Tuesday, June 17, 2008

Part 6 - Cuti

Aku dapat cuti tanpa rekod untuk hari Khamis dengan Jumaat tu. Tapi aku tambah lagi 3 hari walau pun isnin tu memang dah cuti. Selain nak menguruskan hal-hal arwah. Aku perlu untuk mengumpul kekuatan untuk kembali bekerja. Pagi dan petang terutamanya akan mengenangkan aku kepada arwah. Kami redho akan pemergian mak tapi rindu yang mambuatkan air mata tu melimpah jugak.

Hari Jumaat aku kembali bertugas. Tetapi fikiran aku masih lagi teringatkan arwah. Mungkin mudah untuk orang mengatakan, “sabar” dan “takziah.” Berat beban yang ditanggung oleh setiap orang ni tak sama. Kasih, sayang dan rindu ni tak bole nak dikira.

Aku duduk je kat partition aku sambil melayan perasaan blues aku ni. Ape yang berlaku kat sekeliling aku dah tak berapa penting. Tetiba datang F48 ni bersidai kat partition aku ni.

F48: Kamu pergi mana lama tak datang?
Aku: ??? Mak saya meninggal. En. Wan tak tau ke?
F48: Tahu. Tapi kenapa tak bagi tahu opis kamu tak datang.

Inilah dia melayu. Bos Along aku yang cina tu pun lagi bagus. Bole suruh je cuti dulu. Bila dah rasa ready nak keja nanti baru apply balik cuti tu. Dia bole sebok pasal aku tak datang keja la, cuti aku tak ada la, bole amik tindakan tatatertib la, bole potong gaji la. Memang tak guna punya manusia. Ape benda yang keluar dari mulut dia ni aku dah tak nak dengar lagi dah. Hampeh! Kesian kat mak bapak dia la dapat anak macam ni.

Aku tak cerita lagi pasak meeting bahagian loghat kampung dia ni. Aku tau la kebanyakan staff kat situ satu negeri dengan dia. Kalau aku berada kat negeri tu aku faham la jugak kenapa. Ini kat Putrajaya ni. JPM plak tu. Mane la aku tak cakap dia ni tak professional. Pengerusi cakap loghat. Kalau sepatah dua tu aku boleh terima lagi. Sejam ni beb aku terperangkap kat situ. Kalau aku upload dialog meeting diorang ni confirm korang muntah baca.

Di hari rabu tengah hari. F48 ni cakap kat aku Pn SUB nak jumpa aku. Aku macam dah agak je sebab pagi tu ade Mesyuarat Pagi. Confirm la lepas tu jantan ni mengadu kat bos perempuan ni. Aku pegi je la jumpa. Kalau F48 ni ade la mesti suruh aku pakai coat, name tag, tie. Aku pakai pas keje aku aje cukup. Nak aku pakai coat, aku gi tempah lepas tu anta resit kat korang. Bole bayar ke? Kalau tak bole jangan banyak songeh. Aku ketuk pintu bilik dia dan disuruh masuk. Time tu dah dekat nak pukul 1 pm.

To be continued...

No comments: