Friday, September 12, 2008

Berbuka D' Ikea

Lepas opis je Jill pun dah tunggu aku. Arini dia berbaju kurung. Aku pulak kena tunggu jam Protime (Sistem touch card) 4.30pm. Jam Protime ni pulak lewat 10 minit. Kalau masa datang opis tu best la. Ada la masa kecederaan sikit. Bila time nak balik je yang tak best. Tak bole nak keluar sharp on time. Nasib baik la jugak bas aku pun sampai lewat dan aku je passenger terakhir untuk balik ke Seremban.

Arini Jill ajak berbuka kat KL dengan kawan-kawan UTM dia dulu. Tahun lepas event ni kitorang buat kat Bangi. Tempat sempit tu aku tak kisah. Tapi masa bayar je masalah. Kedai tu kira ikut booking. Lepas argue barulah diorang nak kira ikut kepala. Kalau tak baru bukak kedai makan, baru jadi cashier. Walau ape situasi, tak patut la cashier ni menguji kesabaran kitorang atau pun menjadi dugaan di bulan-bulan puasa ni. Itu la last aku pergi kedai tu.

Perjalanan rasa jauh je bila kereta dah mula memenuhi jalan. Semua bergerak menuju destinasi masing-masing. Tapi ramai jugak yang bergerak menuju ke destinasi yang sama dengan aku. Sampai kat parking, Jill naik dulu sebab nak dapatkan sticker buffet berbuka yang limited itu. Dah lama aku tak pergi Ikea. Last aku sampai sini bertiga dengan arwah mak. Huh!


Aku tengok jam aku baru pukul 6. Tapi ramai yang dah mula beratur amik makanan. Aku nak pergi tapi tak bole nak tinggalkan meja. Kena la tunggu Jill. Dia ke bilik air kejap. Kawan-kawan dia pun tak nampak lagi. Sepanjang aku tunggu Jill datang, ada la dua kali orang lain datang bertanyakan meja kosong. Yang aku heran tu kenapa warga-warga yang puasa ni pun sibuk nak berebut masa berbuka ni? Bukan ke korang bole melantak je bila-bila pun. Mula la aku nampak diorang ni macam langau je. Bila kat surau tak nampak pulak muka-muka badigol ni tadi. Mane la tau ade yang betul-betul berpuasa.

Tapi ape yang pasti masa-masa kritikal macam ni mesti ada diorang ni menyibuk. Menyibuk nak rebut sticker gambar ketupat ni, menyibuk nak amik makanan. Bole tak jangan menyibuk lain kali? >:-)

13 comments:

shinO サイフル said...

Abis tu, sempat tak bukak puasa?
:)

NieZearm said...

sempat.. tapi masa beratur dgn amik makanan kena buat muka bengis. klau tak nnt ade org potong Q.

K.Jah said...

aku pun bebulu dgn diorang ni. kat pasar mlm pun sama..kecohhhh jer berebut2 parking ngan kita. ko dtg la mlm2 sket..bukan diorang pose pun. takut na makanan abis!!

NieZearm said...

nak ckp karang recist. tp aku cakap jgk. pedulik ape? :p

Aleeya said...

ko ngamok mesti sbb dah lapo sgt kan zam, nak mkn blom masok waktu, plak tu ade anasir2 jahat mkn dpn2 ko kan ahahhahaha

tapi hakikatnye dorg ni mmg ade le memana..masa aku buka fast food aritu, diorg pon sibuk sama2 memanjangkan barisan !!

afiq said...

siapakah manusie iteww? kihkih.. relax bro....kurang pahale pose kang x psl2....

generasi said...

hahah sampai mcm 2sekali...
kalau aku wat bodoh je
dia potong aku terus sound
sbb aku peduli pulak org 2dah bsar ke x
kalau adab xde ambik ko

Izzu Izzuri said...

Mmg agak tensenlah sbb kiterang dok kt meja besar,almaklumlah nk kumpulkn sume2 org dr seluruh pelusuk kl kt ikea bkn senang,kene lalu traffic jam bagai..Kompemla ramai yg dtg lewat..Kejap2 kang ada yg tanya,u duduk brp org satu meja? Takkanlah bengap sgt kiterang berdua nk dok meja utk 6 org? Ilang akai per?? Alih2 bila kita da sampai nk amik mknn,yg tak puasa pun lbh lg rupa kebulurnye yg akk heran tuh..

NieZearm said...

aleeya- geram sbb diorang ni menyemak n menyibuk. :p

afiq- hari2 control ni..huh!

generasi- aku xnk la pahala puasa aku dpt lak kt diorang.. hehe..

cyg- nk je tanya diorang sahur tadi kul berapa? ;p

Kos Serani said...

Aku...kan, sedar diri tau, tak puasa...bagilah peluang yg puasa berbuka dgn aman...kan? ini tidak ...yg buat sesak kaum yg tak puasa pulak sampai ada yg puasa kat Mc.D ker...KFC ker...aku tengok terpaksa menunggu

NieZearm said...

kos- makan je la awal sikit tak pun lewat sikit.. itu pn nk kena bg tau. letih la diorang ni..

susu dalam botol said...

buka puasa punya menu takde meat ball kan?

NieZearm said...

sdb- haah la..