Tapi ex-bos aku ni tenang je tanya sebab musababnya. Mungkin sebab diorang lebih kenal aku.
Aku tak tahu nak mulakan cerita macam mana. Ape yang terkeluar dari mulut aku mula-mula. "Dia seorang yang tak professional." Terkejut la jugak bila ex-bos aku ni dengar aku cakap macam ni. Terpaksa la aku bercerita untuk defend diri aku ni.
Nak dijadikan cerita En Bob ni kenal dengan F48 ni. Sama masa diorang melaporkan diri dulu. Bole pula dia cakap macam-macam pasal MeCD. Dia tak sedar ke yang dia tu kat 'Jabatan' je. Ketua kepada seksyen je. Berapa kerat sangat la staff yang dia kena handle. Itu pun dah kelam-kabut. Sebelum ni tak ada sesiapa yang berani melawan dia selain aku. Tu yang terkesima sekejap tu. Aku tengok sampai sekarang website tu tak launch lagi.
Mungkin dia ingat diri dia dah cukup hebat, dah lebih gempak. Suka-suka hati je nak kutuk orang lain. Diri sendiri tu dah perfect? Dia ingat aku akan dapat report yang buruk la jugak kat MeCD. Dia tak tahu perbualan dalam meeting loghat *** tu aku dah rakam. InsyaAllah akan aku hantar salinan ke JPA.
Antara perkara yang terbaru yang terpaksa aku hadapi ialah mengisi borang aku janji dan borang tapisan keselamatan. Nak kumpul semua maklumat tu tak la susah sangat tapi nak dapatkan tandatangan F48 ni. Boleh pulak dia bagi macam macam alasan dan sebab. Nak cari pasal la tu. Bagi aku senang ade. Kalau dia tak nak tandatangan nanti, aku bagi kat bos atas dia. Biar Puan SUB(P) tu sendiri handle staff kesayangan dia ni.
Tuesday, June 17, 2008
Part 7 - Barakah
Dia bercerita pasal F48 ni yang tak pandai mengurus orang. Kononnya dia ni orang teknikal tak macam PTD. PTD ni dilatih untuk mengurus orang dan F48 ni baru nak blaja jadi bos. Dia cakap lagi yang dia dah banyak betulkan F48 ni. Dulu lagi teruk. Patut la F41 atas aku ni pun mintak nak tukar jugak dulu. Bos F44 aku yang baru masuk 4 hari pun dah mintak nak tuka. Tak nak kat bahagian tu. Yang SUB ni pandai sangat simpan mangkuk macam F48 ni kenapa? Dia dah tahu yang mamat ni memang bermasalah. Aku pulak dia nak sekolahkan. Dia cerita la pasal di pun tak sempat nak makan sampai standby roti kat bilik. Kalau Saidina Omar tu tutup lampu kalau nak buat kerja sendiri sebabkan nak barakah rezeki tu.
Part ni memang kelakar. Nak cerita basal ‘barakah’ dengan aku. Aku masuk kerajaan ni guna sijil Politechnic yang aku angkut sama dengan buku laporan practical aku dulu. Aku bawak sekali sijil baikpulih komputer dan networking yang aku ambil sendiri kat Cosmopoint. Tapi gaji yang diorang tawarkan kat aku ni gaji SPM. Perbezaan gaji walau pun RM300 lebih je. Kalau dah 5 tahun lebih kurang RM20,000. Dah bole kalau aku nak beli Kawasaki Ninja 250R yang baru tu cash. Siapa la yang buat tawaran tu dan tolak permohonan anjakan gaji aku tu jawab je la esok. Barakah sangat ke kalau gaji dibayar tak setimpal dengan kerja. Korang jawab la sendiri?
Dia query la pulak pasal cuti aku. Kerja kerajaan dah lama, dah jadi SUB pun. Pasal cuti aku pun boleh diorang persoalkan. Diorang ingat aku ni baru masuk kerja ke. Kelayakan cuti dikira ikut bulan. Cuti aku bersambung ye dari jawatan dulu dan akan bertambah ye bukan berkurang. Sila maklum. Aku dimaklumkan F48 ni nak bagi aku
So aku nak tanya balik, adakah aku yang bermasalah? Aku dah nak buat
To be continue...
