Sunday, June 15, 2008

Part 2 - Website Administrator

Mula-mula aku survay dulu keadaan. Aku pekakkan telinga, tutup mata sebelah. Aku tak nak la ade sesuatu yang membuatkan perspektif aku kat sesape kat unit ni tak berapa elok. Si F48 ni tanya aku pernah guna tak Micromedia Dreamweaver dengan Adobe Photoshop. Aku jawab je la dengan jujur. "Ada tapi dah lama la tak guna." Aku guna pun sebab saje suka-suka itu pun sebab ade orang tanya. Aku pun bukan ade web pun aku nak publish. Photoshop plak aku guna nak edit gambar sendiri je. Tetiba aku dah dapat dateline. Jumaat ni website ni kena siap. Gila ke? Tebiat ape tetiba je aku plak kena tanggung beban yang aku sendiri pun belum paham. Nak tukar ape kejadahnye la, nak ubah ape benda la lagi. Aku dapat tahu yang website sekarang ni pun budak PKS yang buat (Pegawai Khidmat Singkat). Diorang tengah cuti gi konvo plak masa tu.

Aku pun tunggu la kehadiran diorang balik kat opis tu. Aku pun study la sendiri ape yang patut aku buat. Bila aku tengok bebudak PKS ni buat keja diorang pun bukan la selesa sangat. Diorang segan la kot. Tiba la masanya untuk aku sesama masuk meeting website. Bila semua dah arrange aku pun bole la jumpa Mamat yang bertanggung jawab suruh buat website ni. Dia nak jugak suruh kitorang ni buat sendiri. Bila cakap tak ade kepakaran, dia tak nak terima. Dah la tak nak keluar duit out sourse, kursus pun tak bagi. Tapi nak hasil gempak. Aku dapat tau cerita nak buat website ni sejak Mei 2007. Ape yang mangkuk-mangkuk sebelum ni buat. Masa meeting macam biasa la Datuk ni nak macam tu la, macam ni la, semak itu, semak ini. Biasa la orang besar-besar ni. Cakap je pandai. Macam mane nak buat tu pandai-pandai sendiri la.

Lepas meeting, kitorang dapat la lagi keja dan kena update kat website yang masih dalam development lagi ni. Walaupun tengah develop bole je klau nak view dari internet. JPM ke Pentadbiran Am ke. Patutnya korang buat la intranet dulu. Semua warga JPM boleh access, tapi public tak bole. Senang nak update yang mane patut, semak je maklumat bahagian masing-masing. Tak bole la plak. Network strukture diorang kononnya tak mengizinkan. Huh! Macam gempak je tapi hampeh.

F48 ni panggil aku dengan F41 ni masuk bilik dia. Aku ingatkan ade la benda-benda lain yang tak ada dalam meeting tadi dia nak bagi tau. Bole tak korang percaya dia boleh ulas satu-satu ape benda yang ade dalam meeting tadi. Eh! Mamat ni ingat aku dengan F41 ni pekak dan buta ke. Bangang tahap cipan tul la mangkuk ni. Bosan tau tak. Kalau rupa paras dengan suara tu macam artis baru terbaik tak ape la jugak. Nak cakap ape pun aku dah tak kisah. Sanggup je aku pandang dengan hati yang berbunga-bunga.

To be continued...

No comments: