Saturday, June 21, 2008

Highway

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa ade plak gambar highway. Bukan ape, cuma nak berkongsi pendapat. Boleh dikatakan isu tol selalu jadi beban kepada sesiapa yang selalu travel dan menghabiskan separuh dari hidup hari-hari atas jalan.

Disebabkan beberapa faktor aku mengambil keputusan untuk menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama aku antaranya tak payah la nak Q kat traffic light, parking mahal, dan bayar tol yang mengarut ni.

Kenapa aku cakap tol ni mengarut? Setahu aku pengguna jalan raya sentiasa bertambah. Pengusaha tol ni bukan kena buat jalan baru tiap-tiap tahun. Maintain aje kemudahan yang sedia ada. Sampai bila orang nak kena bayar tol. Takkan la loan yang diorang buat ni tak susut-susut. Aku malas la nak kupas sangat pasal tol ni. Diorang pun memang dah rugi je tiap-tiap tahun. Dah nampak dah yang diorang ni memang tak pandai 'business.'

Setiap orang yang menggunakan highway ni kena bayar dengan suatu nilai yang dipersetujui oleh pihak yang tak payah bayar tol. Di barat diorang panggil free way. Suka hati la nak bawak berapa laju, pandai-pandai la nak jaga nyawa sendiri. Kita kat sini dah la kena bayar, bawak laju kena saman pulak. Beli kereta mahal-mahal tapi tak bole pulak nak bawak laju. Harap road tax je la mahal. Macam bayar untuk disaman. Kenapa tak kuatkuasakan kereta yang masuk sini speed limit 110km/j. Setting la kat ECU kereta tu. Eh! Mane bole. Nanti diorang kurang pulak collection saman.


Dilema penunggang motor pulak lain ceritanya. Bila bawak di lane kiri, kena pulak hon dengan lori atau bas. Bawak di lane tengah pulak kena beam dengan kereta. Tu yang ramai bawak motor di lane kecemasan. Kat situ pulak ade pulak mangkuk yang tabur paku. Sekali tukar tiub motor diorang amik lebih kurang RM50. Mahal tu. Harga tiub baru 6 ke 8 henggit. Cekik darah betul.

Agak-agak korang la sepatutnya lane mane motorist ni patut guna? Lane tengah la. Kalau kereta nak memotong masuk la lane kanan. Bas dengan lori yang lebih had laju tu pandai-pandai la nak memotong. Macam mane hebat pun kereta, bas, lori, bila ade problem korang lepak kat lane kecemasan jugak. Bila jem diorang ni sesah jugak lane kecemasan. Semua jalan nak conquer mane pulak rider nak lalu.

Ada pulak beberapa highway tu tak bagi pulak motorist ni masuk. Macam bagus je la diorang ni. Kalau kat tol tu dah la motorist ni kena lalu belakang bangunan, bawah jambatan, lereng gaung, jalan sempit. Kadang-kadang tu ade jugak bumper kat jalan kecik tu. Bagi aku la kalau kerajaan nak naikkan road tax motor aku tak la kesah sangat. Kurang la sikit makhluk rempit ni. Ade la respect sikit sebab ramai yang ingat motor-motor comel ni tak ada road tax.

Pernah aku tahan sebuah lori yang bawak macam orang mabuk. Dengan berlagaknya dia cakap road tax dia bayar lagi mahal. Aku ajak pergi opis aku kat LPKP tau pulak dia goyang tu. Abis pulak semua motorist dia hon. Kalau motor aku ade cannon, confirm lori tu jadi target practice.

Sebab tu jugak la aku nak ade motor yang besar sikit. Bole aku stay kat lane tengah or kanan dengan senang hati. Tak ada la kena himpit dengan orang-orang yang tak 'perasan' ni. Semoga terbukak lagi pintu rezeki aku lepas-lepas ni. Ade la business aku yang menjadi ke.

Hopefully
.. :-)

6 comments:

Princess Liyana said...

salam singgah and salam kenal:)
em,btol tu naik motor tak payah byr tol.kesian org yg berulang alik kerja kena tol hari2.

Muhammad Azli Shukri said...

saya link blog saudara dengan blog saya..pengalaman saudara sangat berharga, cerita daripada rakyat bawahan amat perlu dipaparkan dalam blog kita masing-masing..

Yuz @ Dikja @ Kak Jah said...

aku ingat next pru ko bleh betanding dun paroi la jek! allahuakbar!!!!!!

Izzu Izzuri said...

Hahaha! Saba jelah si jek nih!!

Ritah Yahaya said...

Teringat lagu Ekamatra - Pusara di Lebuh raya. Syahdu ...

NieZearm said...

princess liyana - slmt singgah & salam kenal. ini bukan ubah cara hidup. maintain je.. :-)

azli shukri - saje je kongsi cerita

kak yus - jangan lupo ngundi den yo.

ritah yahya - manyak takut oo.. kena cilok2. kalau pusara di tepi lebuh raya bole gak sedekah fatihah.. :-)