Monday, February 16, 2009

New mug!!

Semalam aku gi jalan-jalan kat JJ. Sempat lagi tengok wayang cerite Ong-Bak2. Lepas tu masuk la Jusco. Dalam keadaan yang sejuk tu bole pulak aku teringat mug aku yang dah selamat diremat oleh tah sesape entah. Diorang ni tak fikir ke macam-mane aku nak membancuh 3 in 1 yang aku bawak ni. Kalau Milo ke, Ovaltine ke, Vico ke boleh jugak la aku ratah macam tu je. Ni yang tinggal Nescafe dengan Power Root. Ade yang berani ni nak ratah macam tu je?

Aku pun mencari la mug lain sebagai pengganti. Kalau bole nak cari yang ada tutup. Bole jugak aku bancuh Maggie in my mug. Cari punya cari aku jumpa la jugak. Paras rupa memang comel. Kalau ade yang rembat jugak mesti aku perasan.


Comel tak mug ni?

Kebetulan plak ternampak botol air yang sesuai untuk menggantikan botol mineral yang sering aku refill. Saiz pun lebih besar. Tak payah la nak ulang-alik banyak-banyak kali. Walau pun tabung air ni belakang aku je tak manis pulak orang lain tengok. Macam aku haus sangat lak nampaknya. Maka aku pun terambik la jugak botol ni. Warna lain memang tak berapa menarik. Nanti orang cakap, "muka brutal hati reben-reben."

12 comments:

HellBoy said...

cissss...

mug jambu....

botol air ala2 'tutt'........

tuan punya pun sure 'reben2' jgk nihh....

Tijah Lawa said...

muka brutal hati reben2. aku sukak peribahasa tuuu...hahahaha

NieZearm said...

hellboy - bukan jambu la, unik. ko jeles sbb kt opis ko xde kan? :p

k.jah - aku pun ske jgk kak. klau bg tu mesti menusuk kalbu..

muor76 said...

comey siot mug tu.. heheheh

NieZearm said...

muor76 - tu pasal terbeli tu...

S h i n o said...

botol susu xde lg ke bro..??
cepat2 la sikit.. :P

HellBoy said...

bukan dengki..

lain kali...

bungkus 3, kuah asing....
(tuan sardin, tuan udang, tuan inspektor sahab)

k.tijah.. mamat nihh mmg jiwa reben pun... ganas pada luaran ajerrzzz...

MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

:P

NieZearm said...

shino - on the way la bro..

hellboy - tapau lg 3? aku bg kaler pink bole.. lg reben2. ada berani? >:-)

veeda_areena said...

nak mug tu

.fatin nabila. said...

salam..
sy xbrani nk tgk ong bak tu, takot.
g la tgk upin ipin, seronok ai tell u.

NieZearm said...

k. bed - cuba la cari kt JJ.. :p

fatin - xpe la. x lama lg mesti kluar astro..

Aleeya said...

Zam,

Salam Takziah..aku harap ko tabah...anak ko bidadara syurga..al-fatihah...