Alhamdulillah.. Dpt jgk aku kluar dr opis yang berbos gelabah macam labah-labah ni.. Ko handle je la web JPM dgn pentadbiran am ni sendiri. Aku dh malas nk pikir. Aku pun balik la dengan senang hati. Klau arwah mak aku ada mesti dia suka aku dpt tuka. Macam2 la dia akan doakan aku.
Masuk je exit tol senawang, aku perasan org mcm dh q nk isi minyak. Betul la kot berita minyak naik ni. Sampai je rumah aku pun layan la berita kul 8. Wah! Minyak naik 78sen la (40.625%). Klau mcm tu motor aku full tank mesti la 11 hengget. MAHAL. Nasib baik x kena tol.
Aku check la balik blog aku kalau ade pape yg menarik. Eh! Menteri MeCD dh jawab la komen aku.
- Noh bin Haji Omar said...
Terima kasih kepada saudara niezarm di atas respon anda.Pemilihan anggota lembaga dipilih setiap tahun dalam mesy agung tahunan.Yang mana,1/3 daripada bilangan anggota lembaga yang ada hendaklah digugurkan mengikut peraturan koperasi 1995. Terpulanglah kepada anggota-anggota koperasi membuat penilaian dan pemilihan. Sekiranya tidak berpuas hati dengan anggota lembaga berkenaan, anggota-anggota koperasi bolehlah memilih bakal anggota lembaga yang baru dari kalangan anggota-anggota biasa di dalam mesyuarat agung berkenaan.Dari segi pemantauan pula,sekiranya perjalanan mesyuarat agung tidak mematuhi akta,peraturan dan undang-undang kecil,maka barulah pihak SKM boleh mengambil tindakan untuk menyiasat perkara berkenaan.Saya akan mengarahkan pegawai SKM hadir dalam mesyuarat berkenaan nanti sebagai satu usaha pemantauan.Selamat bersidang.
Sentap. Ayah aku balik ke dari surau terus aku share story arini. Tapi minyak dh mahal ni, baik aku pindah Seremban je. :-)
YB Dato'
Minggu ini saya akan menghadiri mesyuarat Koperasi Permodalan Dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan. Setelah 7-8 tahun menjadi ahli, saya masih lagi belum berpuashati dengan pencapaian koperasi yang bagi saya banyak membuat pelaburan yang membazir.
kebanyakan ahli jawatankuasa yang dilantik merupakan warga emas yang tidak lagi mampu memberikan sumbangan walaupun mesyuarat dilakukan setiap bulan.
Cadangan idea-idea baru sering mendapat bangkangan dari pihak senior yang sudah selesa dengan keadaan sedia ada.
Dapatkah kiranya dato' membuat pemantauan dan cadangan bagi mempertingkatkan lagi pencapaian koperasi ini. Buku laporan tahunan juga boleh saya sampaikan pada dato' sekiranya dato' rasakan perlu.
sekian, terima kasih.
June 3, 2008 10:57 PM