Sunday, November 22, 2009

Masih dalam siasatan

Salam semua. Memang lame betul aku meninggalkan dunia blogging ni. Tah ape sebabnya tiba-tiba aku tergerak plak nak bagi update kes Maxis aku ni. Lepas aku bagi segala maklumat yg SKMM mintak, tunggu je la Maxis di saman.

Aku dh bertukar ke telco lain. Budak yang suka-suka ati mak bapak dia guna nama aku tu pun dah kawin. Dengan anak dato' mane tah. Tapi masih lagi takut nak jawab SMS dgn call aku. Yang pastinya boleh je dia buat macam tak ade ape-ape yang berlaku. Memang hampeh. Tapi mane la dia nak menyorok. Akhirat nanti jumpa jugak..

Wednesday, August 12, 2009

Aku dah buat aduan kt SKMM!!

Salam semua. maaf la sebab lama sangan aku bairkan blog aku ni bersawang (aku rasa ular sawa pun ada). Macam-macam sangat yang berlaku tapi aku tak sempat nk share dengan korang.

Sebelum aku terlupa, aku nak mengucapkan terima kasih kepada saudara Badrul Anwar yang memberikan cadangan untuk membuat aduan ke SKMM. Aku rasa dah cukup lama masa yang aku berikan untuk pihak yang bertopengkan manusia ni untuk menebus kesalahan dia. Senyap tak bermaksud aku dah lupa isu ni.

Jahat macam mane pun, menipu macam mane pun kalau dah sampai jodoh kawin jugak la dia 8 Ogos aritu. Tahniah la ye. Emm... Laki ko tu tau ke perangai buruk ko ni. Mesti tak tau kan. Sebagai hadiah perkahwinan ko aku pun dah kirimkan aduan beserta nama dan no tipon ko kat SKMM. Aku harap diorang dapat panggil ko dalam masa yang terdekat ni. Semoga ko suka la terima hadiah kawin ko yg teristimewa ni. Aku raasa tak ada orang yang pernah bagi hadiah macam ni kan?

Tuesday, May 26, 2009

Offer bangang...

Aritu Jill ada cakap dengan aku yang dia nak tuka line yang dia pakai sekarang ke nama dia sebab dia nak pakai corporate line. Aku tak ada batahan. Lagi pun aritu Liz Teh dah call bagi tau nama aku pun dah clear dari contract penipu yang guna nama aku tu.


So semalam aku ke Maxis Center KLCC lagi denga tujuan nak tukar nama. Aku sampai sana terus la cari Liz Teh. Dari depan sampai ke belakang tak ada pun amoi ni. Cuti kot. Aku pun tanya la kat staff yang ada kat situ. Liz dah resign. Takkan la kena sound dengan aku terus je berhenti kerja. Aku pun tanya la staff Maxis yang menggantikan amoi ni atau pun personal yang aku boleh berurusan terus kalau ada apa-apa masalah. Dengan selamba je tambi tu suruh aku beratur dan amik nombor balik.

Aku pun beratur la balik. Macam biasa kat counter kena isi borang. Sambil tu diorang mintak la IC aku dengan Jill. Dalam hati aku, tak ade IC aku pun korang boleh je buat suka-suka hati. Dah lebih sejam barulah nombor aku dipanggil untuk ke counter. Aku pun cakap la nak transfer registered name dari nama aku ke nama Jill. Boleh pulak diorang cakap tak boleh transfer sebab MASIH LAGI DALAM CONTRACT.

Sia-sia jugak la aku maki betina yang beli telefon guna nama aku tu tadi. Rupanya bangang dan tak reti bahasa. Dia cakap maxis call dia dan suruh bayar panelty supaya contract tu boleh batal. Betina ni pulak cakap, dari dia bayar kat Maxis baik dia bagi kat aku duit tu. Kononnya boleh cover la penat, parking dan lain-lain. Sial punya betina. Ko ingat RM400 lebih tu cukup ke? Masalahnya sekarang ni kalau ko bagi aku pun duit panelty tu. Aku pulak la yang kena bayar kat Maxis. Dah macam aku pulak yang salah. Siot betul.

