Thursday, March 26, 2009

Muqri Bin Mohamad Suhainizam

Aku pun tak tau macam mane aku nak mulakan cerita ni. Fikir banyak-banyak pun tak guna jugak kalau tak mulakan penulisan aku ni. Mesti ada yang tertanya-tanya apakah kisah sebenar yang menimpa aku sekeluarga (Jek & Jill). Fuh! Boleh aku mulakan sekarang...

Dua hari selepas balik dari Medan, Indonesia Dr. Sukhilmi mintak Jill datang untuk buat checkup. Memandangkan aku kerja hari tu, Jill pergi la dengan Along dia. Petang tu sebelum aku sampai rumah, Jill SMS. "Jgn gi mane2. ada benda nak cite.." Aku pun balik je terus la bukak laptop sementara tunggu Jill balik. Belum pun sempat aku buat apa-apa, aku dah dengar bunyi kereta Along. Jill dah balik. Aku masih lagi depan laptop tapi baru nak shutdown. Jill pun melangkah masuk, nampak aku terus je menangis. Aku terus tak sedap hati. Sampai dalam bilik, bila tangis dia dah reda. Jill pun mula bercerita. Pada masa yang sama Along pulak tengah update kat ayah isu yang sama.

Baby yang Jill kandung ni ade complication. Dia dinasihatkan agar bersalin awal. Dia nak mintak second opinion kat lecturer dia dulu. Kat situ nanti doktor tu akan buat detail scan. Mungkin machine dia lagi baik. 10 Februari 2009 kitorang pergi kat Fetal Medicine & Gynecology kat KL. Detail scan yang doktor tu buat menampakkan beberapa lagi complication pada kandungan. Macam-macam perasaan yang datang, macam-macam persoalan yang timbul. Lepas dapat penjelasan tentang baik dan buruk keadaan yang bakal kitorang hadapi. Kitorang nak teruskan jugak pragnency ni selagi dia tak membahayakan Jill.

Dengan laporan dari kedua-dua doktor kitorang buat checkup pulak kat Klinik Putrajaya. Dari klinik terus di refer ke bahagian pakar di Hospital Putrajaya. Lepas scan, kitorang di refer lagi kat PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya). Dapat la parking kat rooftop. Jumpa pulak dengan Prof. Tan Cheong. Psychology Professor ni pulak memang poor. Boleh la pulak masa scan tu selamba je dia letak tangan dia yang tembab tu atas perut Jill. Dah la Jill tak cukup nafas.

Sekali lagi kitorang dapat keputusan yang masih mengecewakan. Bila dah dengar semua kemungkinan kitorang pun berbincang la balik masa dalam kereta. Kemungkinan baby yang Jill kandung ni untuk survive sampai 9 bulan pun agak tipis. Kemungkinan untuk bersalin normal makin kurang. Banyak isu yang bakal memudaratkan ibu yang mengandung jika diteruskan.

12 Mac 2009, kitorang checkup lagi kat Hospital Putrajaya. Akhirnya kitorang bersetuju untuk bersalin awal bagi mengelakkan masalah pada Jill nanti. Kalau dulu seronok bila tengok baju baby, barang-barang baby, sekarang tidak lagi. Fokus kena ubah pada barang-barang pantang lepas bersalin.

Ahad, 15 Mac 2009 petang tu Jill dijadualkan untuk masuk ward. Tak boleh pulak aku nak temankan Jill. Itu la bezanya hospital kerajaan dengan swasta. Ayah dan Along yang kata nak datang pun tak sampai-sampai. Waktu melawat sampai 8.00 malam je. Cukup masa aku kena la tinggalkan Jill kat ward 2B-7. Malam tu lebih kurang pukul 10.00pm baru la Along dengan ayah sampai. Diorang ajak gi minum dulu sebelum naik kat rumah. Kebetulan aku pun tak makan malam lagi. Diorang dah selamat masuk rumah, aku pun keluar balik cari Nescafe dengan susu. Diorang ni memang dah tak boleh hidup kalau tak ada benda ni.

Esok pagi pukul 8.00am doktor kata nak masukkan ubat. Aku bangun je pagi tu terus siap nak ke ward. Pagi tak ada pulak time melawat. Tapi nasib baik la husband bole masuk kejap. Bole la aku singgah tanya khabar. Along dengan ayah pergi makan dulu sebelum datang hospital. Bole pulak sesat sampai Hospital Serdang. Kesian...

Pukul 12.00pm - 2.00pm dan 4.00pm - 8.00pm je waktu melawat. Tapi aku memang ada je kat lobby hospital. Mane tau kalau tiba-tiba ada kecemasan, senang je aku terus naik. Tempat parking pun bukannya ade je. First come first serve. 1st induce pada pukul 8.00am. Untuk kes-kes biasa, ubat induced akan dimasukkan setiap 3 jam. Tapi untuk kes Jill ni setiap 6 jam. Ubat kedua pada pukul 2.30pm. Pukul 4.00pm aku masuk, ubat induce dah mula bertindak balas. Hari Isnin berlalu dengan penuh debaran. Malam tu aku balik macam biasa tapi keadaan Jill dah tak selesa sebab contractions. Malam tu Jill tak dapat tidur.

