Wednesday, July 2, 2008

Balik Opis Kena Kidnap!!

Balik semalam awal. Pukul 4.30 petang dah bole meninggalkan pejabat. Hari pertama Masuk WP1 (Masuk opis pukul 7.30pagi dan balik pukul 4.30petang). Ramai orang kerajaan akan tukar ambil time ni masa bulan Ramadhan. Konon dah sahur tu bole la terus pergi opis. Balik awal pulak sebab nak prepare untuk berbuka. Aku kena la ikut time bas yang di carted ramai-ramai ni. Dari Seremban nak ke Putrajaya ni bukan ada bas direct tiap-tiap jam.

Kebetulan la pula wife aku ade appointment kat area Puchong dengan Bangi. Balik la nak keta.


Ish! Kenape la serius sangat tu? Ade la yang tak kena ni. Lapar kot. Aku pun tak makan lagi ni. Layan soto pun best jugak ni.

Menarik tak nampak soto bihon bergedil extra. Tengahari tadi tak makan, kira jamak la ni.

Ini pulak soto nasi bergedil extra.


Sukanya dah dapat makan. Besar jugak pengaruh lapar dengan emosi ni.

Nak buat sombong la pulak. Sebab abis dulu.
(Makan pun bole lumba ke?)



Ada jugak western food. Burger, Fish N' Chip dan yang seangkatan dengannya.

Ini la rupa warung yang kitorang selalu singgah. Murah dan kena la dengan selera aku.

Dulu soto biasa RM2.80 je. Sebab barang consumer suma dah mahal, harga pun berubah la jadi RM3.00. Specialty kat sini Soto, Mee Kari, nasi lemak dan western food yang lite-lite sajor. Tapi kira ok la dengan kos yang agak murah. Lokasi M&M Corner ni menyorok kat belakang Tabung Haji Kajang. Mula-mula aku nak cari kedai ni, kena la cari Tabung Haji ni dulu. Itu pun bole miss sebab matahari dah nak landing masa tu. Kalau nak cari jangan la pergi waktu yang agak suram-suram ye.

Brother kedai ni kena bagi aku membership card or discount card ni sebab aku dah promote kedai dia. Kalau dia terbaca entry aku ni pun mesti lubang hidung tak tercontrol. Kalau korang sampai la kat kedai ni, jangan terperanjat kalau jumpa anak alien kat tepi belah kanan dalam kedai tu. Aku dimaklumkan alien tu dah berjaya dijinakan.

10 comments:

Princess Liyana said...

Seremban katne?:)
uhuhu kim salam kat wife. Tau takpe,boleh tgk perbezaan pengaruh makanan kepada manusia.tgk, tersenyum simpul je:)huhu

Kos Serani said...

WAAHH....sodapnya soto...lama aku X makan, kat KL ni susahnya nak cari...kiri kanan restoran mamak dan gerai mamak, Kat Bangsar...area keje aku lagi la...Xde restoran Melayu...sdodih den...ekau kalau kalau mencekik kek situ lagi...kim salam dgn owner tu...suruh dia buka cawangan kek KL ni

Yuz @ Dikja @ Kak Jah said...

wooo...lapar rupanye. patut la aku dengar bingit + kecoh mcm kewing kawam jer...huhuhuh

Izzu Izzuri said...

Hohooo.. Kne bg royalti bro m&m nih.. Dahla 1st time cari sesat barat.. Bila dah jmpa.. Hehe.. Da jd 2nd kitchen la gamaknye..

Kedai burokz tak hengat tp sgtla sedapz kwn2..

Izzu Izzuri said...

princess liyana: uhuhu kim salam kat wife.
Menjawab salam adik manis di atas..Waalaikumussalam..Hehehe..

NieZearm said...

princess liyana: kat ampangan. kawasan mat2 rempit test moto. kadang2 diorang test kat senawang plak. :-)

kos serani: sekali sekala turun la kajang. selalu sgt lepak uptown, tuka la port sekali sekala..

k yus: Seronoknya kutuk. tunggu la hari pembalasan.. >:-)

Shayg: tak yah la kotorkan dapo kita. lg pun murah ni.. Ayah pun ckp ok.. :-)

Miss Reezberry said...

sedapnya..akak suka tu soto..tp akak lebih suka bergedil...harus lah jamak makan kan..harus ko bedal bagai nak gila lah ni..

tembam dah wife ko ek..kim salam kat dia ek..kata kat dia gadis senduk kim salam....

Muhammad Azli Shukri said...

selera saya pun dah terbuka...belum makan lagi, baru tengok gambar aje..

sWeeT & siMPLe said...

soto nasi bergedil extra.... yummmy yummy.... nasib bukan bulan puasa kan.. hehehehe

NieZearm said...

Miss Reezberry - yang buat soto tu sedap mesti la sup dia dan bergedil. tak la bedal sangat. masih tinggal lagi mangkuk, sudu dan chopstick tu..

azli shukri - lepas buka selera kena buka wallet..

sweet & simple - klau bulan puasa jadi juadah berbuka la.. :-p