Thursday, September 18, 2008

Berbuka D' Padi House, Cyberjaya

Semalam kitorang nak berbuka puasa kat Padi House, Cyberjaya. Bila ditanya macam ramai je nak join. Tapi bila nak confirmkan berapa ramai, mula la ade yang tak sure lagi. Tiba hari yang dijanjikan aku pun booking la tempat untuk 6 orang. Aku, Jill, Byzura, Sulaila, Kak Nora dengan Abang Jep. Yang lain ada isu-isu lain yang perlu diselesaikan. Lebih kurang puku 6 petang kitorang pun gerak la dari opis MeCD terus ke...

Ini la restoran yang menjadi pilihan kitorang aritu. Restoran Padi House, Cyberjaya.


Ini dah berapa kali la selak menu. Diorang tak la baca sangat, tengok gambar je lebih. Perhatian untuk pengusaha kedai makan, lepas ni sila buat menu bergambar. Ada pelanggan tak suka baca-baca ni.


Meja No.18 ni Abang Jep yang pilih. Mungkin sebab esok birthday dia kot. Order kena tulis sendiri. Macam-macam rasa nak makan. Tengok gambar semua rasa macam best. Mula la salah tulis. Aku ingat nak potong je yang salah, tulis yang baru. Boleh pulak Kak Nora bawak pemadam. Amik order pun kena tulis kemas-kemas.

Aku la yang tulis order diorang ni.

Posisi sebelah kolam ni Abang Jep yang pilih. Nak tengok ikan katanya. Layankan aje la.

Lepas je aku bagi kertas order tu, baru la diorang terfikir nak kira berapa harga yang diorang dah order tadi (mungkin sebab bayar sendiri kot). Mula la Kak Nora keluarkan kertas untuk membuat perkiraan secara manual.

By dengan Su ni pulak kira menggunakan teknologi yang lebih canggih.

Ini aku susah sikit nak cakap. Mungkin la sebab dah terlebih order. Mengadu la tu. Siapa pulak yang jadi mangsa mendengar rintihan perasaan dia tu. Kesian..

Hur Fun ni aku order utuk Jill yang masih lagi dalam perjalanan ke sini.

Bihoon Cantonese ni untuk aku.

Sebelum makan tadi aku dengar ade yang nak tambah order la, nak tapau la. Lepas makan nampaknya tak ada lagi la isu-isu berbangkit. Semua dah duduk tegak. Macam panguin pun ade jugak la aku tengok masing-masing. Masalah jugal la bila dah kenyang ni nak kena drive balik.. Mata mesti la dah berat. Kalau tak kenangkan ayah kat rumah sorang-sorang, mesti aku balik rumah Putrajaya je.

p/s: Hapi B'day Abg Jep...

8 comments:

Anonymous said...

Sedap ke kat situ Zam?

Happy b'day jugak to abg jep.. kalo dia igt ryn lagi la.. :

NieZearm said...

ok jgk. klau nk gi old town pun sebelah tu je..

Secret Writer said...

Wah...cara Bro jek n kak jil ni berbuka puasa...mcm JALAN2 CARI MAKAN. dah la hari tu berbuka kat ikea, now kat Padi. nasib baik puasa sebulan jer...kalau puasa setahun...habis restoran semalaya ni kamo round.

Tijah said...

ada hor fun gak eh?? wahhh! jill..kemain!!

NieZearm said...

kos- mane tau klau ade bloger lain pun nak gi makan kat cyberjaya tapi tak tau tempat bole la pergi. tp jgn lupa ajak sekali...

k.jah- macam2 ada..

afiq said...

cantik giler tmpat die ek... cam tradisional sket tpi mknn die chinese food plak...

Encik Shino said...

aku pernah makan cni mase miting kt Putrajaya. Masa tu aku ajak pilot aku sebb larikan diri dari Dato' KP hehehe~ mngular2..

NieZearm said...

afiq- western pun ada..

shino- Dato' KP pun tolong tepuk tangan je. lepas tu makan. mcm biasa. :)