Friday, August 22, 2008

Best ke Nasi Lomak Power ni?

Di suatu pagi yang dah tak berapa pagi. Seperti yang telah di promote oleh Kak Jah. Aku dan Jill singgah la kat hentian Nilai untuk minum pagi. Kedai yang digemba-gemburkan itu...


Apa macam dia punya power? Ada macam Power Rangers ke?


Ini la rupa nasi lomak yang sering menjadi igauan Kak Jah.

Sedang aku menjamu selera, bole pulak aku terpandang sign board ni. Murah ke? Kalau dibandingkan dengan hentian bas yang diluar highway tu memang la lagi melampau. Makanan mahal, toilet pun kena bayar. Rasa macam nak bakar je kedai tu. KPDN tak amik tau ke harga kat kedai-kedai tu. Kenapa driver bas ni sanggup exit dari highway semata-mata nak makan kat kedai-kedai macam ni? Ada kepentingan ke?

Nanti kalau aku sampai kat kedai-kedai yang mencekik darah ni aku nak amik gambar banyak-banyak lepas tu e-mail kat KPDN & HEP. Kalau tak jalan jugak aku nak fowardkan ke TV3. >:-)

5 comments:

ita.itu said...

sdp ke nasik lemak tuh? wah ganas ko siap nak bkr kedai ye..haha

shinO サイフル said...

Rasanya kedai ni bawah pengawasan PLUS.Rasanya bleh buat aduan pada PLUS. Tapi sejauh mana action sy tanak komen sbb benda2 gni selalu ada hangky-pangky. Dan ada unsur conflict of interest. Yang Pasti pengawasan oleh pihak berwajib perlu. hurmmm..

Kos Serani said...

Sodap tak nak lomak tu Jang? kalau sodap, den pun nak jua poih kek sana...heh heh heh.

Adu jer kat Singh yg suka berpanton kat TV3 tu, mesti cepat tindakan

K.Jah said...

best ape. aku ske. esok aku nak gi KL. harus la singgah lagi. ntah2 sambal dia ada ganja tak???

NieZearm said...

ita itu- bole la.. kalau harga melampau harus je bakar kedai tu.. hehe.. brutal sket..

shino- kedai yang luar dr PLUS ni. harga mcm ****. menteri pun skang jawap komen org mcm jawapan artis.. "no komen".. "nnt akan di bincangkan".. "nnt di tubuhkan pasukan khas".. "kami akan buat siasatan".. "kami kwn biasa".. (yg akhir ni ade ke)

kos serani- bole la klau rasa2 nak branch (b'fast + lunch).. elok gak tu, biar smpi dpt sape yg untung lebih sangat tu..

k.jah- biasanya ada la bendasing yg pelik2 diorang taruk tu.. pelaris ke.. jarang la resepi keluarga.