Thursday, November 20, 2008

Gerai Apam Balik


Aritu aku dan Jill nak la beli ape-ape sebelum singgah minum petang rumah sepupu Jill ni. Kebetulan kitorang nampak lepas lalu dari Bukit Chedang nak menghala ke Tesco Extra, kitorang ternampak la gerai jual apam balik ni. Kitorang order la apam balik mini yang nipis dan rangup tu. Memang sedap kalau dapat makan panas-panas. Berbaloi la tunggu kejap pun.

Tapi ape yang lebih menarik perhatian aku masa nak order ni. Adik tu yang bersungguh-sungguh tolong mak dia buat. Jaga api, sediakan bancuhan, bukak tin jagung dan lain-lan. Aku suka tengok budak kecik macam tu pun rajin tolong mak ayah dia. Tak la buat kerja sia-sia macam merempit ke ape ke. Aku doakan semoga berjaya la bila besar nanti ye dik. Dapat kau tolong mak ayah kau ni.

4 comments:

Aleeya said...

anak yg solehhh

Riezal said...

hmm dah cuti sekolah.. kecik2 dah paham.. tanggungjawab.. kalau compare bebudak yang sebaya dgn dia time ni sure dah gi sana sini.. main bola.. ronda2...

Princess Liyana said...

Ya!doa utk adik itu jgak;)

emm..apam balik memang sodappp...

NieZearm said...

yaya- harap2 mcm tu la..

riezal- tu la pasal..

p.liyana- makan la panas2. jgn lama sgt dlm plastik bag. confirm x best..