Monday, May 4, 2009

Kena ubah cara berbahasa dengan Maxis!!

Sorry sebab lambat update.

PUTRAJAYA, 30 Apr - Liz Teh call pukul 11.25 pagi. Tujuan utama dia nak la bagi tau aku yang dia dah pun dapat salinan report police yang aku hantar semalam. Dia dah pun log satu lagi no report untuk memudahkan aku buat rujukan. Patut la semalam diorang cakap Report Number Maxis yang aku bagi tu dah close. Lepas tu Liz cakap dia akan fax salinan police report tu ke bahagian forensik untuk siasatan lanjut.

Aku tanya la siapa contact person yang boleh aku hubungi untuk rujuk perkara ni. Selamba je dia suruh aku contek 123 dari telefon aku and bagi tau report number tu. Saje je nak suruh aku ubah cara aku berbahasa. Tinggikan sikit suara, keraskan sikit nada, kalau aku cakap Melayu pun tak faham English pun tak faham. Belum aku suruh ko nyanyi lagu Negaraku ke, sebut rukun negara ke. Kalau tak boleh, aku cadangkan ko tukar je la kewarganegaraan ko tu.

Aku suruh dia contek aku pukul 2.00 petang dan bagi aku nombor telefon direct line. Aku tak nak dengar machine jawap or dengar apa-ape iklan masa aku hold line aku nanti. Kalau dia tak telefon aku, tunggu je la surat dari lawyer aku nanti. Tak pun jangan menyesal pulak kalau keluar cerita ni kat newspaper nanti.

Tepat pukul 2.00 petang Liz telefon dan bagi no bahagian forensik tapi tak bagi pun siapa contek person kat sane. Sedihkan servis korang ni.

Lebih kurang pukul 3.30 petang aku pun call la nombor yang Liz bagi tadi tu. Zaki yang jawab call aku tu. Cara dia terima report aku memang tenang. Dia amik no fon aku dan lepas 5 minit dia call aku. Dia cakap kes ni tak payah buat polis report pun sebab ini isu dalaman Maxis. Aku tak kisah la macam mane korang anggap kes ni. Aku buat polis report ni pun sebab aku nak ada pihak yang bertanggungjawab.

Dia mintak aku telefon balik hari Isnin untuk update perkara ni. Bila agaknya sesuai untuk aku telefon ye?

8 comments:

afiq said...

jom kite tuko celcom... ke sme jer? konpius*

Tijah said...

byk gak birokrasi dia ek? dari aritu tak setel2 lagi meksis ni. ekceli aku pun ada isu gak ngan meksis. aku tunggu konyer kes ni dulu tgk caner jek...

Izzu Izzuri said...

mmg harus tukar ke celcom pasnih..tp mmg sakit ati aa ngn apa yg berlaku nih..

Tijah said...

dah dapat ke tangkap sapa yg buat onar tu jek?

regardless...who ever they are...kasi ajar je cukup2. kadang2 manusia ni sesekali perlu disentapkan ulu hati dia tu!

NieZearm said...

afiq - kita gi kt company yg menghargai customer diorang..

Tijah - yang membuat onar dah tau sape... >:-)

Encik Shino said...

haihh...bila dah besar kepala,
mulakah die nak wat onar..
aku dh lama x suke MAXIS ni..

Unknown said...

Teringat aku dulu kes aku dengan Maxis. Aku buat kes dengan Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM).
Kalau aku tak buat kes dengan SKMM, Maxis tolak aku kiri dan kanan. Lepas buat kes SKMM, seminggu kes selesai siap refund balik kat aku.
Anyway.. dah buat ke report kat SKMM?

NieZearm said...

baru je buat aduan kt SKMM mggu lepas.. :p