Aku mengamok la lagi kat Maxis. Asistant Manager yang ada kat situ pun datang la. Memang bangang la sebab tiap kali aku jumpa orang yang lain kat Maxis tu aku kena cerita balik ape yang jadi. Diorang pun tak take note dalam sistem diorang.

Jill pun dah bengang. Sebab arini last day nak apply corprate line dengan Prudential tu. Sebab betina ngok ngek ni aku berkali-kali kena gi Maxis. Dengan diorang ni tak boleh la pulak cakap baik-baik. Kena tinggikan suara, keraskan nada. Abis lari pitching aku.

Aku bagi masa dan peluang kat betina ni suruh bagi aku offer yang berbaloi. Dia boleh terfikir nak bagi duit panelty yang sepatutnya dia bayar kat Maxis tu kat aku dan biar je isu Maxis tu pending macam tu je. Aku tak nak la sampai menganiaya kalau boleh. Tak nak la sampai bole menutup periuk nasi korang. Tapi kalau terpaksa aku report Polis je la. Biar polis je siasat. Kalau orang yang dah ada kes jenayah macam ni aku rasa nak cari kerja pun susah. Kalau dah kerja pun agak-agak ade ke company yang nak simpan orang yang macam ni?

U CAN KISS YOUR CAREER GOODBYE...

Wednesday, May 6, 2009

Give me an offer I can't refuse...

Mintak maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan isu dengan Maxis aku ni. Aku perlu sedikit masa untuk aku compose diri aku dulu sebelum aku sambung cerita ni. Here we go!

Pagi Isnin aku dapat call dari Jill. Dia cakap orang yang beli tipun tu call dia. Terperanjat la sebab tiba-tiba orang Maxis call. Dia cakap Maxis bagi telefon tu FREE. Dia pun tak ade sign apa-apa document. Dia tak sangka pulak akan jadi macam ni. Orang yang call Jill tu pulak merupakan kenalan Jill sendiri.

Lepas je hang up, Jill terus call aku. Memang aku piss off. Keluar la jugak aura merah aku sikit. Lebih kurang pukul 12.20 tengahari aku dapat SMS dari kenalan Jill ni yang amik phone LG tu.

Phone LG: kita mintak maaf sgt kt 'Jack' n 'Jill'..tak sangka bule jd mcm nih..klu 'Jack' nk amek tepon lain..kita byr penalti tuk LG kt maxis..sorry sgt2.. :-(

Senang betul bunyinyakan?

Aku: Dah baca ke blog aku?

Phone LG: belum lg lar Jack..kita otw p kl..nih kt srmban..laptop kt umah..

Petang tu aku pun anta lagi SMS yang lagi best. Biar orang-orang yang terlibat dalam isu ni berfikir lagi.

Aku
: Baik betul Maxis bg tipun free. Aku plak tiba2 kena ikat kontrak. jmpa kt court je la. Lawyer kena bayar jgk. Maxis aku nk mintak $1M.. Yg jual n yg beli hp ni berapa lak nk mintak ye?


Orang yang aku massage terus tak berani nak jawab. Boleh pulak terjadi kebetulan yang dirancang. Staff Maxis dari Johor pulak call aku lebih kurang 5.30 petang. Tahu pulak yang mane satu nombor aku. Liz yang kat Maxis Center tu pun selalu silap. Mesti dia call nombor yang Jill guna. Macam biasa aku akan bagi dia cakap dulu. Aku nak dengar dulu ape penjelasan yang dia nak cakap.

Lain sangat la dari sign aku.


Lepas tu aku pulak la yang cakap. Aku ada salinan resit pembelian Phone LG tu. Nama, IC, account no semua detail aku tapi alamat "Seremban, Johor". Tak tau plak aku Seremban ada kat Johor. Bila aku tanya siapa yang sign kat borang tu? Kenalan Jill la yang sign. Dia yang bayar deposit RM199. Mula la putar belit Minah ni. Kat Jill dia cakap telefon tu free. Dia pun tak sign apa-apa. Nampak sangat la nak putar belit.

