Thursday, April 30, 2009

Gi Maxis Center lagi...


Kejap je dah 5.30 petang. Hari pulak macam nak ujan. Aku kena keluar cepat. Harap-harap dapat la sampai Maxis Center sebelum pukul 6.30 petang. Simpan laptop, scan pas kat Protime, terus ke motor. Everyting set and off to Maxis Center.

Nasib baik tak hujan. Parking motor depan Restoran Pelita dan aku pun jalan la kaki sampai ke Maxis Tower. Dua kali aku pusing cari Liz Teh tapi dia tak ada. Kan aku dah agak. Aku mintak no telefon dia tak bagi. Ni aku nak bagi kat siapa la plak? Kena la beratur amik nombor lagi. Dah dapat nombor kena plak tunggu turn. Bila dah jumpa frontdesk, kena la aku bercerita balik ape yang jadi.

Nak marah pun tak boleh tapi aku tak puas hati sebab aku tak tau ape yang Maxis buat. Telefon mintak aku datang macam la Maxis Center ni belakang rumah aku je. Macam la tak jem jalan nak ke situ. Macam la ada parking VVIP untuk aku depan Maxis Tower tu. Sekarang ni aku bengang sebab aku kena tunggu je diorang call. Aku tak boleh nak call balik. Tapi esok tengah hari Liz Teh akan call aku balik. Aku akan mintak la contact person yang boleh aku hubungi.

Lebih kurang pukul 7.05 malam baru la selesai urusan aku kat Maxis. Sekarang Aku nak jumpa lawyer pulak. Semalam tak jadi jumpa. Dia ada urusan lain, aku pun ada Futsal. Perjumpaan secara tak formal ni bertempat kat sebelah Hotel Nikko. Lepas bercerita tentang isu-isu berbangkit, aku pun dapat la gambaran ape yang aku patut buat.

Ape yang pastinya esok aku perlu dapatkan contact person dan department yang buat siasatan ni. Kalau tak aku akan mintak lawyer aku hantar surat ke Maxis dan aku akan buat press confrance yang bakal mencemarkan nama "Maxis."

4 comments:

missgigikumancung said...

apa kebengong la maxis nih.. haih la...

NieZearm said...

nnt kalau diorang dah call abg update lagi.

S h i n o said...

aku tunggu kau letupkan je...
grrr.. :(

NieZearm said...

aku nk tengok jugak ape dalih maxis lagi. gggrrrrr...