Saturday, August 23, 2008

Nasi Lemak Mambau

Sebelum bertolak ke Shah Alam, aku dan Jill sempat singgah ke kedai Nasi Lemak Mambau. Tempat di mana Nabil pernah bekerja dulu. Nabil! Ala.. Budah yang menang Raja Lawak Musim Ke-2 tu, yang telinga lebar macam piring astro bibir juih ala-ala Angelina Jolie tu. Tetiba teringin nak singgah. Kat kedai ni memang ramai tapi layanan baik. Tak la berdiri tanpa dipedulikan. Maka kitorang berdua order la yang rasa-rasa senang nak sebut. Nasi Lemak Ayam Goreng. Ini lah rupanya.

Manarik seindah rasa. Memang kena la dengan citerasa aku. InsyaAllah aku akan datang lagi. Kak Jah sila lah cuba ya.

2 comments:

Denanz ... said...

niezearm, nampak macam sodap. katne ar lokasi dia?

NieZearm said...

memang sedap. klau dari seremban nak ke mambau. lepas lintas jln keretapi, atas sikit belah kiri ade tulis nasi lemak mambau.. :-)