Aku call Minah ni pukul 6.45 petang tapi tak berangkat. Malam tu aku massage suruh call aku balik. Dia pun call and play innocent la macam staff Maxis kat Johor tu. Kat aku dia mengaku pulak ada sign borang tapi dia buta ke borang tu nama aku. Kena contract 24 bulan. Tak reti baca ke? Dia cakap dia sanggup bayar penalty kat Maxis. Memang la, takkan aku pulak kot yang nak bayar. Lepas tu bila nama aku dah clear boleh la aku amik telefon apa yang aku nak. Senang betul ko bercakapkan? Ini bukan isu telefon lagi. Sekarang ni nama aku dah ada orang lain yang guna. Identiti aku dah digunakan oleh pihak ketiga. Nama yang aku pakai hampir 30 tahun ni bernilai lebih dari sebuah phone LG KU380. Senang-senang je ke aku nak lupakan perkara ni.

Sebelum aku letak harga ape yang aku nak. Baik ko offer aku apa yang ko boleh bagi. Ko ingat senang macam tu je ke ko boleh lepas. Aku tak lupa staff Maxis yang terlibat sama ni.

Monday, May 4, 2009

Kena ubah cara berbahasa dengan Maxis!!

Sorry sebab lambat update.

PUTRAJAYA, 30 Apr - Liz Teh call pukul 11.25 pagi. Tujuan utama dia nak la bagi tau aku yang dia dah pun dapat salinan report police yang aku hantar semalam. Dia dah pun log satu lagi no report untuk memudahkan aku buat rujukan. Patut la semalam diorang cakap Report Number Maxis yang aku bagi tu dah close. Lepas tu Liz cakap dia akan fax salinan police report tu ke bahagian forensik untuk siasatan lanjut.

Aku tanya la siapa contact person yang boleh aku hubungi untuk rujuk perkara ni. Selamba je dia suruh aku contek 123 dari telefon aku and bagi tau report number tu. Saje je nak suruh aku ubah cara aku berbahasa. Tinggikan sikit suara, keraskan sikit nada, kalau aku cakap Melayu pun tak faham English pun tak faham. Belum aku suruh ko nyanyi lagu Negaraku ke, sebut rukun negara ke. Kalau tak boleh, aku cadangkan ko tukar je la kewarganegaraan ko tu.

Aku suruh dia contek aku pukul 2.00 petang dan bagi aku nombor telefon direct line. Aku tak nak dengar machine jawap or dengar apa-ape iklan masa aku hold line aku nanti. Kalau dia tak telefon aku, tunggu je la surat dari lawyer aku nanti. Tak pun jangan menyesal pulak kalau keluar cerita ni kat newspaper nanti.

Tepat pukul 2.00 petang Liz telefon dan bagi no bahagian forensik tapi tak bagi pun siapa contek person kat sane. Sedihkan servis korang ni.

Lebih kurang pukul 3.30 petang aku pun call la nombor yang Liz bagi tadi tu. Zaki yang jawab call aku tu. Cara dia terima report aku memang tenang. Dia amik no fon aku dan lepas 5 minit dia call aku. Dia cakap kes ni tak payah buat polis report pun sebab ini isu dalaman Maxis. Aku tak kisah la macam mane korang anggap kes ni. Aku buat polis report ni pun sebab aku nak ada pihak yang bertanggungjawab.

Dia mintak aku telefon balik hari Isnin untuk update perkara ni. Bila agaknya sesuai untuk aku telefon ye?

Thursday, April 30, 2009

Gi Maxis Center lagi...


Kejap je dah 5.30 petang. Hari pulak macam nak ujan. Aku kena keluar cepat. Harap-harap dapat la sampai Maxis Center sebelum pukul 6.30 petang. Simpan laptop, scan pas kat Protime, terus ke motor. Everyting set and off to Maxis Center.

Nasib baik tak hujan. Parking motor depan Restoran Pelita dan aku pun jalan la kaki sampai ke Maxis Tower. Dua kali aku pusing cari Liz Teh tapi dia tak ada. Kan aku dah agak. Aku mintak no telefon dia tak bagi. Ni aku nak bagi kat siapa la plak? Kena la beratur amik nombor lagi. Dah dapat nombor kena plak tunggu turn. Bila dah jumpa frontdesk, kena la aku bercerita balik ape yang jadi.

