Sunday, June 15, 2008

Part 4 - Majikan

Sebelum aku terlupa, Datuk ni plak selalu sangat cakap "KSN." Masa kitorang tunjuk website yang under construction lagi ni, mesti dia nak compare dengan JPA. Semua orang tau dia ni asal dari JPA. Tak payah JPA je jadi contoh. Ini la masalahnya kalau tak tengok website lain. Tak tau website mane yang dapat award. Jangan la compare website kerajaan je. Compare la dengan orang luar. Baru kau tau tahap mane korang ni. Buat la homework sket. Tak salah kalau sekali sekala benda baik tu dijadikan teladan. Kalau JPA je yang best ape tak keja sana je. Macam ade je perkataan "JPA" dengan "KSN" ni celah gigi dia ni. Aku beranggapan dia ni keja dengan KSN je la. Aku keja dengan Agong bukan dengan kerajaan Barisan Nasional.

Time lunch arini aku tak keluar break. Aku kena siapkan minit dengan panggilan mesyuarat. Aku tanya la F41 aku ni dia cakap pakai sistem GOE. Macam mane? Hantar macam biasa la. Kebanyakan orang kat situ aku tanya cakap benda yang sama. Aku pun cari la ape keistimewaan sistem GOE ni yang boleh invite meeting. Aku buat la tanpa ade orang yang nak tunjuk. Pukul 2 lebih baru selesai aku anta invitation tu. Perut dah lapar. Aku kontek member aku kat Eset. Dia pun ajak aku pegi makan. Jawapan yang aku tak payah proses dalam otak, automatik je keluar dari mulut. Ok. Lepas minum, makan la kuih sikit. Aku pun balik la ke opis aku yang hampeh tu. Dalam perjalanan aku dapat panggilan telefon dari F48 ni. Terus dia marah aku sebab minum tak ikut time. Aku cakap la dengan dia aku dalam perjalanan balik dah ni. Bla..bla.. bla..

Sekarang ni KSN tak bagi orang minum pagi pukul 9 ke pukul 10 ke. Tak ada dalam Perintah Am. So, time keja kena keja. Boleh pulak ade pasukan khas untuk ambil gambar pegawai yang makan diluar waktu makan. Maknanya pukul 1 sampai pukul 2 tu aje boleh makan. Tak ada keja ke KSN ni? Setahu aku la kerja tangkap orang makan ni kerja CC (Chief Clark) je. Bagi aku senang aje kalau nak ajar orang-orang yang skema ni. Sebelum time keja, kalau orang datang ke bunyi telefon ke jangan layan. Time makan kita makan walau pun keja tak siap dan ade deteline. Sharp waktu balik terus balik. Baik aku spent time dengan bini aku ke kawan-kawan aku ke. Ingat senang ke nak claim overtime ni. Kena buat surat ikut format claim, kena ada salinan masa bekerja, kena ada alasan dan kena kelulusan bos. Agak-agak la bila nak buat claim ni?

Sepanjang aku ada kat opis ni memang macam hampeh la. Stress betul aku. Di petang yang sama, F48 ni panggil aku masuk bilik dia. Time tu dah dekat 5.30 pm. Tak apa la aku layankan saje mamat yang keja dengan Datuk ni. Aku memang dah hilang respect dengan dia ni. Keja kelam kabut. Datuk bagi teguran pun dia rasa macam dah teruk sangat la dia kena belasah dalam meeting tu. Aku rasa macam biasa je masuk meeting. Aku tak paham ape yang dia stress sangat ni. Datuk dah blah je dia pun mengadu kat Pn SUB(P). Aku dapat la dengar ayat-ayat manis dia ni mintak simpati. Dia tanya lagi kenapa aku kluar makan tak ikut time. Kenapa itu kenapa ini. Aku kena la cerita balik kat dia ni. Al-maklum la, dia ni lembab sket.

F48: Ape status arini. Dah follow up dah perkara-perkara dalam minit aritu?
Dengan jujur aku jawab
Aku: Diorang tak dapat dihubungi tapi reminder kat e-mail saya dah hantar.
F48: Kamu dah pergi kat tempat diorang?
Aku: Saya dah tipun tapi diorang tak ada kat tempat.
F48: Kamu kena cari jugak diorang ni?
Aku dah panas. Tak reti bahasa ke atau mamat ni memang bengap tahap papan. Maka dapatlah dia jawapan yang agak manis dari aku.
Aku: Saya tak ada pulak no telefon peribadi diorang yang boleh saya kontek bila-bila masa dan saya tak ada pulak alamat rumah diorang ni yang boleh saya datang sesuka hati.
Muka dia dah berubah.
F48: Kalau saya dapat kontek diorang ni macam mana?
Aku: Alhamdulillah! Saya lagi suka. Saya pun malas nak deal dengan management yang leceh macam ni.

Lepas tu aku pun tak ingat dah ape yang aku cakap dengan dia. Yang aku tahu masa tu dah dekat nak pukul 6.00 pm. Dah lama lepas time kerja aku. Aku blah macam tu aje tinggalkan dia terpinga sorang-sorang macam alien baru sampai bumi. Aku perdulik apa. Korang yang nak sangat berkira time dengan aku.

To be continued...

No comments: