Friday, June 27, 2008

Seminar 3com

Semalam aku ade seminar kat Sunway Pyramid Conventional Centre. Lokasi memang menarik. Tapi kalau diorang bagi pas percuma gi team park lagi la menarik. Aku memang dah lama tak berhibur sampai lupa diri kat Sunway Pyramid ni. Last aku pergi lebih 10 tahun dulu kot. Masa tu triple looper jadi main attraction. Sesape yang naik mesti lupa. Hehe! Agak je la.

Aku dapat jamu mata je la tengok diorang berseronok-seronok main air kat situ. Gambar ni aku ambil masa seorrang speaker tu bercerita pasal teknikal mengenai network dan kelebihan product 3com ni. Aku pun dah blur sebab banyak sangat short technical term yang dia guna. IPv4, IPv6, NBX, VCX, MSR, dan tah hape huruf lagi keluar. Ini la masalah bila orang technical yang kurang fluent bercakap. Dah macam kelas tadika mengenal huruf aku rasa.

Dewan yang agak besar tapi participation yang kurang menggalakkan membuatkan hall tu agak sejuk. Jacket aku pulak bole tertinggal kat opis, kejap-kejap aku keluar ke toilet. Patut la semalam aku balik rasa macam ada yang tertinggal je.

Dalam kebosanan dan kesejukan dalam hall tu, bole pulak terjatuh sesuatu kat meja depan aku ni. Kalau jatuh kat meja awek-awek ni confirm satu dewan dah dengar jeritan meminta perhatian. Kitorang senyum-senyum je la. Nampak la macho sikit. Bukan benda hidup pun. Habuk yang terkumpul dari lubang air-cond yang kurang diberi perhatian. Nasib baik jatuh atas meja, kalau dalam gelas cemane? Boleh batuk kering sesape yang terminum tu.

Agenda yang ditunggu-tunggu ialah cabutan bertuah. Sesape yang bawak business card dan letak dalam bekas pendaftaran tadi ade peluang la nak bawak balik sesuatu. 5 voucher petrol bernilai RM100, 5 voucher shooping dan satu telefon iPod. Sukacita dimaklumkan bahawa aku memenangi doorgift je. Itu pun wife aku dah booking bila aku masuk-masuk je dalam kereta balik tu.

2 comments:

Yuz @ Dikja @ Kak Jah said...

wahhh..last akak besuka ria 7 taun lepas. ni mcm nak kena pegi lagik jer nih..

apa yang itam tu?? ada org lontar jarak jauh taik idung dia ke jek?

NieZearm said...

habuk dari lubang air-cond la..