Thursday, February 12, 2009
Trip ke Medan - Danau Toba - Brastagi
Rasanya memang dah bersawang betul dah blog aku ni. Busy sangat ke aku sampai tak ada masa nak update. Mungkin keadaan yang tak mengizinkan, atau mungkin aku tak sempat nak curi-curi masa, atau mungkin banyak isu-isu lain yang lebih penting. Ikutkan macam semua yang aku sebutkan tadi terutama banyak isu-isu yang lain.
Kalau ikutkan plan asal, cuti raya cina aritu aku dan Jill nak ke Singapore. Selain jalan-jalan nak je kitorang spent sehari kat Sentosa Island. Tapi tah macam mane ade perubahan agenda dan ada jugak sedara mara nak ke Medan.
Boleh dikatakan setiap Jumaat aku akan overtime kat opis sebab Projek PCN Overhaul. Balik pun tak tentu pukul berapa. Tapi disebabkan tiket semua dah beli, lepas je part aku selesai aku terus la balik rumah. Itu pun dah dekat 12 tengah malam. Aku sampai rumah lebih kurang pukul 1 pagi.
Esoknye aku tengok lebih kurang je baju-baju yang nak bawak dan terus la gerak ke LCCT. Kebetulan pulak tiket kitorang ade seat no. Tak payah la nak berebut-rebut macam bas. Flight kitorang dari Indon. Bahasa perantaran pun Indon la jugak. Sampai je kat Medan, gambar theme kat handphone aku pun bertukar. Kitorang dibawak makan kat hotel yang akan kitorang menginap pada malam ketiga nanti. Lepas lunch kitorang terus naik Kijang untuk ke Danau Toba. Perjalanan memang mencabar. Tapi sempat singgah kat Pematang Siantar. Kat sini tempat kalau nak beli kacang tumbuk. Macam-macam jenis dan nama.
Kitorang sempat la tengok sunset kat Danau Toba. Tempat tu memang cantik. Luas macam laut tapi air tawar. Kalau pergi trip ni tak boleh la nak cari makan sendiri sebab tak semua kedai halal. Babi panggang pun ada (B1), anjing pun ada (B2). Diner dan overnight kat Danau Toba.
Pagi-pagi lagi kitorang melawat area Danau Toba. Lepas lunch kitorang bersiap untuk ke Brastagi tapi sempat singgah ke air terjun Si Piso-piso. Snap gambar je la. Tak basah-basah pun. Perjalanan ke Brastagi memang banyak la tanaman-tanaman dikiri kanan jalan. Memang subur la tanah kat situ. Berkaraoke di Brastagi dan bermalam kat situ. Esoknya perjalanan balik ke Medan. Bermalam kat situ dan shoping. Aku memang tak ade beli ape-ape pun sebab mahal. Harga lebih kurang dengan kat Malaysia. Aku pun memang nak jalan-jalan je. Hari akhir bosan sket sebab banyak menunggu. Bagi aku Medan ni bukan tempat shoping la. Tak macam Padang atau Bandung.
Aku malas la plak nak upload gambar banyak-banyak. Tetapi kalau ade sesiapa yang berhajat nak tengok. Silalah singgah kat URL ni..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
ke medan rupanya cik abang and cik jill ni..patut le bersawang blog...
sentap x ajak senduk
Pergghh patot punnn aku tengok sarang anai-anai dah naik kat blog kau. Senyap2 je hilang pergi indon..
amacam best ke?? :)
k senduk - projek last minit je ni. bawak family member je.. lain kali kita organize gi tmpt lain plak ye.. :p
shino - tmpt cantik, yg g pun sporting. tu yg best.. isu2 lain kena abaikan.. hehe..
korang ni skrg jln sesenyap jer eh? tau2 gamba dah berfesbuk. huhuu. takpe..nati aku nak kidnep jill jln2. ko tayah ikut. aku nak gi ioi puchong.
wakakaka...
mane ko nk kidnep jill tu? mcm jauh sgt je ioi puchong tu dr ptrajya.. :p
Post a Comment