Monday, September 22, 2008

Kejar VS Kejar

Pagi tadi lepas sahur aku cepat-cepat mandi. Sepatutnya aku mandi dulu baru sahur. Tapi sebab yang lain dah nak makan dan masa pun dah lewat. Aku pun gi la makan dulu. Selesai je makan aku lepak kejap, pastu aku gi mandi. Siap pakai baju kerja dan terus solat subuh.

Selesai je solat aku tarus capai bag dengan kunci kereta. Sambil kereta aku warm-up, aku tarik pagar dan pakai kasut siap-siap sementara tunggu Jill ready nak gi hantar aku amik bas. Kalau awal keluar rumah, Jill hantar aku sampai kat main road, depan kedai kat Gedung Lalang je la. Kalau lambat kena la gi hantar aku sampai Seremban.

Masuk kereta je aku terus tengok jam. Rasa macam dah lambat je. Terus je Jill cakap nak anta aku sampai Seremban je. Okay la. Dalam kereta pun aku rasa macam dah lewat. Sampai je kat tempat aku selalu nak bas, bas dah tak ada. Bas dah jalan. Aku sampai je kat traffic light depan Court aku nampak la bas aku dah gerak.

Masa ni la terasa traffic light macam lambat je nak tukar hijau. Terus la aku cakap kat Jill kalau tunggu kat Tol mungkin sempat lagi kot. Kalau nak tunggu kat simpang tol kena la overtake bas tu dulu. Racing la sket pagi-pagi ni. Cilok punya cilok sempat la jugak sampai tol dulu dari bas. Itu pun sebab ramai Q nak masuk highway..

Sempat lagi la aku naik bas pagi ni. Fuh!

8 comments:

Aleeya said...

mencabarnye nak gi keje he he

K.Jah said...

caiyok!! caiyok!! sapa bawak? ko ke jil?? aku ske tul main kejar2 cenggini nih...

NieZearm said...

yaya- mencabar la jgk..

k.jah- jil yang bawak..

afiq said...

adventure sgguh yek nk gi keje?
kot ari2 camnih xtau ler agagagagaga

veeda_areena said...

kak bed selalu hantar anak2 ke solah pownnn suka main race2 dlm kesesakan....

veeda_areena said...

kak bed selalu hantar anak2 ke solah pownnn suka main race2 dlm kesesakan....

ijad said...

salam... selamat aidilfitri 2008

NieZearm said...

afiq- nasib baik la sekarang bulan puasa. klau hari biasa lg la mecabar nk pergi keja pagi2 ni..

kak bed- jiwa racer tu..

ijad- w'salm... slmt aidilfitri..