Nak marah pun tak boleh tapi aku tak puas hati sebab aku tak tau ape yang Maxis buat. Telefon mintak aku datang macam la Maxis Center ni belakang rumah aku je. Macam la tak jem jalan nak ke situ. Macam la ada parking VVIP untuk aku depan Maxis Tower tu. Sekarang ni aku bengang sebab aku kena tunggu je diorang call. Aku tak boleh nak call balik. Tapi esok tengah hari Liz Teh akan call aku balik. Aku akan mintak la contact person yang boleh aku hubungi.

Lebih kurang pukul 7.05 malam baru la selesai urusan aku kat Maxis. Sekarang Aku nak jumpa lawyer pulak. Semalam tak jadi jumpa. Dia ada urusan lain, aku pun ada Futsal. Perjumpaan secara tak formal ni bertempat kat sebelah Hotel Nikko. Lepas bercerita tentang isu-isu berbangkit, aku pun dapat la gambaran ape yang aku patut buat.

Ape yang pastinya esok aku perlu dapatkan contact person dan department yang buat siasatan ni. Kalau tak aku akan mintak lawyer aku hantar surat ke Maxis dan aku akan buat press confrance yang bakal mencemarkan nama "Maxis."

Tuesday, April 28, 2009

Salinan Polis Report

Semalam lebih kurang jam 6.30 petang, Maxis call. Macam biasa la dia call no Jill walau pun aku dah pesan telefon no yang aku guna. Tak sempat Jill nak angkat, telefon Samsung aku plak yang berbunyi. Unknown caller. Aku pun angkat je la. Aku diberitahu yang diorang anggap ada orang yang curi guna identiti aku (lambat betul diorang ni nak buat kesimpulan). Diorang nak aku buat polis report dan bagi salinan kat diorang untuk siasatan selanjutnya. Aku dah buat report 20 April lagi.

Aku dah fikir nak bagi tau kat press dah. Sepatutnya korang call aku hari Sabtu lepas. Diorang ni call aku mintak satu-satu benda. Aku mintak no contact person yang call aku ni pun dia tak bole nak bagi. Kononnya Maxis tak bagi. Nanti kalau aku sampai sane ko plak tak ada kat tempat. Kat sape pulak aku nak bagi. Nanti korang cakap je hilang atau aku belum bagi.

Nampak macam saje je diorang nak drag benda ni. Aku nak jumpa kawan lawyer aku plak arini. Esok je la aku pergi hantar salinan report polis yang aku buat tu.

Friday, April 24, 2009

Tribunal Malaysia

Semalam aku pun pergi la ke tribunal dengan harapan yang berkobar-kobar. Tapi ternyata kes aku ni diluar bidang kuasa tribunal. Kalau aku nak buat apa-apa tuntutan aku kena pergi mahkamah sivil terus. Ada tak mane-mane lawer nak amik kes ni? Ada tak sesape ada no contek Karpal Singh?

Tuesday, April 21, 2009

Police Report

Semalam aku dengan jayanya telah ke Balai Polis Putrajaya dan membuat laporan polis mengenai isu dengan Maxis. Ada cadangan ke macam mane legal action yang patut aku buat kat diorang ni?

Bila kenangkan Akedemi Fantasia la, SMS yang macam-macam diorang hantar untuk promosi itu ini. Nak aje aku kurangkan tax yang diorang kena bayar nanti tu.. :-)

Sunday, April 19, 2009

Maxis Oh Maxis


Sebelum ape-ape aku nak mintak maaf sangat-sangat. Aku selalu online tapi tak sempat nak mengarang dalam blogspot ni. Setakat nak main klik-klik kat Facebook tu sempat la jugak. Kalau gambar dalam hand phone aku ni pun tak sempat nak transfer dalam laptop. Tapi walaupun itu sekadar alasan, itu jugak la jawapan.

