Tuesday, September 16, 2008

Ditag oleh Kak Jah lagi dan lagi- 7 Wonders

Arini aku nak selesaikan assignment yang Kak Jah bagi aritu. Sebelum kena potong markah aku buat la jugak...

The rules:
  • Link to your tagger and post these rules on your blog
  • Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird
  • Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
  • Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

Born to Rides.
Suka bawak motor lagi dari bawak kereta (Rasanya ramai yang dah tau ni). Kalau aku suka bawak motor orang akan panggil 'rider', kalau aku suka bawak kereta nanti orang panggil ape? 'Driver'? Kalau diberi pilihan antara kereta Mercedes atau BMW dengan superbike, aku tetap akan pilih superbike. Kalau aku bawak Mercedes atau BMW nanti orang ingat aku driver, klau superbike. :)

Kriiiinnnnnnggggg!
Bunyi la macam mane pun. Kalau aku nak sambung tido, itu bukanlah penghalang. Kalau nak bangun pagi pergi kerja pun selalu la jugak terbabas. Bila dah lewat bangun, kepala terus pikir alternatif untuk ke pejabat. Kopi atau nescafe pun bukan sesuatu yang boleh menghalang untuk aku tido. Suara arwah mak aku je yang bole mengejutkan aku bangun serta merta. Tak sampai 5 minit aku dah siap basuh muka dan ada dalam kereta. Mesti la nak ke pasar.

Kemeja
Aku ada lebih dari sehelai kemeja warna biru dan meroon. Nak kata aku ada favorite colour pun tak la jugak. Cuma aku suka pakai yang cotton walaupun susah nak gosok. Aku sanggup bayar lebih untuk kemeja warna putih dan hitam. Aku pun tak tau kenapa. :)

Code
Masa zaman-zaman sekolah, setiap buku aku mesti aku lukis and tulis "Izam The Great." Macam Alexender The Great la kot. Pernah aku tetiba pulak suka tulis "CODE" dalam buku-buku aku. Pernah la buku conteng aku tertinggal dalam kelas. Esok petangnya (masa tu sekolah petang) aku tengok ada senior yang sekolah pagi cuba tiru tulisan CODE aku tu. Siap dia tanya lagi kenapa aku tulis perkataan tu. Terus je buku tu jadi chat room kitorang. Ape aku borak pun aku dah tak ingat. :p

Invisible Me
Aku memang invisible masa aku awal-awal zaman menengah aku. Memang low profile, down to earth. Kalau tak sekelas, sama-sama tunggu bas, duduk sekampung/setaman dengan aku confirm tak kenal. Nama betul aku pun mungkin diorang tak ingat walau pun hari-hari pakai name tag. Akhir form 4 je aku mula dikenali. Mungkin masa tu aku baru aktif kot. Setiap kuiz math dengan sains aku mesti dapat hadiah masa perhimpunan. Form 5 jadi presiden kelab rekacipta dengan pengawas pusat sumber. Baju official pengawas aku warna pink. :-">

Schooling
Primary dengan secondary school aku semua kat area Seremban. Primary aku 3 buah sekolah, secondary aku 2 buah sekolah. Majority warna rumah sukan aku merah dan aku jarang bersukan. Berbasikal ulang alik je la kot. Awal-awal menengah pun aku naik bas je.


Job Street

Aku mula merasa duit sendiri akhir form 2. Aku jadi pembantu kedai runcit je masa tu. Masa tu gaji aku RM325. Aku dah rasa besar sangat dah masa tu. Merasa la aku pakai seluar tempah. Masa tu tailour yang popular, ZeroOne, Pop Soda, Jeans Paul. Siap tempah seluar putih poket L design macam jeans untuk pakai denga baju melayu. Dah pakai samping tak la nampak lagi. Bila balik sekolah, samping dah simpan dalam beg. Barulah.. Form 3 dengan form 4 aku sibuk hantar karya kat majalah Ujang. Masa tunggu SPM, sebelum raya aku kerja kedai baju. Lepas raya aku kerja kilang Samsung Display.


Dah cukup dah 7. Tapi tak tau la nak tag sape. Rasa macam sume dah buat je tag ni... :p

12 comments:

K.Jah said...

1. kalau laki..org kata driver, kalau ppuan org kata ppuan simpanan/bini muda. haih! susah wooo!

2. aku laaaaaaaagiii byk koleksi itam. x caya tanye jil

3. zeroone, popsoda, jeanspaul? nostalgia tuuuu!! aku tempah suar GQ dulu kat situ la. siap lipat kat ujung kaki tu...bootcut, coduroy lagi. skrg puncamas sudah mati!

Kos Serani said...

Bro...kalau Form 2 dah pegang RM325 tu...rasa mcm RM3250 la rasanya heh heh heh.

:: AYU AYUMiE :: said...

hahahaha....ciannya pengawas, kene pakai baju color PINK! wah, cikgu tu buta warna ke aper yg pilih color PINK...

*jgn marah bro, gurau ajer...hihihi!

NieZearm said...

k.jah- kaki seluar aku je 22". klau tak pakai kasut pun tak nmpk.. hehe..

kos- mewah jgk la mk aku temtu..

ayu- tah sape la pilih color dangdut ni. Kain diorang bagi pun jenis yg kilat.. lemah tul la nk pakai. gi mane2 mesti org pandang..

generasi said...

hahaha aku pon suke bawak moto..
sbb kereta bapak aku xkasi bawak huhu

arep said...

tumpang bonceng boley????

NieZearm said...

generasi- aku mmg lg suka bwk moto. freedom lebih sket..

arep- bole... :)

Princess Liyana said...

Sekolah pe tu di Seremban?hihi..yana pun sek menengah di seremban...;p

IBU KUMBANG said...

Aku xleh ingatla yang suar besar kaki tu... memang stylo haaaaabiiiisssla sape yg pakai gitu... harhahaha

NieZearm said...

p.liyana- vokay ampangan. masa tu belum tukar nama jadi teknik lagi.

i.k- memang stylo. cikgu pun tak bole nak buat pape sebab dah ramai sangat yang pakai camtu..

ryn said...

pehh.. RM325 masa form 2? gile banyak ok!

NieZearm said...

ryn- pakcik kayo...