Sunday, June 15, 2008

Part 3 - Hipokrit

Masa ni aku mula la mencari salah siapa aku dicampakkan kat sini. Salah SPA ke? Diorang ni menjalankan amanah oleh Seri Paduka Baginda. Bila ada jawatan kosong dalam kerajaan dan segala perhitungan dah dibuat. Diorang akan iklankan dan calon-calon yang dirasakan layak untuk di interview akan dapat la surat panggilan. Lepas sebulan lebih kurang mane-mana calon yang berjaya akan dipanggil untuk melaporkan diri. Ada jugak yang jadi calon simpanan. Kalau ada yang tolak tawaran ni nanti baru la calon simpanan dipanggil. Siapa yang dipanggil ni pun akan dapat pulak surat dari JPA. Barulah secara rasmi dilantik sebagai pegawai kerajaan. Lepas melaporkan diri dan diberi penempatan, tugas tempat melaporkan diri la pulak untuk agihkan ke bahagian atau unit mana.

Apa yang aku nampak masalah kat sini, kekosongan yang ada dalam kerajaan ni tak diiklan dan diisi dengan betul. Nak cari orang yang pandai develop web, interview la untuk tu. Kalau nak cari yang bole develop sistem, cari la orang yang betul-betul tau language ape nak guna. Macam mane nak link ke database yang sepatutnya. Kalau orang teknikal pulak tau la hardware ape nak guna dan macam mana nak setting. Jangan la main belasah je janji ade Diploma komputer ke, diploma IT ke dah bole la buat suma keja. Gilo! Kalau kat swasta bila ada kekosongan jawatan contohnya macam programmer untuk develop system yang mahir dengan PHP dengan SQL. Diorang akan interview orang yang ada kemahiran tentang jawatan yang diorang nak sandang nanti.

Cerita panjang lebar macam bagus F48 ni tapi aku plak kena buat minit mesyuarat. Hah! Aku kena buat minit? Bila masa plak aku belajar ilmu mengambil minit ni. Bila plak aku amik kursus jadi setiausaha? Ape kaitan develop web dengan buat minit ni? Diorang tak ade PA ke nak buat minit ni? F41 ni cakap plak klau dulu masa aku blum masuk sini dia yang kena buat. Korang tak terasa bodoh ke? Disebabkan ada "arahan dari masa ke semasa" untuk setiap jawatan dalam kerajaan ni. Diorang gunakan la suka-suka nak mengarah orang. Bengang-bengang pun aku buat la jugak. Aku ikut je format yang ada, edit la yang mana patut. Ok la aku kena buat minit je sekarang.

Bila ada info kat dalam web ni yang tak lengkap. Aku kena la kontek setiap bahagian untuk dapatkan info-info ni. Aku dah e-mail minit mesyuarat, aku pun kontek la orang yang bertanggung jawab untuk bagi maklumat ni kat aku. Tapi e-mail aku tak berbalas call diorang tak berjawab. Datang la F48 ni kat meja aku, dengan suara besar dia tanya aku, "dah follow up ke?" Aku cakap la dah tapi belum dapat jawapan. "Kita tak bole tunggu diorang ni. Kita kena pegi kejar diorang ni." Aku mula la rasa ade masalah dengan mamat ni. Takkan la aku nak pegi setiap bahagian, cari orang yang bertanggung jawab bagi info kat aku ni. Ikut dia ke tunggu dia ke sampai dia bagi maklumat yang aku nak ni. Aku dah tipon kat tempat dia, ade orang cakap dia tak ada, ape kejadahnya aku nak kena naik jugak. "Datuk tak bole kita kata tak. Mesti bagi jawapan." Ni lagi satu statement bodoh. Bagi aku kalau bole aku cakap bole, kalau tak aku cakap tak. Ape plak masalah yang tak bole cakap 'tak' ni. Tak dapat la aku nak seru je terus ada. Harry Potter tu lain la. Disebabkan aku bengang la jugak dengan tingkah laku bos bangang aku ni, maka dengan senang hati aku telah pun mengsekolahkan dia kat situ jugak. Aku tak reti benda tak bole ni kena cakap bole. Kalau bahagian lain tak bagi maklumat, aku jugak yang dipersalahkan. Memang nak kena maki la orang tu nanti.

To be continued...

2 comments:

|1f34|-|1r3 said...

beb...ko nyer link kat part 3 nii tak betul kat sidebar..kasi betulkan...hehe

NieZearm said...

hehe... ok beb. dah betul dah... :) tq..