Wednesday, June 4, 2008

Janji manis ke janji palsu

Semalam kesedaran dan akal aku sampai agak lewat. Itu pun sebab ayah aku ketuk lagi pintu bilik aku. Masa tu dh kul 7.30 pagi. Dalam kepala aku dah pikir, "sepatutnya time ni aku dh siap ade atas moto, paling tidak pun dh smpi tol senawang." Bree aku ni bole la plak tanya aku. "masuk half day ke arini?" bila mentol idea dlm kepala aku dh nyala, automatik je mulut cakap "haah.." Alarm tipun pun dh x larat nak kejutkan aku. Aku sambung la mimpi aku balik.

Bole la pulak JG kol aku pagi tu. Potong la brader ni. Siap petik lagi, "kamu tdo lg ke pnjg?" Macam tau2 je mamat ni. Aku tipon la brader ni kejap. Layan kejap ape dia nak. Baru aku nk selam je, aku dengar org bg salam. Eh! Ape plak la KJ dh janji dgn Bree aku ni. Confirm bini aku ni lupa. Kelam kabut bangun. Bla.. bla.. bla.. "Ok, ok. G la mandi dulu." aku pun bersantai jap sementara tggu dia mandi.

Sudah Bree aku mandi, aku la pulak. Siap baju lebih kurang, terus gi dapur. Breakfast pagi tu ditaja oleh KJ. Org dh belanja jgn la banyak demand. Terima je la seadanya. Rezeki beb aku x tolak beb.

Lepas berborak kt meja dapo, smbg plak kt dpn tv. KJ ni tau aku nk gi opis thari. Macam2 la dia cuba nak selewengkan aku. Shushi la, wayang la. Tapi pendirian aku tetap teguh. Aku pun gosok baju sambil dikagumi oleh KJ. Apeadehal, gosok baju je la. Tak pe la, dh org nk kagum aku nk buat cemane. Hins.. hins..

Kul 1. Lepas babai2 dengan Bree sambil diadap oleh KJ. Aku pecut la LC aku walaupun langit agak mendung. Sampai kt Taman Guru, hujan dh makin kasar. Alamak! Kt depan tu lagi lebat. Klau aku smpi opis pun comfirm lencun. Aku tipon bini aku, bg la tau aku nk tuka niat. Bersekongkol la plak dia dgn KJ nk gelakan aku. Amboi! Enjoy nya.


Huh! Sampai kt umah hujan makin lebat. Aku pun msg la kt bos2 aku laporan cuaca kt S'ban aritu. Tiba la masa untuk aku menuntut janji2 manis yang Kj taburkan. Belum pun sempat aku tuka baju yang kurang formal, KJ dpt sms. Terus wajah berubah menjadi model ubat gigi. Eh! Ada plak call masuk. Sok.. set.. sok.. set.. Tah hape la yg dibisikan tu?

Eh! Terus nak balik? Janji manis bertuka menjadi janji palsu. Aku pasti berita itu sangat penting. Masakan sanggup memungkir janji. Masakan sanggup meredah hujan. Adrenaline yang dirembeskan beserta determination yang tinggi menguatkan setiap langkah KJ. "May the force be with you."

6 comments:

Izzu said...

Nasib kau la KJ..Bkn salah aku aa..Kau yg janji ngn laki aku..Aku tak tau..Hohohoo!!

Yuz @ Dikja @ Kak Jah said...

WOOO...JAAT LA KORANG...DAH LA BERSUBAHAT, BERSEKONGKOL PLAK TU... BARU NAK NGADU NGAN CARLOS...SIB BAIK, CARLOS PUJUK DGN MENGISI MINYAK FULL TANK. MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!

NieZearm said...

Sekali sekala la kak oii.. time ade point ni. klau tak tu aku pun senyap je. klau ko singgah blog aku pun suma ayat2 suci je ko baca..

Anonymous said...

Apa lagi tembak aje dgn senapang gajah .... jangan cari kebencian macam KJ UMNO ????

Anonymous said...

Apa lagi tembak aje dgn senapang gajah .... jangan cari kebencian macam KJ UMNO ????

Anonymous said...

ujang memang iman tak kuat, zu abg ingatkan kalo ..berhati-hatilah dgn jang nii depan kao dia baik belakang mmmmm malas nak mengadu aje , walau bagai mana pun aku telah membelasah JG HAHAHAHHAHA ...menagis kesian den tengok dia !!!! padan muka dia....
AKUKAN ABANG ....