Tuesday, January 6, 2009

Kata-kata mengundang maki

Pada suatu hari, cuti umum akhir tahun lepas. Aku pergi la jemput X kat LCCT. Baru balik dari Z kononnya pergi bercuti dengan Y. X ni pun dah lama kononnya tak naik flight. So saje je la cari tempat yang luar dari Malaysia. Nak dapat cop kat pasport agaknya sementara belum expired.

Seperti yang telah kitorang janji, aku pun jemput la X dengan Y ni. Dalam perjalanan balik aku dengar X ni cakap macam berlagak la pulak. Tak ape sebabnya aku pun tak tau la. So aku malas la nak cakap ape-apa.

Tiba-tiba ada pulak la kereta yang tiba-tiba tukar lorong. Ikut suka dia je bawak kereta ni. Kereta beli mahal-mahal tapi signal tak bole menyala ke? Ke saje je jimat bateri kereta tu? Aku pun bunyikan la hon. Aku berusaha jugak la untuk berperasangka baik. Mungkin dia tak perasan kot. Mungkin kereta aku tadi ada kat blind spot dia. Boleh pulak X ni tiba-tiba mengeluarkan kata-kata yang agak kurang hajar. "Ko ni sesuai la bawak keta kat Z. Kejap-kejap bunyi hon... Kejap-kejap bunyi hon..."

Terus aku terbakar. Memang kata-kata orang tak sedar diri ni memang mengundang maki. Dah la duduk kat belakang. Tak nampak pun ape yang berlaku kat jalan depan. Aku yang sepatutnya boleh rehat bercuti ni kena la pulak jemput korang balik. Pakai kereta aku pulak tu. Duit minyak pun aku tak mintak. Selamba je nak sound aku macam tu. Hampeh!

Arwah mak aku pun tak complaint. Pergi kerja balik kerja pun aku yang jemput. Pergi berjalan mane-mane pun aku yang bawak. Pergi pasar ke, cari bunga ke, beli ikan sembilang kat Lenggeng pun aku yang bawak. Tak ada masalah pun.

Kalau kau tu lain la. Masa kau kerja Seremban dulu, tempat kerja kau dengan mak kau pun satu jalan, pun kau tak sanggup nak hantar. Boleh je pergi asing-asing aku tengok. Bila kau hangin pulak kau bawak kereta macam nak hantar nyawa je. Tak kira la mak kau ke adik kau ke ada dalam kereta tu.

Ape nak buat dengan orang macam ni? Patut tak terima maki..


Lagend:
X - Orang tak sedar diri, mengundang maki.
Y - Sama bercuti dengan X.
Z - Tempat X dengan Y pergi bercuti.

14 comments:

Tijah Lawa said...

err...caner nak jawab ek??
tapi misti ko tau apa jawapan dlm kepala aku kan??? ko kan ahlil nujum. kalu tak takkan ko tau sbb musabab aku tukar nomo. hahaha..

NieZearm said...

masa taip cerita tu pun dah ade perasaan nk maki. petut kah diteruskan... >:)

Tijah Lawa said...

mcm yg msg komen ko tu ler...

"Luahkan je ape dlm kepala tu... :)"

baru lega...

NieZearm said...

ok... cuba teka "Z" tu negara mane?

Tijah Lawa said...

negara yg ada pesantren???

Izzu Izzuri said...

Hahahaha!! Adoiyai.. Sapa ahli nujum pun tak taula skrg..
Kuang3x!!

ps: Sabar yer shayg..

.fatin nabila. said...

Y pelakon tambahan..
xpsl² glam..
Z, mcm india je, tol?

NieZearm said...

Tijah - ko pun mcm ahli nujum la jgk..

NieZearm said...

fatin - dlm babak tu, mmg Y jd pelakon tambahan...
Z, bukan india.. :p

Aleeya said...

belasah je zam, klo maki2 ni tak jalan hahahaha

paCat said...

Letak bom paku kat tekak beliau ~

muor76 said...

ape kate ko getol kepale dia 3 4 kali... kekekke pastu ko ketis rusuk dia sampai berterabur.. kekekke bese ler.. kadang org rase bangga dia tak sedor diri...

Riezal said...

maki jer bro.. this is ur blog,ur space.. tempat ko rasakan tenang utk meluahkan memaki org yang ko rasa macam hampeh tu.. so that lepas tu ko dah tak rasa dah nak maki sebab ko dah lepaskan kat blog.. :)

er Z tu bukan india ker..? setahu aku.. india jer banyak.. main hon hon tu :)

NieZearm said...

yaya - terdetik jgk, tp lengan aku belum saiz hero remaja lg ... :p

pacat - kat mane bole dpt bom tu? bungkus 3.. nk buat spare.

muor76 - cemane nk bg dia sedar diri tu?

riezal - byk lg negara lain pun suka main hon...