Part 6 - Cuti
Aku dapat cuti tanpa rekod untuk hari Khamis dengan Jumaat tu. Tapi aku tambah lagi 3 hari walau pun isnin tu memang dah cuti. Selain nak menguruskan hal-hal arwah. Aku perlu untuk mengumpul kekuatan untuk kembali bekerja. Pagi dan petang terutamanya akan mengenangkan aku kepada arwah. Kami redho akan pemergian mak tapi rindu yang mambuatkan air mata tu melimpah jugak.
Hari Jumaat aku kembali bertugas. Tetapi fikiran aku masih lagi teringatkan arwah. Mungkin mudah untuk orang mengatakan, “sabar” dan “takziah.” Berat beban yang ditanggung oleh setiap orang ni tak sama. Kasih, sayang dan rindu ni tak bole nak dikira.
Aku duduk je kat partition aku sambil melayan perasaan blues aku ni. Ape yang berlaku kat sekeliling aku dah tak berapa penting. Tetiba datang F48 ni bersidai kat partition aku ni.
F48: Kamu pergi mana lama tak datang?
Aku: ??? Mak saya meninggal. En. Wan tak tau ke?
F48: Tahu. Tapi kenapa tak bagi tahu opis kamu tak datang.
Inilah dia melayu. Bos Along aku yang cina tu pun lagi bagus. Bole suruh je cuti dulu. Bila dah rasa ready nak keja nanti baru apply balik cuti tu. Dia bole sebok pasal aku tak datang keja la, cuti aku tak ada la, bole amik tindakan tatatertib la, bole potong gaji la. Memang tak guna punya manusia. Ape benda yang keluar dari mulut dia ni aku dah tak nak dengar lagi dah. Hampeh! Kesian kat mak bapak dia la dapat anak macam ni.
Aku tak cerita lagi pasak meeting bahagian loghat kampung dia ni. Aku tau la kebanyakan staff kat situ satu negeri dengan dia. Kalau aku berada kat negeri tu aku faham la jugak kenapa. Ini kat Putrajaya ni. JPM plak tu. Mane la aku tak cakap dia ni tak professional. Pengerusi cakap loghat. Kalau sepatah dua tu aku boleh terima lagi. Sejam ni beb aku terperangkap kat situ. Kalau aku upload dialog meeting diorang ni confirm korang muntah baca.
Di hari rabu tengah hari. F48 ni cakap kat aku Pn SUB nak jumpa aku. Aku macam dah agak je sebab pagi tu ade Mesyuarat Pagi. Confirm la lepas tu jantan ni mengadu kat bos perempuan ni. Aku pegi je la jumpa. Kalau F48 ni ade la mesti suruh aku pakai coat, name tag, tie. Aku pakai pas keje aku aje cukup. Nak aku pakai coat, aku gi tempah lepas tu anta resit kat korang. Bole bayar ke? Kalau tak bole jangan banyak songeh. Aku ketuk pintu bilik dia dan disuruh masuk. Time tu dah dekat nak pukul 1 pm.
To be continued...
Part 5 - Hunch
Aku sampai rumah je hujan pun mula turun dengan lebat. Elok la aku tinggalkan alien tu kat opis.
Nak dijadikan cerita aku bercuti 13 – 22 Mei 2008. Ikutkan aku tak ade masalah pun kat opis. Keja nak update website pun aku dah tahu nak buat ape. Tapi ade perasaan berat untuk aku meninggalkan rumah tak tahu la kenapa. Yang bestnya sanggup plak aku berulang seramban je minggu tu. Yang pastinya aku rasa berbaloi la sebab aku dapat teman arwah mak aku ni di hari-hari terakhir dia. Mak aku menghembuskan nafas yang terakhir pada 15 Mei 2008, Khamis malam Jumaat. Arwah baru je selesai menunaikan solat Maghrib. Masih lagi dalam telekung, arwah duduk di atas katil dan membuka Al-Quran untuk membaca surah Yassin. Tiba-tiba sesak nafas dan panggil ayah aku. Ayah ku terus mengajar mengucap dan di situlah mak yang aku sayangi meninggalkan kami.