Nak dijadikan cerita ada la kawan aku yang baru beli iPhone 3G yang Maxis buat offer tu. Aku tengok macam menarik la walaupun O.S belum upgrade ke 3.0 lagi. So nak dijadikan cerita, aku singgah la kat Jusco S2 Ahad lepas nak bertanya kat Maxis Outlet. Aku sendiri je la bila tengok pamplet yang ada sebab budak yang ada kat situ pun macam tak ada mood je nak explain. Dah penat sangat kot dia kerja.

Aku rasa tak puas hati, sampai kat rumah aku pun telefon la Customer Care Consultant Maxis yang 123 tu. Terus la diorang mintak nombor telefon aku. Tiba-tiba dia cakap aku masih dalam contract. Hah! Contract ape? Dia cakap bulan April 2008 aku baru beli hand phone LG melalui Maxis dengan contract 24 bulan. Bila masa pulak aku beli hand phone kat Maxis ni? Aku masih lagi guna Samsung D900 aku ni dari Mac 2007. Model Phone LG yang dia sebut tu pun aku tak tau yang mane satu. Aku nak cakap banyak-banyak pun tak guna. Dia pun Customer Servis je. Ape yang dia cakap tu pun berdasarkan ape yang ada dalam screen depan dia tu. Dia cakap aku kene pergi Maxis Center untuk buat report.

Hari Selasa lepas baru la aku ada masa nak ke Maxis Center sebelah KLCC. Nasib baik la aku bawak LC aku je. Itu pun bukan boleh letak sesuka hati. Aku sampai kat counter nak amik nombor. Awek yang kat situ pun cakap aku memang ada contract dengan Maxis. Aku dengan tenang pun cakap la yang aku tak pernah lagi beli ape-ape telefon sejak aku guna postpaid Maxis ni. Dia pun bagi aku nombor untuk buat report.

Sampai kat counter pun aku diberitahu benda yang sama. Awek counter tu pun membebel la macam-macam sampai tak sempat aku nak cakap ape-ape. Aku dah melanggar contract la, kena bayar denda la, kena bayar baki harga hand phone tu la, ape la. Aku pun letak la dua-dua hand phone Samsung aku atas meja counter tu. Terus je dia cakap kemungkinan aku dah bagi hand phone tu kat orang lain. Saje je nak bagi aku marah. Tapi aku sabar lagi. Aku terus cakap yang aku tak pernah beli hand phone yang dia cakap tu.

Aku demand la nak tengok document pembelian hand phone tu yang kononnya aku sain tu. Dia pun log report dan akan call aku balik bila document tu dia dah ready.

Aku pun balik la dengan hati yang panas. Suka-suka je orang tu beli hand phone guna nama aku. Macam mane la pulak Maxis boleh jual hand phone tu. Takkan diorang tak mintak IC masa nak beli hand phone tu. IC aku pun tak pernah hilang. Kalau ada orang guna IC aku pun takkan la dia tak tengok gambar kat situ kalau la tak ada IC Reader sekali pun. Aku nak tau jugak siapa yang suka-suka guna nama aku beli hand phone tu. Staff Maxis yang mane la pulak boleh jual telefon tu tanpa apa-apa document pengenalan diri. Aku akan saman orang yang terlibat dan menyusahkan aku tu. Maxis pun aku tak akan lepaskan macam tu je.

Hari Khamis aku dapat panggilan dari Maxis yang document tu dah ada untuk aku tengok dan sahkan tandatangan. Hari Jumaat memang la tak sempat. Ada migration switch. Hari Sabtu la baru free.

Hari sabtu aku sampai lagi kat Maxis Center. Sampai-sampai je kat counter amoi tu terus bagi aku kertas kosong dan mintak aku sain. Lepas dia compare dengan document yang dia ada baru la dia agree yang bukan aku yang beli telefon LG tu. Tindakan seterusnya dia nak hantar ke bahagian forensik untuk buat siasatan. Memang menyusahkan aku betul.


Agak agak korang la berapa yang patut aku saman diorang ni?
A. Orang yang beli handphone guna nama aku tu.
B. Staff Maxis yang jual handphone tu.
C. Maxis.