Friday, August 8, 2008

Tag by me

Aku ada terbaca sesuatu yang menarik yang rasanya bole aku kongsi bersama. Ayat yang aku baca ni simple je tapi aku nak ubah ke bentuk maya.

Until you commit your goals to paper you have intentions that are seeds without soil.

Nak beli transport?
1. Kalau ada rezeki lebih aku nak beli Yamaha YZF R1. Harga pasaran lebih kurang RM90,000. Saiz pun tak la besar sangat macam Hayabusa atau pun Kawasaki ZX-14. Enjin yang diklasifikasikan 1,000cc (996cc sebenarnya) ni kira ok la untuk join member-member konvoi. Dalam kelas yang sama dengan R1 ni, kebanyakkan paip ekzos semua belah tepi. Motor ni je yang bawah seat.

2. Kalau dah ada duit lebih teringin juga nak pakai kereta Ford Mustang 2009. Siapa yang ada tengok cerita I Am Legend, kalau perasan kereta merah belang putih tu la Ford Mustang. Yang menariknya kereta import ni diorang bole buat macam ape yang kita nak. Mula-mula bole pilih enjin dan bentuk body kereta. Dari 4.0L SOHC V6 hingga 5.4L Supercharge, Intercooler DOHC V8. Coupe atau Convertible. Banyak lagi features lain yang bole dipilih macam untuk interior dan exterior termasuklah colour seat, jenis seat, sport rim.. etc.. etc.. etc..

3. Kalau dah terlampau banyak sangat duit aku tu. Dari aku bagi saje-saje je kat kerajaan baik aku beli kereta ni. Bugatti Veyron 16.4. Top speed 400km/h. Satu-satunya kereta yang 1,001-horsepower, dengan 16 silinder. Kereta sport lain pun biasanya sampai 450-horsepower je. Harga pun memang best la, sejuta euro.


Nak beli rumah?
Kalau ikutkan aku nak design sendiri rumah aku nanti. Lokasi atas bukit sikit supaya bole nampak view. Kalau tak dapat permandangan macam resort, dapat city view pun dah best. Macam rumah Bruce Wayne cerita Batman. :-)

Nak beli gadjet?
1. Nak beli laptop yang kecik. Senang nak bawak pergi mane-mane. Tapi selalunya tak bole nak upgrade dan kurang power. Yang aku rasa power Acer Ferrari ni. Body pin dari carbon fiber. Processor, RAM dengan Graphic menepati citerasa aku.

2. Kalau hand phone pula aku rasa yang menepati ciri-ciri yang aku nak ialah Sony Ericsson K850i. Sebab utama, camera dia mantap dan support HSDPA.

3. Item-item lain mesti la TV Plasma dengan Home Theater System. Lagi best kalau dapat bilik khas yang kalis bunyi. Aku nak buat macam wayang. Siap bole dimkan lampu lagi. Baru la mantap.

4. Aku nak camera Digital SLR, Nikon D700. Camera ni memang gempak la. Sesiapa yang minat camera mesti tau sebab ape. :-D


Kepada sesiapa yang baca dan rasa nak buat tag ni dialu-alukan. Berikut adalah senarai mereka yang harus buat:-

Jill (My luv), Kak Jah, Miss Reezberry, Kos Serani, Shino ...

11 comments:

DAKWANIE yang sangat malas said...

yeay IRON MAN!!!!
I LIKE!!!!

K.Jah said...

nak jawab tag ko perlukan bantuan carlos nihh...hahahah. nanti aku submit keh!!

NieZearm said...

dakwanie, silakan jwb klau berani. k jah pun kena mintak bantuan tau.. bogak kita share vision or idea masing2..

Izzu Izzuri said...

Ish2! Time2 nilah byk plak assignment nyer..

Kos Serani said...

Setelah ku baca, ku teliti bait-bait ayat...aku dapat firasat yg Abg Motor Besar ni memang besar keinginannya. Yg dia senaraikan pon...huh! Tapi angan2...akan jadi kemahuan, kemahuan akan jadi impian dan impian kalau di usaha...akan jadi kenyataan, so tidak salah berangan2...dari langsung tak ada angan2

MUHAMMAD AZLI SHUKRI said...

panduan yang sangat berguna...

NieZearm said...

kos serani- saje nak tau ape ko nak beli bila duit dah banyak..

azli shukri- Biar ada matlamat yg jelas. br bole capai.

shinO サイフル said...

D700? huhu~
Kalo cukup duit br leh sambar satu. :(

NieZearm said...

shino- aku rasa nk tag ko jgk la..

motivasimama said...

astaga budak nih..bole tahan....punyer la power rangers ....suma bagus laa....cayalah...

NieZearm said...

motivasimama- tq.. tq..