Friday, September 5, 2008

Cuaca Ramadhan

Hari pertama je dah hujan. Memang menarik bila kita memang ada dalam rumah. Tak ada baju nak basuh. Tak perlu siram pokok. Tak perlu nak pergi buang sampah kat luar. Boleh lepak-lepak je kat rumah. Layan Astro ke, surfing internet or bloging je ke. Ini kalau tak ade petir la. Kalau tak karang sia-sia je modem tu "tebaboo."

Ape kata bila kita kena pergi keja. We have to be at point A to get to point B. Kalau bawak kereta mesti jem. Kalau bawak motor pulak mesti confirm lencun. Kalau pakai baju hujan pun kadang-kadang basah jugak. Kalau naik bas pulak kena gak tunggu bas tu sampai. Sementera tu berpayung la tunggu. Bila bas sampai terkedek-kedek la masing-masing menuju ke pintu bas. Basah jugak la sikit.

Nak dijadikan cerita, tengahari semalam member aku ajak lepak kat opis MeCD. Aku nampak langit mendung je. Kadang-kadang mendung tak bererti hujan. Aku pun merempit la ke sana. Bila dah jumpa geng, lepak-lepak, borak-borak. Nak makan minum tak bole, puasa. Nak mengumpat tak bole, dosa. Nak kutuk bole, depan-depan.

Aku nak gerak je tetiba hujan lebat la pulak. Sementera aku tunggu hujan teduh sikit. Ada client computer aku telefon nak jumpa. Katanya laptop aritu tak bole masuk Windows. Keluar blue screen. Aku agak macam tau je apa masalahnya. Tapi biar la aku tengok dulu. Kalau betul ada hardware error. Kena la aku hantar warrenty. Aku pun tunggu la di lokasi yang dijanjikan. Sampai je dua beranak tu terus senyum-senyum nampak aku. Cerita lebih kurang, aku pun on laptop tu. Betul macam yang aku jangkakan. BIOS setting je salah. Aku ubah balik value dia terus bole BOOT Windows. Bila diorang happy, aku pun happy. Budak tu puas hati la dengan spec yang aku bagi hari tu. :-)

Nak balik opis, hari hujan lagi. Tapi time dah lewat sangat ni. Redah je la. Rain coat ada tapi basah la stokin dengan kasut aku nanti. Tak apa la, kejap lagi pun dah nak balik. Sampai opis dalam keadaan basah dan sejuk. Terus la aku cari toilet. Masa ni la penting ada hand dryer tu. Bila basah dah bertukar lembab. Aku masuk la opis sementara tunggu masa untuk balik. Tutup laptop, kemas ape yang patut. Aku terus la ke tempat nak naik bas. Hujan tak la lebat sangat macam tadi. Bole lagi la pakai payung. Tapi kena la tunggu bas dalam keadaan yang agak dingin tu.

Biasanya manusia, kalau hujan complain kalau panas pun complain jugak. Aku tanak complain, aku nak bagi tau je aku duduk dalam bas semalam tak bole nak tido sebab sejuk. Perasaan untuk ke toilet melebihi perasaan mengantuk. Huh!

9 comments:

Nuisanc3 said...

Kesian zam, lenkali standby selimut skali ye.. :P

K.Jah said...

cer ko setting sket html blog aku kasi 3 column bleh?? nanti transfer kredit advert kat ko sket. hahahaa..belagak!

Aleeya said...

mmg la zam, asik ujan je kan..takpela kang panas terik ko curik minom kat opis lak kehkehkehkeh

NieZearm said...

nuisanc3- klau bole nak letak katil terus dlm bas tu..

k.jah- bole dipertimbangkan. tentang bayaran tu... :-p

aleeya- aku tak la sampai minum. lemau je la. klau zaman sekolah dulu ramai yg angkat air sembahyang lama2. basuh muka dgn kumur tah berapa kali tah. =D

Izzu Izzuri said...

Ciannyer dia..Cejuk yer?
Patutla nk mkn macam2..Nak suh goreng sardinlah..Ayam goreng kunyit lah..

Tang basuh muka ngn kumur lama2 time2 sekolah dulu cam de terminum je tak? Takkan sikit pun xde kot..? Hehehe..

Muhammad Azli Shukri said...

terpaksa berbuka di dalam kereta..

NieZearm said...

ye- cejuk ade kaitan dgn mkn ke?
dr pemerhatian je ye. tak terlibat amik wuduk lama2 ni. Ade yg mcm mandi pun ada bila smpi kelas. baju pun masah2..

azli shukri- kwn2 opis ramai yg standby mineral dengan kurma dalam keta...

shinO サイフル said...

Isk kat KB semalam hujan takde stop..
sejuk ..grrr..cuaca sekarang pun cam nak stat musim hujan la.. hurmm harap raya nnt xkena time banjir.

NieZearm said...

shino- doa2 la tak banjir..