Kebetulan aku dan isteri balik sekejap ke rumah Putrajaya. Lama sangat rasanya tak tengok rumah aku tu. Aku kluar gi makan kejap petang tu kat Presint 9. Dalam perjalanan balik, aku singgah kat Petronas. Ingat nak gi ATM. Belum sempat kereta aku masuk parking. Tipun aku berbunyi. Aku kluarkan dari poket seluar dan nampak nama “Dear Dad” kat screen. Aku ingatkan mesti la mak aku yang pinjam telefon ayah ni. Mak pun dah lama tak topup. Bila aku angkat je aku dengar suara ayah.
Aku: Hello! Assalamualaikum…
Ayah: Acik! Mak ko pengsan haa. Balik cepat. (Suara ayah aku cemas)
Aku: Ok Yah. Acik balik sekarang.
Aku terus pass tipon aku kat wife sebelah aku ni. Tak jadi la nak singgah ATM ke isi minyak ke. Berbekalkan minyak yang ade je ni aku pecut terus balik Seremban. Dalam kepala aku masa tu ade muka mak aku je. Aku rasa semua kereta kat hiway ni lembab. Kalau tak dapat nak overtake belah kanan, belah kiri pun bole. Masuk lane kecemasan pun ada. Aku kejap-kejap tengok jam. Aku exit kat senawang. Kebetulan traffic light hijau je aku lalu. Tapi sampai kat depan pejabat kastam, ade la 3 buah kereta depan aku ni. Lembab nak mampos. Macam la nak pegi safari or cari parking. Aku tak bole nak overtake langsung. 50 ke 60 km/h je. Siot betul. Kalau aku bawak Big Foot la, aku lenyek je badigol-badigol tu. Aku amik shortcut tapi jalan batu tak berturap lagi. Apesal la kerajaan tak reti nak turap jalan alternative ni.
Dari jauh aku nampak lampu Ambulans. Aku sampai terus je parking tah macam hape. Keluar kereta terus masuk rumah. Sesape yang dah ade dalam rumah aku tah tak pedulik aku terus tuju bilik mak aku. Disitulah mak aku dibaringkan. Isteri aku dah menangis dah. Aku tak pedulik, aku nak tengok dulu muka mak aku. Perlahan aku bukak tudung putih yang menutupi muka mak aku tu. Betul la. Mak aku yang berada disitu. Aku terus cium pipi dengan dahi. Lepas tu barulah pipi aku basah dengan air mata.
Sunday, June 15, 2008
Part 4 - Majikan
Sebelum aku terlupa, Datuk ni plak selalu sangat cakap "KSN." Masa kitorang tunjuk website yang under construction lagi ni, mesti dia nak compare dengan JPA. Semua orang tau dia ni asal dari JPA. Tak payah JPA je jadi contoh. Ini la masalahnya kalau tak tengok website lain. Tak tau website mane yang dapat award. Jangan la compare website kerajaan je. Compare la dengan orang luar. Baru kau tau tahap mane korang ni. Buat la homework sket. Tak salah kalau sekali sekala benda baik tu dijadikan teladan. Kalau JPA je yang best ape tak keja
Time lunch arini aku tak keluar break. Aku kena siapkan minit dengan panggilan mesyuarat. Aku tanya la F41 aku ni dia cakap pakai sistem GOE. Macam mane? Hantar macam biasa la. Kebanyakan orang kat situ aku tanya cakap benda yang sama. Aku pun cari la ape keistimewaan sistem GOE ni yang boleh invite meeting. Aku buat la tanpa ade orang yang nak tunjuk. Pukul 2 lebih baru selesai aku anta invitation tu. Perut dah lapar. Aku kontek member aku kat Eset. Dia pun ajak aku pegi makan. Jawapan yang aku tak payah proses dalam otak, automatik je keluar dari mulut. Ok. Lepas minum, makan la kuih sikit. Aku pun balik la ke opis aku yang hampeh tu. Dalam perjalanan aku dapat panggilan telefon dari F48 ni. Terus dia marah aku sebab minum tak ikut time. Aku cakap la dengan dia aku dalam perjalanan balik dah ni. Bla..bla.. bla..
Sekarang ni KSN tak bagi orang minum pagi pukul 9 ke pukul 10 ke. Tak ada dalam Perintah Am. So, time keja kena keja. Boleh pulak ade pasukan khas untuk ambil gambar pegawai yang makan diluar waktu makan. Maknanya pukul 1 sampai pukul 2 tu aje boleh makan. Tak ada keja ke KSN ni? Setahu aku la kerja tangkap orang makan ni kerja CC (Chief Clark) je. Bagi aku senang aje kalau nak ajar orang-orang yang skema ni. Sebelum time keja, kalau orang datang ke bunyi telefon ke jangan layan. Time makan kita makan walau pun keja tak siap dan ade deteline. Sharp waktu balik terus balik. Baik aku spent time dengan bini aku ke kawan-kawan aku ke. Ingat senang ke nak claim overtime ni. Kena buat
Sepanjang aku ada kat opis ni memang macam hampeh la. Stress betul aku. Di petang yang sama, F48 ni panggil aku masuk bilik dia. Time tu dah dekat 5.30 pm. Tak apa la aku layankan saje mamat yang keja dengan Datuk ni. Aku memang dah hilang respect dengan dia ni. Keja kelam kabut. Datuk bagi teguran pun dia rasa macam dah teruk sangat la dia kena belasah dalam meeting tu. Aku rasa macam biasa je masuk meeting. Aku tak paham ape yang dia stress sangat ni. Datuk dah blah je dia pun mengadu kat Pn SUB(P). Aku dapat la dengar ayat-ayat manis dia ni mintak simpati. Dia tanya lagi kenapa aku kluar makan tak ikut time. Kenapa itu kenapa ini. Aku kena la cerita balik kat dia ni. Al-maklum la, dia ni lembab sket.
F48: Ape status arini. Dah follow up dah perkara-perkara dalam minit aritu?
Dengan jujur aku jawab
Aku: Diorang tak dapat dihubungi tapi reminder kat e-mail saya dah hantar.
F48: Kamu dah pergi kat tempat diorang?
Aku: Saya dah tipun tapi diorang tak ada kat tempat.
F48: Kamu kena cari jugak diorang ni?
Aku dah panas. Tak reti bahasa ke atau mamat ni memang bengap tahap papan. Maka dapatlah dia jawapan yang agak manis dari aku.
Aku: Saya tak ada pulak no telefon peribadi diorang yang boleh saya kontek bila-bila masa dan saya tak ada pulak alamat rumah diorang ni yang boleh saya datang sesuka hati.
Muka dia dah berubah.
F48: Kalau saya dapat kontek diorang ni macam mana?
Aku: Alhamdulillah! Saya lagi suka. Saya pun malas nak deal dengan management yang leceh macam ni.
Lepas tu aku pun tak ingat dah ape yang aku cakap dengan dia. Yang aku tahu masa tu dah dekat nak pukul 6.00 pm. Dah lama lepas time kerja aku. Aku blah macam tu aje tinggalkan dia terpinga sorang-sorang macam alien baru sampai bumi. Aku perdulik apa. Korang yang nak sangat berkira time dengan aku.
To be continued...
Part 3 - Hipokrit
Masa ni aku mula la mencari salah siapa aku dicampakkan kat sini. Salah SPA ke? Diorang ni menjalankan amanah oleh Seri Paduka Baginda. Bila ada jawatan kosong dalam kerajaan dan segala perhitungan dah dibuat. Diorang akan iklankan dan calon-calon yang dirasakan layak untuk di interview akan dapat la
Apa yang aku nampak masalah kat sini, kekosongan yang ada dalam kerajaan ni tak diiklan dan diisi dengan betul. Nak cari orang yang pandai develop web, interview la untuk tu. Kalau nak cari yang bole develop sistem, cari la orang yang betul-betul tau language ape nak guna. Macam mane nak link ke database yang sepatutnya. Kalau orang teknikal pulak tau la hardware ape nak guna dan macam mana nak setting. Jangan la main belasah je janji ade Diploma komputer ke, diploma IT ke dah bole la buat suma keja. Gilo! Kalau kat swasta bila ada kekosongan jawatan contohnya macam programmer untuk develop system yang mahir dengan PHP dengan SQL. Diorang akan interview orang yang ada kemahiran tentang jawatan yang diorang nak sandang nanti.
