Tuesday, June 17, 2008

Part 5 - Hunch

Aku sampai rumah je hujan pun mula turun dengan lebat. Elok la aku tinggalkan alien tu kat opis.

Nak dijadikan cerita aku bercuti 13 – 22 Mei 2008. Ikutkan aku tak ade masalah pun kat opis. Keja nak update website pun aku dah tahu nak buat ape. Tapi ade perasaan berat untuk aku meninggalkan rumah tak tahu la kenapa. Yang bestnya sanggup plak aku berulang seramban je minggu tu. Yang pastinya aku rasa berbaloi la sebab aku dapat teman arwah mak aku ni di hari-hari terakhir dia. Mak aku menghembuskan nafas yang terakhir pada 15 Mei 2008, Khamis malam Jumaat. Arwah baru je selesai menunaikan solat Maghrib. Masih lagi dalam telekung, arwah duduk di atas katil dan membuka Al-Quran untuk membaca surah Yassin. Tiba-tiba sesak nafas dan panggil ayah aku. Ayah ku terus mengajar mengucap dan di situlah mak yang aku sayangi meninggalkan kami.

Kebetulan aku dan isteri balik sekejap ke rumah Putrajaya. Lama sangat rasanya tak tengok rumah aku tu. Aku kluar gi makan kejap petang tu kat Presint 9. Dalam perjalanan balik, aku singgah kat Petronas. Ingat nak gi ATM. Belum sempat kereta aku masuk parking. Tipun aku berbunyi. Aku kluarkan dari poket seluar dan nampak nama “Dear Dad” kat screen. Aku ingatkan mesti la mak aku yang pinjam telefon ayah ni. Mak pun dah lama tak topup. Bila aku angkat je aku dengar suara ayah.

Aku: Hello! Assalamualaikum…
Ayah: Acik! Mak ko pengsan haa. Balik cepat. (Suara ayah aku cemas)
Aku: Ok Yah. Acik balik sekarang.

Aku terus pass tipon aku kat wife sebelah aku ni. Tak jadi la nak singgah ATM ke isi minyak ke. Berbekalkan minyak yang ade je ni aku pecut terus balik Seremban. Dalam kepala aku masa tu ade muka mak aku je. Aku rasa semua kereta kat hiway ni lembab. Kalau tak dapat nak overtake belah kanan, belah kiri pun bole. Masuk lane kecemasan pun ada. Aku kejap-kejap tengok jam. Aku exit kat senawang. Kebetulan traffic light hijau je aku lalu. Tapi sampai kat depan pejabat kastam, ade la 3 buah kereta depan aku ni. Lembab nak mampos. Macam la nak pegi safari or cari parking. Aku tak bole nak overtake langsung. 50 ke 60 km/h je. Siot betul. Kalau aku bawak Big Foot la, aku lenyek je badigol-badigol tu. Aku amik shortcut tapi jalan batu tak berturap lagi. Apesal la kerajaan tak reti nak turap jalan alternative ni.

Dari jauh aku nampak lampu Ambulans. Aku sampai terus je parking tah macam hape. Keluar kereta terus masuk rumah. Sesape yang dah ade dalam rumah aku tah tak pedulik aku terus tuju bilik mak aku. Disitulah mak aku dibaringkan. Isteri aku dah menangis dah. Aku tak pedulik, aku nak tengok dulu muka mak aku. Perlahan aku bukak tudung putih yang menutupi muka mak aku tu. Betul la. Mak aku yang berada disitu. Aku terus cium pipi dengan dahi. Lepas tu barulah pipi aku basah dengan air mata.

To be continued...

No comments: