Thursday, June 5, 2008

Bloger VIP

Semalam aku saje2 layan bloger lain. VIP ni. Menteri kt opis lama aku, MeCD. YB Dato' Noh Omar, Hati Malaya. Tetiba aku teringat yang mggu ni aku nk g mesyuarat koperasi kt wisma thetheratte, Seremban. Mcm biasa la mesti tmpt duduk x cukup, menu roti jala dgn mee hoon. klau nk bg cadangan mesti ade koroni2 diorang potong. Bg surat cadangan diorang x baca pun. Alasannya lmbt sampai la.. ape la.. Aku pun sesaje la bagi komen cengini...

Blogger NieZearm said...

YB Dato'

Minggu ini saya akan menghadiri mesyuarat Koperasi Permodalan Dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan. Setelah 7-8 tahun menjadi ahli, saya masih lagi belum berpuashati dengan pencapaian koperasi yang bagi saya banyak membuat pelaburan yang membazir.

kebanyakan ahli jawatankuasa yang dilantik merupakan warga emas yang tidak lagi mampu memberikan sumbangan walaupun mesyuarat dilakukan setiap bulan.

Cadangan idea-idea baru sering mendapat bangkangan dari pihak senior yang sudah selesa dengan keadaan sedia ada.

Dapatkah kiranya dato' membuat pemantauan dan cadangan bagi mempertingkatkan lagi pencapaian koperasi ini. Buku laporan tahunan juga boleh saya sampaikan pada dato' sekiranya dato' rasakan perlu.

sekian, terima kasih.

June 3, 2008 10:57 PM

Sebelum balik opis, lebih kurang kul 5 ptg. aku tgk kt meja aku dh ade sepucuk surat berenvelop putih. Aku terus je bukak sbb dh ade kt meja aku. Pemberitahuan Pertukaran PPTM.. yada.. yada.. ditukarkan ke Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).. yada..yada... Pertukaran ini berkuatkuasa mulai 9 Jun 2008.

Alhamdulillah.. Dpt jgk aku kluar dr opis yang berbos gelabah macam labah-labah ni.. Ko handle je la web JPM dgn pentadbiran am ni sendiri. Aku dh malas nk pikir. Aku pun balik la dengan senang hati. Klau arwah mak aku ada mesti dia suka aku dpt tuka. Macam2 la dia akan doakan aku.

Masuk je exit tol senawang, aku perasan org mcm dh q nk isi minyak. Betul la kot berita minyak naik ni. Sampai je rumah aku pun layan la berita kul 8. Wah! Minyak naik 78sen la (40.625%). Klau mcm tu motor aku full tank mesti la 11 hengget. MAHAL. Nasib baik x kena tol.

Aku check la balik blog aku kalau ade pape yg menarik. Eh! Menteri MeCD dh jawab la komen aku.

Blogger Noh bin Haji Omar said...

Terima kasih kepada saudara niezarm di atas respon anda.Pemilihan anggota lembaga dipilih setiap tahun dalam mesy agung tahunan.Yang mana,1/3 daripada bilangan anggota lembaga yang ada hendaklah digugurkan mengikut peraturan koperasi 1995. Terpulanglah kepada anggota-anggota koperasi membuat penilaian dan pemilihan. Sekiranya tidak berpuas hati dengan anggota lembaga berkenaan, anggota-anggota koperasi bolehlah memilih bakal anggota lembaga yang baru dari kalangan anggota-anggota biasa di dalam mesyuarat agung berkenaan.Dari segi pemantauan pula,sekiranya perjalanan mesyuarat agung tidak mematuhi akta,peraturan dan undang-undang kecil,maka barulah pihak SKM boleh mengambil tindakan untuk menyiasat perkara berkenaan.Saya akan mengarahkan pegawai SKM hadir dalam mesyuarat berkenaan nanti sebagai satu usaha pemantauan.Selamat bersidang.

June 4, 2008 5:04 AM


Sentap. Ayah aku balik ke dari surau terus aku share story arini. Tapi minyak dh mahal ni, baik aku pindah Seremban je. :-)

2 comments:

Izzu Izzuri said...

Yeyeahh!! Mak suker.. Mak suker..

NieZearm said...

te pun suka. tp klau dpt tuka s'san lg best. malas la nk pk kos travel ni.