Tuesday, June 24, 2008

Laptop

Pagi semalam aku bangun awal. Ayah aku belum pergi surau lagi, masih kat bilik air. Aku dah terbangun. So kena la tunggu turn. Ayah aku keluar je aku plak masuk. Ayah aku balik surau aku dah mandi dan solat. Ayah aku tengah bancuh Nescafe, aku pun join tapi aku makan corn flake dengan susu. Mane tau boleh biru pula mata, tak pun cerah sikit kulit aku yang tinted ni. Sempat aku breakfast sambil borak-borak dengan ayah aku. Kalau tak tu aku salam cium tangan je terus naik atas moto.

Aku sandang beg aku yang berisi laptop opis dan beberapa document yang aku rasakan penting untuk dirujuk. Bila dah hari-hari aku pikul bag ni dah mula la sakit bahu dengan pinggang. Nak letak kat raga depan tak muat pulak. Nak tinggalkan kat opis, tak ada pulak drawer or cabinet untuk aku simpan. Huh!

Tiba-tiba ade staff sampaikan pesan untuk aku supaya pergi kat BTM (Bahagian Teknologi Maklumat) untuk amik laptop. Eh! Bila pulak aku request nak laptop ni. Aku pun tanpa banyak soal terus je pergi. Dalam perjalanan baru aku teringat yang laptop aku pakai sekarang ni sementara je. Mungkin ni la yang aku punya.

Kat PCN ni aku tak diberi PC. Kitorang memang guna laptop sebab kerja kitorang ni mobile dan banyak kena pergi kat site. So kena la guna laptop.

Inilah laptop asal yang diorang bagi.

Aku pun naik kat Blok B2 Aras 2. Aku cari Akak Aini yang menjadi taukei nursery laptop ni. Kecik pulak beg laptop tu. Mesti laptop pun comel jugak. Cepat-cepat aku sign kat borang yang dia bagi. Mane la tau tetiba dia berubah fikiran plak ke. Bagi aku yang stok untuk sandal pintu berat macam batu bata. Bengkok la pingang aku kalau macam tu.

Dengan hati yang berbunga-bunga aku pun bawak la balik kat tempat aku.

Ini plak laptop yang baru aku amik.



Macam abang dengan adikkan?
"Hari yang gelap,
Kini sudah terang,
Aku adik mu dan engkau abang..."

Dah suka-suka dapat laptop kecik, tak boleh nak login ke domain la pulak. Cuba punya cuba sampai la lepas lunch pun tak bole jugak. Kena la aku bawak balik ke BTM. Akak tadi dengan apprentice dia la yang tolong settingkan. Dengan baik hatinya Akak Aini tadi mengupgrade RAM kt laptop tu. Lagi la aku suka.

"Terima kasih kak, panjang umur, murah la rezeki."

Senyum je akak tu aku doakan untuk dia. Yang pastinye laptop aku dah kecik dan tak menyakitkan bahu. Nanti ade rezeki aku beli la sendiri. Sekarang ni mampu beli bag laptop je. Hehe..

6 comments:

Izzu Izzuri said...

Wah2 eksennyer dier..
(Nak jugak..Huhuu..)

hOtMaMa said...

mak pown dpt laptop company sajork!hiks.. aikk.tak kan bg laptop tak bg bag kot...kena beli gak ker?? matilah demand!!

Tijah said...

kalu ko bleh carikan bag utk 'desktop' aku nih sama, aku salute sama lu jepp!!

Kak Senduk said...

melampau tau korang ni ade dua laptop..akak xde pun..di ngah gigih toreh getah kumpul duit nak beli bag laptop dulu..pastu baru beli laptop..gitew kan...

NieZearm said...

shayg - nanti kita beli yg kecik juga ye. yg bole simpan dalam hand bag lagi. emm.. bole baya bulan2 x? nak buat 9 tahun 0%..

hotmama - ada bag tp yg sling la (agak kurang mantap nak bawak rempit). nak ikut selera kena la beli sendiri..

kak yus - agak-agak bag pegi vietnam tu bole muat tak?

miss reezberry - aku pun beli bag je. laptop gomen punya. yang lagi besar tu dah pulang balik la. nanti orang kata tamak haloba. :-)

Tijah said...

a'ah laa...tapi kena pinjam bag jeki la kan? nak kemana2 heret jer ala2 kena usir dr AF gittew. bag tu jgnkan desktop, dgn meja2 skali muat tuh!!! idea ko mmg pilihan bernas...

jeki, kasi mak pinjam bag ko lagi skalik!!!