Pagi esoknya kebetulan aku masuk hantar makanan, Jill pun nak pergi scan lg. Doktor nak pastikan kedudukan baby. Doktor suruh ambil pain killer sebab Jill tak boleh tidur malam tadi. Ayah dengan Along dah balik Seremban pagi tadi sebab ayah pun ada checkup kat Hospital Seremban. Hari yang agak tenang. Ramai tetamu yang melawat. Aku pun cakap dengan Jill yang esok aku nak kerja. Waktu melawat nanti aku datang la. Sebab fikirkan pagi pun aku tak boleh masuk. Malam tu aku pun resah tak boleh nak tidur. Mungkin aku terlena lebih kurang pukul 2.00am.

Aku terjaga dengan panggilan telefon dari Jill pukul 3.05am. Dia dalam perjalanan ke labor room. Aku terus capai mane baju yang sempat. Pukul 3.25am aku sampai ke Dewan Bersalin Hospital Putrajaya. Hampir 10 minit proses untuk aku ke bilik Jill akan bersalin. Sementara menunggu nurse siapkan document untuk aku tandatangan. Aku SMS ke Along, Ayah dan Kak Ita. Along jawab ,"ok." Tugas aku sekarang untuk menenangkan Jill.

5.25am air ketuban pecah. Aku diminta keluar disebabkan ini bukan proses bersalin yang normal. Aku keluar diganti dengan doktor dan nurse. Penantian aku berakhir pada pukul 6.30am. Aku diminta untuk masuk melihat keadaan arwah putera sulung kami. Sementara menunggu doktor menyiapkan beberapa document, aku terus pergi melihat keadaan Jill. Ternyata dia juga tenang menerima ketentuan Allah swt.

Aku terus dapatkan nombor telefon ustaz yang boleh memandikan jenazah baby aku. Lebih kurang pukul 7.30am aku pun sedia di rumah mayat menunggu ketibaan ustaz. Hanya rakan-rakan sepejabat sahaja yang datang ziarah. Aku bersama-sama dengan ustaz memandikan baby dan basuh temuni, kaffankan dan disembahyangkan. Selesai lebih kurang pukul 10.30am. Aku terus meletakkan baby di kerusi belakang dan terus ke Seremban.

Aku sampai ke Taman Bukti pukul 11.30am. Pukul 12.00 tengah hari jenazah baby aku dibawak ke Surau Taman Bukti untuk disembahyangkan sekali lagi. Selesai sembahyang aku terus ke Makam Tn Hj Said untuk dikebumikan. Kebetulan dekat pulak dengan kubur arwah mak kitorang.

Syahdu jugak bila aku kena meletakkan jenazah anak aku di dalam lahad dan aku tahu nisannya nanti bakal tertulis, "Muqri Bin Mohamad Suhainizam." Al-Fatihah....


.............

12 comments:

Emi Farez said...

TAk Pe zam, dah takdir tuhan. Lain kali cuba lagi. MUda lagi. Mungkin ini yang terbaik

Izzu Izzuri said...

Tiba2 terasa airmata di pipi..

shija said...

Innalillahiwainnailaihirojiun...
takziah buat kak izzu n hubby. tekejut kitorang time kakjah mesej bgtau.nak mesej kak izzu takut mengganggu lak time tu.shija shana harap kak izzu n hubby tabah ye menghadapi ujian Allah niek.

Al-Fatihah!...

Tijah said...

harap ko sabar yer? insyaallah. hujan yg lebat itu sebenarnya bakal mengundang pelangi! aku doakan ko cepat2 dpt pengganti arwah muqri. aminn!! apa2 pun..ko beruntung ada penjamin utk kesyurga!

Yaya said...

sedapnye nama arwah..mcm aku bgtau ko aritu okay, aku tau ko sorang yg kuat, send my warmest regards to ur beloved wife, dia perlukan ko skang, jaga dia baek2...take care..

Nuisanc3 said...

Dia tunggu Zam & Izzu kat sana.. :)

Al-Fatihah untuk arwah.

missgigikumancung said...

Al-Fatihah~
Sabar yer kak lang and abg sohai..

*hug*

Kak Senduk said...

takziah senduk ucapkan....

abang sayang.... takziah senduk ucap kan...semoga semua ini tabah abang hadapi..jaga jill baik2 tau..insyaallah ini semua dugaan dr tuhan buat abang dan jill...

plz plz plz kim salam kat jill kata senduk nak dia tabah dan sentiasa ingat pada tuhan..sesungguhnya allah itew selalu menguji hamba2 yang dia sayangi amin...

salam takziah dr..
Nor Sendukina Arbagil

Tijah said...

kau ni sendukkkk!! mak tak tahan nak gelak taww!!!

Ck said...

al fatihah!!!!!!

Encik Shino said...

Oh sabarlah bro..
salam takziah dan al fatihah..

NieZearm said...

Ibu Kumbang - Wallahualam..

Jill - cabaran jugak nak taip cerita ni..

shija- Tq..

Tijah - InsyaAllah..

Yaya - Tq..

Ryn - Tq Ryn..

Miss GG - :)

Kak Senduk - Tq.. :D

Ckp 0 - Tq..

Shino - InsyaAllah.. Tq bro..