Singgah kejap kat rumah peranginan kitorang di Presint 14 dulu sebelum pergi makan. Terus la kitorang ke M&M Corner, Kajang. Seperti biasa air minum la sampai dulu. Semua ingat aku order air Nescafe tarik. Mungkinkah cahaya lampu kalimantang menghasilkan ilus optik? Aku nak driving, kena la minum sesuatu yang agak mantap.
Sebelum isu kopi tarik aku ni, kitorang ternampak sesuatu yang mampu memberi hiburan seketika. Ini baru betul tisu Cap Ayam. Nama syarikat yang buat dan bekalkan tisu ni pun tak ada tulis. Malu ke sebab Cap Ayam? Tak tau la aku.

Mungkin ada yang perasan, kat salah satu sudut kat kedai ni ade Alien jaga. Asal usul makhluk ni aku kurang pasti tapi sejak aku jadi pelanggan tetap kedai ni, Alien ni dah memang ada kat situ. Aku pernah juga tengok Scale yang lebih besar kat shopping complex. Memang menarik dan creative. Rasa macam nak je beli satu letak kat rumah nasib baik la mahal. Tapi bahan binaan yang digunakan sama je. Yang ni mungkin adik dia. :-)
2 comments:
okes... komen dah nampak
:-D
Post a Comment