Cerita panjang lebar macam bagus F48 ni tapi aku plak kena buat minit mesyuarat. Hah! Aku kena buat minit? Bila masa plak aku belajar ilmu mengambil minit ni. Bila plak aku amik kursus jadi setiausaha? Ape kaitan develop web dengan buat minit ni? Diorang tak ade PA ke nak buat minit ni? F41 ni cakap plak klau dulu masa aku blum masuk sini dia yang kena buat. Korang tak terasa bodoh ke? Disebabkan ada "arahan dari masa ke semasa" untuk setiap jawatan dalam kerajaan ni. Diorang gunakan la suka-suka nak mengarah orang. Bengang-bengang pun aku buat la jugak. Aku ikut je format yang ada, edit la yang mana patut. Ok la aku kena buat minit je sekarang.
Bila ada info kat dalam web ni yang tak lengkap. Aku kena la kontek setiap bahagian untuk dapatkan info-info ni. Aku dah e-mail minit mesyuarat, aku pun kontek la orang yang bertanggung jawab untuk bagi maklumat ni kat aku. Tapi e-mail aku tak berbalas call diorang tak berjawab. Datang la F48 ni kat meja aku, dengan suara besar dia tanya aku, "dah follow up ke?" Aku cakap la dah tapi belum dapat jawapan. "Kita tak bole tunggu diorang ni. Kita kena pegi kejar diorang ni." Aku mula la rasa ade masalah dengan mamat ni. Takkan la aku nak pegi setiap bahagian, cari orang yang bertanggung jawab bagi info kat aku ni. Ikut dia ke tunggu dia ke sampai dia bagi maklumat yang aku nak ni. Aku dah tipon kat tempat dia, ade orang cakap dia tak ada, ape kejadahnya aku nak kena naik jugak. "Datuk tak bole kita kata tak. Mesti bagi jawapan." Ni lagi satu statement bodoh. Bagi aku kalau bole aku cakap bole, kalau tak aku cakap tak. Ape plak masalah yang tak bole cakap 'tak' ni. Tak dapat la aku nak seru je terus ada. Harry Potter tu lain la. Disebabkan aku bengang la jugak dengan tingkah laku bos bangang aku ni, maka dengan senang hati aku telah pun mengsekolahkan dia kat situ jugak. Aku tak reti benda tak bole ni kena cakap bole. Kalau bahagian lain tak bagi maklumat, aku jugak yang dipersalahkan. Memang nak kena maki la orang tu nanti.
To be continued...
Part 2 - Website Administrator
Mula-mula aku survay dulu keadaan. Aku pekakkan telinga, tutup mata sebelah. Aku tak nak la ade sesuatu yang membuatkan perspektif aku kat sesape kat unit ni tak berapa elok. Si F48 ni tanya aku pernah guna tak Micromedia Dreamweaver dengan Adobe Photoshop. Aku jawab je la dengan jujur. "
Aku pun tunggu la kehadiran diorang balik kat opis tu. Aku pun study la sendiri ape yang patut aku buat. Bila aku tengok bebudak PKS ni buat keja diorang pun bukan la selesa sangat. Diorang segan la kot. Tiba la masanya untuk aku sesama masuk meeting website. Bila semua dah arrange aku pun bole la jumpa Mamat yang bertanggung jawab suruh buat website ni. Dia nak jugak suruh kitorang ni buat sendiri. Bila cakap tak ade kepakaran, dia tak nak terima. Dah la tak nak keluar duit out sourse, kursus pun tak bagi. Tapi nak hasil gempak. Aku dapat tau cerita nak buat website ni sejak Mei 2007. Ape yang mangkuk-mangkuk sebelum ni buat. Masa meeting macam biasa la Datuk ni nak macam tu la, macam ni la, semak itu, semak ini. Biasa la orang besar-besar ni. Cakap je pandai. Macam mane nak buat tu pandai-pandai sendiri la.
