Monday, June 30, 2008

Berlagak la pulak...

Sabtu, 28 Jun. Cadangnya nak servis motor pagi ni. Odometer motor aku dah 10,500 lebih kurang. Sebelum ni aku memang buat setiap 2,500 aku tukar minyak hitam. Tergerak pulak tangan aku nak capai manual book motor aku ni. Cadangnya nak tau la diorang tukar apa bila dah 10 ribu ni. Aku tengok servis setiap 6 ribu.Memandangkan bulan ni haus sikit. Gaji baru pun belum dapat. Mungkin bulan 8 nanti (kalau tak ada masalah la). Aku tagguhkan la dulu nawaitu aku ni. Rasa sampai 12 ribu ni tak ada masalah (kalau sampai dapat gaji lagi pun bagus jugak).

Sampai kat kampong aku nampak ade Honda CBR1000. Sape la pulak owner motor ni. Aku pun tengok-tengok la kalau ade muka-muka rider yang lepak bawah khemah. Sedang aku melayan perasaan sorang-sorang dengan aku terdengar topik perbualan pasal motor. Aku ternampak pulak pouch bag Fieldsheer yang mamat ni pakai. Ok! Confirm mamat ni punya motor.

Tetiba dia tanya pulak aku," tak main motor besar lagi ke?" Selamba je aku jawab, "banyak priority lain lagi. Nanti-nanti la." Sekarang ni aku belum nak utamakan motor besar ni lagi. Yang penting dapat survive dulu. Motor Kawasaki 250 yang baru ni pun aku ta jadi nak beli. Kalau setakat 160KM/h je maximum baik tak payah. Lebih kurang macam Naza Blade je. Motor lama aku dulu bole sampai 200KM/h. Ini pun sebab engine lama. Kalau ikutkan model ZXR250 dulu ni. Maximum bole sampai 230KM/h.

Kejap-kejap mamat ni keluar bawak moto. Alasan dia bagi nak jumpa kawan. Kat mane la 'kawan' yang dia nak jumpa tu. Tak sampai pun 10 minit, dah balik. Sampai 4-5 kali keluar nak tayang motor. Perangi tak ubah-ubah.

Yang lain lebih penting. Aku nak sambung belaja lagi, nak beli rumah lagi, memandangkan ekonomi yang kurang mantap ni aku kena la korban lagi. InsyaAllah ade rezeki lain tu. :-)

No comments: