Sunday, April 19, 2009
Maxis Oh Maxis
Sebelum ape-ape aku nak mintak maaf sangat-sangat. Aku selalu online tapi tak sempat nak mengarang dalam blogspot ni. Setakat nak main klik-klik kat Facebook tu sempat la jugak. Kalau gambar dalam hand phone aku ni pun tak sempat nak transfer dalam laptop. Tapi walaupun itu sekadar alasan, itu jugak la jawapan.
Nak dijadikan cerita ada la kawan aku yang baru beli iPhone 3G yang Maxis buat offer tu. Aku tengok macam menarik la walaupun O.S belum upgrade ke 3.0 lagi. So nak dijadikan cerita, aku singgah la kat Jusco S2 Ahad lepas nak bertanya kat Maxis Outlet. Aku sendiri je la bila tengok pamplet yang ada sebab budak yang ada kat situ pun macam tak ada mood je nak explain. Dah penat sangat kot dia kerja.
Aku rasa tak puas hati, sampai kat rumah aku pun telefon la Customer Care Consultant Maxis yang 123 tu. Terus la diorang mintak nombor telefon aku. Tiba-tiba dia cakap aku masih dalam contract. Hah! Contract ape? Dia cakap bulan April 2008 aku baru beli hand phone LG melalui Maxis dengan contract 24 bulan. Bila masa pulak aku beli hand phone kat Maxis ni? Aku masih lagi guna Samsung D900 aku ni dari Mac 2007. Model Phone LG yang dia sebut tu pun aku tak tau yang mane satu. Aku nak cakap banyak-banyak pun tak guna. Dia pun Customer Servis je. Ape yang dia cakap tu pun berdasarkan ape yang ada dalam screen depan dia tu. Dia cakap aku kene pergi Maxis Center untuk buat report.
Hari Selasa lepas baru la aku ada masa nak ke Maxis Center sebelah KLCC. Nasib baik la aku bawak LC aku je. Itu pun bukan boleh letak sesuka hati. Aku sampai kat counter nak amik nombor. Awek yang kat situ pun cakap aku memang ada contract dengan Maxis. Aku dengan tenang pun cakap la yang aku tak pernah lagi beli ape-ape telefon sejak aku guna postpaid Maxis ni. Dia pun bagi aku nombor untuk buat report.
Sampai kat counter pun aku diberitahu benda yang sama. Awek counter tu pun membebel la macam-macam sampai tak sempat aku nak cakap ape-ape. Aku dah melanggar contract la, kena bayar denda la, kena bayar baki harga hand phone tu la, ape la. Aku pun letak la dua-dua hand phone Samsung aku atas meja counter tu. Terus je dia cakap kemungkinan aku dah bagi hand phone tu kat orang lain. Saje je nak bagi aku marah. Tapi aku sabar lagi. Aku terus cakap yang aku tak pernah beli hand phone yang dia cakap tu.
Aku demand la nak tengok document pembelian hand phone tu yang kononnya aku sain tu. Dia pun log report dan akan call aku balik bila document tu dia dah ready.
Aku pun balik la dengan hati yang panas. Suka-suka je orang tu beli hand phone guna nama aku. Macam mane la pulak Maxis boleh jual hand phone tu. Takkan diorang tak mintak IC masa nak beli hand phone tu. IC aku pun tak pernah hilang. Kalau ada orang guna IC aku pun takkan la dia tak tengok gambar kat situ kalau la tak ada IC Reader sekali pun. Aku nak tau jugak siapa yang suka-suka guna nama aku beli hand phone tu. Staff Maxis yang mane la pulak boleh jual telefon tu tanpa apa-apa document pengenalan diri. Aku akan saman orang yang terlibat dan menyusahkan aku tu. Maxis pun aku tak akan lepaskan macam tu je.
Hari Khamis aku dapat panggilan dari Maxis yang document tu dah ada untuk aku tengok dan sahkan tandatangan. Hari Jumaat memang la tak sempat. Ada migration switch. Hari Sabtu la baru free.
Hari sabtu aku sampai lagi kat Maxis Center. Sampai-sampai je kat counter amoi tu terus bagi aku kertas kosong dan mintak aku sain. Lepas dia compare dengan document yang dia ada baru la dia agree yang bukan aku yang beli telefon LG tu. Tindakan seterusnya dia nak hantar ke bahagian forensik untuk buat siasatan. Memang menyusahkan aku betul.
Agak agak korang la berapa yang patut aku saman diorang ni?
A. Orang yang beli handphone guna nama aku tu.
B. Staff Maxis yang jual handphone tu.
C. Maxis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
3 juta. 1 juta each. pastu 10% utk aku sebagai pengomen pertama.
amacam sedara?
*dan dan ngaku sedaro hah! hikhik
3 juta ape kak oi?? rupiah?
huarghahahaha
cbe usd...5% buat i sbgai pengomen kedue...okeh?
hehehehhe
g bg komen pun dpt share ke? ada salah publish ke.. :p
Maxis yang bodohhh sebab benda gtu pun die takleh nak selesai... hishh!
maxis mmg ngang.. ada ke patut.. saman jer berjuta2.. rasekan.. customer service diorang mmg hampeh..
shino - tak semua customer tu customer yang always right... :)
Miss GG - tu la pasal. geram ni... >:-)
Post a Comment