Lepas meeting, kitorang dapat la lagi keja dan kena update kat website yang masih dalam development lagi ni. Walaupun tengah develop bole je klau nak view dari internet. JPM ke Pentadbiran Am ke. Patutnya korang buat la intranet dulu. Semua warga JPM boleh access, tapi public tak bole. Senang nak update yang mane patut, semak je maklumat bahagian masing-masing. Tak bole la plak. Network strukture diorang kononnya tak mengizinkan. Huh! Macam gempak je tapi hampeh.
F48 ni panggil aku dengan F41 ni masuk bilik dia. Aku ingatkan ade la benda-benda lain yang tak ada dalam meeting tadi dia nak bagi tau. Bole tak korang percaya dia boleh ulas satu-satu ape benda yang ade dalam meeting tadi. Eh! Mamat ni ingat aku dengan F41 ni pekak dan buta ke. Bangang tahap cipan tul la mangkuk ni. Bosan tau tak. Kalau rupa paras dengan suara tu macam artis baru terbaik tak ape la jugak. Nak cakap ape pun aku dah tak kisah. Sanggup je aku pandang dengan hati yang berbunga-bunga.
To be continued...
Part 1 - Report Duty
6 Jun 2008. Arini merupakan hari pertama aku melaporkan diri kat MAMPU. Aku tak sure lagi sebab musabab aku ditukarkan kat sini. Tapi rasa-rasa aku la, arini aku akan tau la angkara siapa. Semalam planing nak balik Putrajaya dengan ayah aku. Bole la pulak ayah aku tak nak ikut. Pikirkan dah malam sangat pun satu hal jugak. Dah tentu la bos aku ni tido awal.
So pagi tu kitorang bawak keta terus gi JPM. Aku nak singgah amik pocket drive aku yang tertinggal jumaat lepas. Sampai opis aku terus tuju kat meja aku, amik pape yang patut dulu. Bila dah confirm aku duduk mane nanti aku amik la barang-barang lain.
Aku terus gerak gi blok B2 aras 6. Macam biasa la aku bawak
Disember 2007, aku dipanggil untuk interview oleh SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Mac 2008, Aku melaporkan diri di JPM (Jabatan Perdana Menteri) sebelum diberi penempatan oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), Bahagian Perkhidmatan. Semasa majlis penutup,
Di JPM plak kitorang dipilih secara rawak untuk diberi penempatan lagi. Ade yang dapat kat agensi dan ade yang tercampak kat unit mane entah. Jawatan programmer ni ade macam-macam kepakaran. Asasnya terbahagi pada tiga bahagian iaitu hardware, software dan networking. Hardware dengan networking ni lebih pada fizikal dan sket software. Lebih-lebih pun configure je. Software ni plak terbahagi kepada user dan system developer. Belum ade user yang tau guna semua software yang ada dan ade banyak language untuk buat sesuatu system.
Nak dijadikan cerita aku ditempatkan di unit Web, Syeksen Teknologi Maklumat, Pentadbiran Am (BPPSM), JPM. Bos atas aku ni baru je masuk keja. Lebih kurang 6 bulan. Gred jawatan F41. Aku bangga la jugak sebab dia rasa dia bole bawak pembaharuan kat situ. Dia pun muda lagi dari aku. Kira ok la jugak. Aku pun xde la sangat masalah dengan dia ni. Kadang-kadang je macam bagus sket. Bos seksyen ni gred dia ni pun baru F48. Dia cakap dulu dia develop system. Tak tau la system ape. Bos kepada F48 ni plak SUB(P) Setiausaha Bahagian Pengurusan, M54 la rasanya. Big bos yang mengarahkan untuk build website JPM dan Pentadbiran Am ni ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Gred JUSA A (Jurus Utama Sektor Awam).
To be continued...