Wednesday, October 15, 2008

Bos yang tak pernah salah.

Di suatu petang yang hampir menunjukan jam 4.00 petang. Aku dipanggil untuk menghadiri meeting. Dalam kepala aku masa ni la pula nak meeting. Aku nak balik lagi setengah jam je. Tak apa la. Aku layankan aje. Harap-harap 4.30 nanti aku boleh excuses sebab nak ke tempat bas.

Ade je lagi isu-isu yang nak dibincangkan. Masa terus berjalan. Aku je yang tak sempat nak berjalan ke tempat amik bas. Meja pun tak kemas lagi. Aku tak nak la keluar awal sebelum meeting selesai walaupun aku hanyalah duduk dan menjadi pendengar yang setia. Jam aku pun dah pukul 5 lebih. Kena la aku balik bawak motor. Walhal baru je pagi tadi aku bayar tambang bas aku untuk sebulan. Nampaknya macam esok pun aku nak kena overtime.

Aku yang memang mengantuk ni berharap masa aku balik dalam bas nanti bole la aku tidur sekejap. Tak pasal-pasal je aku kena bawak motor sendiri balik. Aku terus ajak Abang Jep gi minum. Memang aku order kopi tarik. Alhamdulillah, aku masih mampu meneruskan perjalanan dan mata pun masih boleh bertahan. Lebih kurang pukul 11 malam baru aku sempat nak gosok baju. Campur dengan letih badan, pening menahan mata dengan selsema. Mesti la aku bangun lewat. Lantak la. Malas aku nak fikir. Sape suruh kacau time balik aku.

Esok pagi aku datang lewat. Betul-betul masa nak buat testing lebih kurang pukul 6 petang. Pagi tu kena ubat selsema macam mane nak bawak motor pergi kerja. Sesia je aku tido tepi highway nanti. Tapi aku pergi la jugak sebabkan dah disebut dalam meeting semalam. Kena la tengok diorang buat testing sampai pukul 9 lebih kurang. Balik malam lagi.


Esoknya aku pergi lagi kerja jugak tapi lewat sikit. Pukul 8 lebih baru sampai. Tapi memang kena balik lewat jugak. Kena ikut buat testing lagi. Arini aku balik lagi lewat. Pukul 10 lebih. Sekali lagi aku merempit balik dan pergi keja pun kena la bawak moto.

Diorang ingat ade je ke public transport nak tunggu aku balik? Kalau ade pun bole ke aku tunjuk je pas kerja lepas tu suruh diorang claim terus dengan kerajaan? Overtime bukannya dikira terus dari masa kita scan pas kerja tu macam kerja kilang. Korang pun tak mampu nak buat system untuk kira overtime tu automatik (kononnya paper less). Jangan ingat masa tu boleh dinilai dengan duit.



Money isn't everything but everything needs money.



8 comments:

Aleeya said...

bos mana ade salah, diorg sokmo betoi jekkk, ko flu lagik ke..mkn ubat ehh

NieZearm said...

dh x flu lg.. lepas ni ingat nk cari jacket riding yang proper sikit..

missgigikumancung said...

siannyer..boss memang cam tuh..suruh jer pandai...buat sendiri la!!

NieZearm said...

entahnye... jgn ingat aku hadap sgt duit claim tu.. dpt lmbt plak tu. claim dengan interest nnt br padan muka dia..

Cakap Kosong said...

bos memang selalu betul, diorang kata lah.

Cakap Kosong said...

bos memang selalu betul, diorang kata lah.

Cakap Kosong said...

bos memang selalu betul, diorang kata lah.

NieZearm said...

"baik bos"

(x semua bos baik)