Wednesday, June 25, 2008

Kenapa aku?

Semalam aku pergi lunch dengan member kat MeCD. Bukan la makan sangat pun. Layan rojak je sambil tengok diorang main carrom. Yang kalah tak mengaku, kononnya menang nasib. Aku yang duduk kat opis baru ni pun diorang akan bagi update. Ade yang menangis atas papan carrom la. Bawak toyol la. Striker dah kena jampi la. Macam-macam la isu mistik diorang ni jadikan alasan. Lepas aku saksikan adat permainan yang ade kalah dan ada menang. Kitorang settle down balik kat café.

Aku ingat tak ade la ape-ape cerita best yang aku nak update kat blog aku. Tapi hari aku yang sempoi ni berubah bila aku dapat panggilan telefon dari opis mate aku.

Aku: Hello!
Mona: Hello Nizam! Aku letak nama ko masuk debate ye?
Aku: Eh! Kenapa aku pulak? Tak ada calon lain ke?
Mona: Tak ada la ni. Bole la yek? Ko pandai cakap.
Aku: Ko tunggu la aku balik opis jap.
Mona: 3 minit je. Puan nak cepat.

Aku bagi la ayat-ayat untuk mengelak. Tapi rasanya kat SSO ni masih tak cukup staff lagi rasanya. Ye la. Kalau tak takkan la diorang pilih aku. Adakah ini salah satu cara diorang bagi orientation untuk staff baru macam aku ni.

Aku sampai opis je terus jumpa Mona. Dengan gelak-gelak je dia cakap kat aku, "rilek la, nanti ade orang ajar. Diorang akan arrange untuk latihan nanti. Kalau tak menang pun tak ape, tapi mesti menang sebab bahagian ni dulu juara tahun lepas." Ah! Sudah. sengaje je bagi tekanan kat aku ni. Tajuk pun tak tau lagi. Baru bagi nama. Ade pulak suara-suara sumbang bagi tau dalam 3 orang wakil ni. 2 orang akan present bahasa melayu, seorang bahasa inggeris. Konon-konon aku la yang kena speaking. Doesn't they know that my English is berterabur.

Agak-agak bole ke aku masuk debate ni. Sebut je dah rasa macam sakit perut la, pening-pening la. Waduh! Waduh!

5 comments:

Yuz @ Dikja @ Kak Jah said...

aku rase ko kena sahut cabaran ni jek. ni sebagai latih tubi ko seblm menjelangnya PRU ke-13 nanti. ko kan calon dun sikamat ganti dato' yusop, ko kena ingat tuuu..

Izzu Izzuri said...

Hahahah!! Tulah psl.. Ye kn YB? Knela praktis skrg!
YB->Yg Berhormat yer? Bknnye Yg Bukan2..
Kehkehkeh!

Izzu Izzuri said...
This comment has been removed by the author.
Yuz @ Dikja @ Kak Jah said...

Yang Berkemampuan...ahahkkxxx!!!

NieZearm said...

amboi2... enjoynya kutuk aku. mewah betul. tunggu la nanti hari pembalasan..