Wednesday, October 15, 2008

Masihi VS Hijrah

Lepas isu nak naikan batu kat kubur arwah mak aku, aku terfikir la tarikh Hijrah yang bakal terukir pada batu nisan tu nanti. Aku pun mula la cari converter online yang available. Jumpa la website yang ada dan senang nak buat convertion. Mesti la bukan kerajaan malaysia punya.

http://prayer.al-islam.com/convert.asp?l=mal

Aku pun cuba la tarikh mak aku meninggal, 15 Mei 2008. Jawapannya bersamaan 10 Jamadilawal 1429. Tarikh ni tak sama dengan yang ayah bagi. Mane yang silap? Kalau ikut calendar memang la 9 Jamadilawal tapi dalam Islam hari berubah bila masuk waktu Maghrib. Betul la converter tu.


Pernah tak korang terfikir korang lahir berapa haribulan tahun hijrah. Takkan la masa puasa dengan raya je ikut tahun hijrah. Kalau macam tu bole la kita sambut 2 kali birthday. Tahun Masihi dan tahun Hijrah.

30 September 1979 = 9 Zulkaedah 1399

9 Zulkaedah 1429 = 7 November 2008

Kalau ikut Masihi, tahun ni aku baru je menyambut birthday aku yang ke 29.
Kalau ikut Hijrah, 7 November ni aku akan sambut birthday aku yang ke 30.
Dah 30-an dah umur aku ni. Same lavel la dengan K.Jah.

2 comments:

K.Jah said...

whoaaaa!!! welkam to the club!!!
daddy diusia 30'an gittew!

NieZearm said...

haha... gittew! gittew!