Tuesday, June 17, 2008

Part 7 - Barakah

Dia bercerita pasal F48 ni yang tak pandai mengurus orang. Kononnya dia ni orang teknikal tak macam PTD. PTD ni dilatih untuk mengurus orang dan F48 ni baru nak blaja jadi bos. Dia cakap lagi yang dia dah banyak betulkan F48 ni. Dulu lagi teruk. Patut la F41 atas aku ni pun mintak nak tukar jugak dulu. Bos F44 aku yang baru masuk 4 hari pun dah mintak nak tuka. Tak nak kat bahagian tu. Yang SUB ni pandai sangat simpan mangkuk macam F48 ni kenapa? Dia dah tahu yang mamat ni memang bermasalah. Aku pulak dia nak sekolahkan. Dia cerita la pasal di pun tak sempat nak makan sampai standby roti kat bilik. Kalau Saidina Omar tu tutup lampu kalau nak buat kerja sendiri sebabkan nak barakah rezeki tu.

Part ni memang kelakar. Nak cerita basal ‘barakah’ dengan aku. Aku masuk kerajaan ni guna sijil Politechnic yang aku angkut sama dengan buku laporan practical aku dulu. Aku bawak sekali sijil baikpulih komputer dan networking yang aku ambil sendiri kat Cosmopoint. Tapi gaji yang diorang tawarkan kat aku ni gaji SPM. Perbezaan gaji walau pun RM300 lebih je. Kalau dah 5 tahun lebih kurang RM20,000. Dah bole kalau aku nak beli Kawasaki Ninja 250R yang baru tu cash. Siapa la yang buat tawaran tu dan tolak permohonan anjakan gaji aku tu jawab je la esok. Barakah sangat ke kalau gaji dibayar tak setimpal dengan kerja. Korang jawab la sendiri?

Dia query la pulak pasal cuti aku. Kerja kerajaan dah lama, dah jadi SUB pun. Pasal cuti aku pun boleh diorang persoalkan. Diorang ingat aku ni baru masuk kerja ke. Kelayakan cuti dikira ikut bulan. Cuti aku bersambung ye dari jawatan dulu dan akan bertambah ye bukan berkurang. Sila maklum. Aku dimaklumkan F48 ni nak bagi aku surat tunjuk sebab (show cost letter). Bagi la, korang ingat aku goyang ke. Diorang tu yang tak tahu Perintah Am. Baguskan, aku tak datang sebab mak aku meninggal pun kena show cost. Aku kena jawab sebelum 31 Mac 2008.

So aku nak tanya balik, adakah aku yang bermasalah? Aku dah nak buat surat dah nak tukar suka sama suka dengan kawan aku kat Seremban. Kebetulan dia pun nak tukar kat Putrajaya. Maka aku pun tau la angkara siapa aku ditukarkan kat sini. Memang mangkuk F48 tu la. Aku pun tak hingin keja bawah dia.

To be continue...

2 comments:

Denanz ... said...

niezearm,
kalau saya pun tak takut ugutan
urusan penting perlu diutamakan
urusan keluarga bukan mainan
sementelah lagi emak yg membesarkan
ibu kita sepanjang zaman
perginya menemui Tuhan
saya tak takut akan tindakan
emak kesayangan kita tiada gantian
tindakan dunia, persetan ....

|1f34|-|1r3 said...

ntah nyer...gi mampos la sama diorang tuh...ni la payah kije kerajaan beb..org atas mmg ikut suka kepala otak dia jer..tuh tak campur lg dengan politik opis..sbb tuh aku tak kije kerajaan..