Sunday, July 27, 2008

Journey To The Center Of The Earth 3D


Sebelum ni aku ade gak plan nak pergi layan movie 3D ni. Tapi mesti ade aral yang melintang. Kebetulan je hari Jumaat malam, aku gamble je pergi Mid Valley bila aku try booking guna EasyAccess tak berjaya.

Lepas parking terus beratur kat line yang 3D ni. Harga tiket je RM34 untuk 2 orang. Belum kira harga popcorn dan air lagi. Saje je aku tunggu lewat-lewat sikit nak masuk. Mesti ramai beratur tu. Beratur nak ambil 3D glasses tu la. Lepas layan iklan, lampu mula malap. Keluar la title yang agak kabur. Dah nak start la. Aku pulak tengah busy bancuh Nescafe, belum pakai 3D glasses tu lagi.

3D glasses diorang ni bukan la kertas yang sebelah hijau sebelah merah tu. Kalau tak salah aku la kat TV pun ada jugak dulu cerita yang kononnya ditayangkan 3D dan kena la pakai cermin mata khas kalau nak nampak. Tapi yang pasti aku nampak macam siaran rosak je. Sorry la. Aku memang tak nampak 3D.

Memang berbaloi la aku bayar mahal-mahal. Tak nampak kepala orang depan. Tak ada budak kecik yang sibuk bertanya. Tak ada yang main SMS. Tak ada yang goyang-goyang kerusi. Tak ada yang memekak. Tak ada budak menangis. Memang best la kalau banyak yang 'tak ada' ni. Bagi aku la kalau mak bapak nak bawak budak kecik tengok wayang. Sila pastikan budak ni faham cerita, tak banyak bercakap, dan reti duduk diam. Kalau tak ada ciri-ciri ni jangan la bawak. Mengganggu orang lain je. Jangan la fikir sebab dah bayar harga tiket, boleh buat sesuka hati. Orang lain pun bayar harga tiket yang sama.

Memang best la sekali sekala layan movie yang 3D ni. Ni yang rasa nak buat selalu ni.

4 comments:

Izzu Izzuri said...

Masa tgk mmg sgt seronot+excited..Dlm keta pun okeh lg borak2+diskus psl cite nih..Smpi je umah rasa cam satu umah berpusing2 mebbe sbb tgk cite 3D..Terasa msh di awang2an lagik..
Terus kongkang smpi pg..
Shayg lps ni lyn IMAX lak yer!! Celonot nyerr..!

K.Jah said...

korang ni tgk kat mana sbenanyer nih!!!

NieZearm said...

k.jah- kat mid valley la.. (mula la pk lain tu) :-p

Kos Serani said...

Wah...tengok berdua ya...mcm time2 bercinta lagi. Kiranya sekarang ni masih dlm honeymoon juga la bro...besok kalau dah ada tiga empat anak....payah dah nak kuar mcm ni selalu