Sunday, June 15, 2008

Part 1 - Report Duty

6 Jun 2008. Arini merupakan hari pertama aku melaporkan diri kat MAMPU. Aku tak sure lagi sebab musabab aku ditukarkan kat sini. Tapi rasa-rasa aku la, arini aku akan tau la angkara siapa. Semalam planing nak balik Putrajaya dengan ayah aku. Bole la pulak ayah aku tak nak ikut. Pikirkan dah malam sangat pun satu hal jugak. Dah tentu la bos aku ni tido awal.

So pagi tu kitorang bawak keta terus gi JPM. Aku nak singgah amik pocket drive aku yang tertinggal jumaat lepas. Sampai opis aku terus tuju kat meja aku, amik pape yang patut dulu. Bila dah confirm aku duduk mane nanti aku amik la barang-barang lain.

Aku terus gerak gi blok B2 aras 6. Macam biasa la aku bawak surat, tanya orang kat mane nak gi lapor diri, isi borang-borang yang patut. Proses biasa je sementara tunggu bos kt situ free nak jumpa aku. Bila dipanggil je untuk masuk bilik bos aku pun duduk untuk sessi suai kenal. Lepas cita sket background aku, bos tu mula la tanya aku permasaalahan aku kat BPPSM. Eh! Aku plak ke yang ade masalah? Tetiba je aku yang bermasalah. Aku akan tanya balik soalan ni nanti. Aku kene cerita balik kisah aku mula-mula masuk dulu.

Disember 2007, aku dipanggil untuk interview oleh SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Mac 2008, Aku melaporkan diri di JPM (Jabatan Perdana Menteri) sebelum diberi penempatan oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), Bahagian Perkhidmatan. Semasa majlis penutup, surat penempatan diedarkan dan dibenarkan untuk dibuka selepas selesai majlis. Macam-macam la tempat yang kitorang dihantar. Ada yang dapat balik kampung ade yang kena merantau. Aku pulak ditakdirkan untuk ke JPM jugak.

Di JPM plak kitorang dipilih secara rawak untuk diberi penempatan lagi. Ade yang dapat kat agensi dan ade yang tercampak kat unit mane entah. Jawatan programmer ni ade macam-macam kepakaran. Asasnya terbahagi pada tiga bahagian iaitu hardware, software dan networking. Hardware dengan networking ni lebih pada fizikal dan sket software. Lebih-lebih pun configure je. Software ni plak terbahagi kepada user dan system developer. Belum ade user yang tau guna semua software yang ada dan ade banyak language untuk buat sesuatu system.

Nak dijadikan cerita aku ditempatkan di unit Web, Syeksen Teknologi Maklumat, Pentadbiran Am (BPPSM), JPM. Bos atas aku ni baru je masuk keja. Lebih kurang 6 bulan. Gred jawatan F41. Aku bangga la jugak sebab dia rasa dia bole bawak pembaharuan kat situ. Dia pun muda lagi dari aku. Kira ok la jugak. Aku pun xde la sangat masalah dengan dia ni. Kadang-kadang je macam bagus sket. Bos seksyen ni gred dia ni pun baru F48. Dia cakap dulu dia develop system. Tak tau la system ape. Bos kepada F48 ni plak SUB(P) Setiausaha Bahagian Pengurusan, M54 la rasanya. Big bos yang mengarahkan untuk build website JPM dan Pentadbiran Am ni ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Gred JUSA A (Jurus Utama Sektor Awam).

To be continued...

No comments: