Friday, November 7, 2008

Penyelesaian pada isu dibawah.

Penguatkuasaan Undang-undang Mewajibkan Pemakaian Tali Pinggang Keledar Belakang Bermula Jun 2008 - 25 April 2008

Kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar belakang bagi semua penumpang belakang bermula Jun 2008.

Bagi membiasakan orang ramai terhadap peraturan baru ini pihak kerajaan akan memberikan tempoh advokasi dan pengenalan selama 3 bulan sehingga akhir Ogos 2008 sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang ingkar arahan berkenaan.

Berikutan pengumuman awal yang dibuat baru-baru ini pihak kementerian dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah menerima pelbagai reaksi berbentuk komen dan cadangan yang mahukan penjelasan terhadap isu-isu seperti berikut :

Kenderaan yang diwajibkan dan dikecualikan serta Kos pemasangan bagi tali pinggang keledar belakang :

Kenderaan persendirian yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995 dikecualikan daripada perundangan ini, jadi tidak ada implikasi kos terhadap golongan ini. Maka kepada pemilik kenderaan-kenderaan lama yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995 adalah dikecualikan daripada perundangan ini.

Manakala bagi kenderaan persendirian yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 semuanya sudah pun dilengkapi dengan tali pinggang keledar belakang, kecuali kenderaan keluaran Perodua iaitu Kancil dan Kenari.

Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah mencadangkan kepada pihak Perodua untuk menawarkan pakej istimewa bagi pemasangan tali pinggang keledar di belakang bagi pemilik kenderaan Kancil dan Kenari di bawah program CSR. Cadangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya adalah dalam pertimbangan oleh pengurusan atasan di Syarikat Perodua.

Isu mengenai penumpang yang melebihi dari 3 orang di belakang :

Di bawah perundangan yang telah digubal tindakan undang-undang hanya boleh diambil bagi kes di mana tali pinggang keledar belakang yang telah dipasang tetapi tidak digunakan oleh para penumpang belakang. Dalam kes penumpang keempat, beliau tidak akan dikenakan apa-apa tindakan di bawah perundangan, tetapi Jabatan Keselamatan Jalan Raya akan menyedarkan golongan ini melalui kempen promosi galakkan kegunaan tali pinggang keledar.

Tempoh pemasangan tali pinggang keledar belakang :

Para pemilik kenderaan persendirian yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 yang diwajibkan memasang tali pinggang keledar belakang akan diberikan tempoh pemasangan selama 3 tahun sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

Isu pengecualian sedia wujud bagi anggota PDRM dan JPJ :

Apabila penguatkuasaan undang-undang mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar belakang bermula Jun 2008, pengecualian yang sedia wujud bagi anggota PDRM dan JPJ akan dihapuskan dan mereka juga diwajibkan memakai tali pinggang keledar depan dan belakang.

Dalam konteks negara, lebih 350 kematian setahun melibatkan penumpang belakang dan penggunaan tali pinggang belakang adalah salah satu iktiar atau langkah yang berkesan bagi mengurangkan risiko kecederaan dan kematian akibat kemalangan di jalan raya.

Maka keutamaan pemakaian tali pinggang keledar belakang haruslah dilihat dari sudut keselamatan di jalan raya dan usaha kerajaan di dalam mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan di jalan raya serta bagi mewujudkan budaya kawalan kendiri di kalangan pengguna jalan raya.

“TALI PINGGANG KELEDAR DI BELAKANG BUKANNYA HIASAN, GUNAKANNYA”

“JANGANLAH MEMBAHAYAKAN NYAWA ANDA DAN ORANG LAIN, SENTIASA GUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG”


Kalau duduk kat belakang, jangan duduk kat belakang penumpang depan. Duduk lah kat tengah-tengak. Bole la jugak nampak ape yang orang depan tengok. Silalah pakai tali pinggang yang kat tengah dulu. Lepas tu tarik yang belah kanan sehingga sampai ke sisi kiri kemudian lock. Ulangi untuk sebelah kiri. Baru lah macam "bucket seat." Perasaan macam naik kereta racing akan timbul dengan sendirinya bila driver bawak laju dari orang lain. Tak kira lah walau pun nak ke tandas atau mengejar punch card.

SELAMAT MENCUBA... :)

2 comments:

Aleeya said...

leh mati keras kat belakang tak benafas zam ..bila kena ikat gitu ..:((

NieZearm said...

tu la pasal.. kat malaysia ni tad sume keta mampu ada air-bag. rear seat belt mampu la. murah..