Mintak maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan isu dengan Maxis aku ni. Aku perlu sedikit masa untuk aku compose diri aku dulu sebelum aku sambung cerita ni. Here we go!
Pagi Isnin aku dapat call dari Jill. Dia cakap orang yang beli tipun tu call dia. Terperanjat la sebab tiba-tiba orang Maxis call. Dia cakap Maxis bagi telefon tu FREE. Dia pun tak ade sign apa-apa document. Dia tak sangka pulak akan jadi macam ni. Orang yang call Jill tu pulak merupakan kenalan Jill sendiri.
Lepas je hang up, Jill terus call aku. Memang aku piss off. Keluar la jugak aura merah aku sikit. Lebih kurang pukul 12.20 tengahari aku dapat SMS dari kenalan Jill ni yang amik phone LG tu.
Phone LG: kita mintak maaf sgt kt 'Jack' n 'Jill'..tak sangka bule jd mcm nih..klu 'Jack' nk amek tepon lain..kita byr penalti tuk LG kt maxis..sorry sgt2.. :-(
Senang betul bunyinyakan?
Aku: Dah baca ke blog aku?
Phone LG: belum lg lar Jack..kita otw p kl..nih kt srmban..laptop kt umah..
Petang tu aku pun anta lagi SMS yang lagi best. Biar orang-orang yang terlibat dalam isu ni berfikir lagi.
Aku: Baik betul Maxis bg tipun free. Aku plak tiba2 kena ikat kontrak. jmpa kt court je la. Lawyer kena bayar jgk. Maxis aku nk mintak $1M.. Yg jual n yg beli hp ni berapa lak nk mintak ye?
Orang yang aku massage terus tak berani nak jawab. Boleh pulak terjadi kebetulan yang dirancang. Staff Maxis dari Johor pulak call aku lebih kurang 5.30 petang. Tahu pulak yang mane satu nombor aku. Liz yang kat Maxis Center tu pun selalu silap. Mesti dia call nombor yang Jill guna. Macam biasa aku akan bagi dia cakap dulu. Aku nak dengar dulu ape penjelasan yang dia nak cakap.
Lepas tu aku pulak la yang cakap. Aku ada salinan resit pembelian Phone LG tu. Nama, IC, account no semua detail aku tapi alamat "Seremban, Johor". Tak tau plak aku Seremban ada kat Johor. Bila aku tanya siapa yang sign kat borang tu? Kenalan Jill la yang sign. Dia yang bayar deposit RM199. Mula la putar belit Minah ni. Kat Jill dia cakap telefon tu free. Dia pun tak sign apa-apa. Nampak sangat la nak putar belit.
Aku call Minah ni pukul 6.45 petang tapi tak berangkat. Malam tu aku massage suruh call aku balik. Dia pun call and play innocent la macam staff Maxis kat Johor tu. Kat aku dia mengaku pulak ada sign borang tapi dia buta ke borang tu nama aku. Kena contract 24 bulan. Tak reti baca ke? Dia cakap dia sanggup bayar penalty kat Maxis. Memang la, takkan aku pulak kot yang nak bayar. Lepas tu bila nama aku dah clear boleh la aku amik telefon apa yang aku nak. Senang betul ko bercakapkan? Ini bukan isu telefon lagi. Sekarang ni nama aku dah ada orang lain yang guna. Identiti aku dah digunakan oleh pihak ketiga. Nama yang aku pakai hampir 30 tahun ni bernilai lebih dari sebuah phone LG KU380. Senang-senang je ke aku nak lupakan perkara ni.
Sebelum aku letak harga ape yang aku nak. Baik ko offer aku apa yang ko boleh bagi. Ko ingat senang macam tu je ke ko boleh lepas. Aku tak lupa staff Maxis yang terlibat sama ni.
4 comments:
sapa orgnya jek? aku kenal ke?
citer la..citer la...
lawa lak signature ko yer jek? dah biasa buat la tu...
ada 2 option:
1. settle luar court. lawyer ko misti ada advise benda nih. ko buat la apa yg patut samada nak guna budi bicara atau kau nak ajar sket sama dia (supaya in future org lain tak kena benda yg sama)
2. ni ganas sket. upah org pukul dia. wakakakaka...tak la. aku acah jer
biarlah au rahsiakan dulu identiti org tu kt sini. >:-)
lain sungguh dgn signature aku..(tu pasal aku bole publish)
aku mmg bg dia pilihan kak. klau tak nak settle luar. aku drag la sume2 gi sivil court.
leceh bro kalau terjebak kes gini..
ahah! akhirnyer. very der user-frenli sket blog ko nih. sodap mato memandang...
Post a Comment