Saturday, July 5, 2008

Memang hangin..

Sebenarnya aku nak buat entry lain tapi setelah terjadi suatu kisah yang hangin ni. Aku pun buat la entry ni. Aku perlu menenangkan diri aku buat beberapa ketika supaya ayat yang aku taip ni tidaklah berunsur 18SXG. Kisah ni bermula 2 hari lepas. Di suatu petang yang syahdu, aku dapat satu SMS yang kemudian aku susulkan dengan panggilan telefon.

Minah ni berhajat la nak beli laptop selepas berbincang dan dipersetujui oleh laki dia. Mula-mula dulu dia tak tau nak pilih laptop Acer Aspire ke Compaq Presario. Kena la aku cerita pros and con antara dua model ni. Lepas tu dia kata nak beli desktop pulak. Kena la aku cerita perbezaan antara clone dengan branded pulak. Senyap sekejap, lepas bincang lagi agaknya dia nak beli laptop balik. Tak ape la. Aku sabar lagi ni. Aku bagi dia 2 quotation terus. Satu model Acer Aspire, satu model Compaq Presario. Pandai-pandai la dia pilih. Dia pilih la Acer Aspire (sebab murah sikit).

Kemudian dia tanya pasal printer pulak. Mula nak yang 3 in 1. Bole print, copy dan scan. Lepas tu tak jadi. Mahal. Nak beli yang biasa. Letih jugak la aku nak explain satu-satu kat dia ni. Brand ape nak amik pun isu jugak. Lepas berbuih aku bercerita dia pun nak bank in la duit kat account aku.

Yang aku bengang tu bole pulak tiba-tiba dia bukak cerita pasal seorang mamat kat opis aku ni dulu. Dah amik duit orang lepas tu tak dapat barang. Kalau dapat pun lambat dan tak macam yang dijanjikan. Sambil gelak-gelak je dia cakap. Konon nak bagi ingat la kat aku. Hey! Besar sangat ke dia ingat 2 ribu tu sampai aku bole lupa diri. Orang pernah bank in kat aku dekat 40 ribu. Selamba je. Resit pun tak bagi (aku pun tak deal guna company. Just me and my name only). Quotation pun aku congak aje. Terus dia agree dan bagi aku cheque. Aku malas la nak cerita track record aku sebelum ni. Berapa ramai orang aku dah tolong belikan.

Korang rasa fair tak kalau harga kat internet untuk model tu RM2,099.00 tapi aku jual kat dia RM1,999.00. Aku cakap aritu kalau nak printer, up la sket. Aku bukan bole amik printer free aje ikut suka hati aku. Setakat mouse tu boleh la aku nak mintak. Kalau kedai aku amik ni bagi pendrive free pun aku bagi customer. Lain la kalau memang dia bagi aku. Setakat seringgit ko up dah nak mintak printer free. Siap mintak upgrade RAM lagi. Kedai aku amik laptop ni pun bole lingkup.

Dia tak kira ke consultancies fee, bill telefon, duit minyak aku lagi. Kenapa kalau kat cina tu tak banyak demand macam ni? Macam ni ke nak tolong melayu? Berapa ratus dia ingat aku untung?

Aku tunggu je kalau-kalau dia ade massage ke tipon ke menyakitkan ati aku. Confirm aku pulangkan balik duit dia. Aku tak nak tolong orang yang macam ni. Nasib baik la tak ada apa-apa berita. Sabtu ni aku nak amik laptop yang aku dah order aritu. Isnin ni bila aku hantar laptop kat dia aku akan pastikan aku pulangkan balik seringgit dia tu.

7 comments:

Secret Writer said...

Bro...memang susah kalau nak deal dgn org pasif ni, kalau kira betul...kepakaran atau khidmat consultancy tu X ternilai tau. sekarang ni aku sanggup tolak taskbiarpun projek besar kerana org pasif mcm tu bukan hanya susah masa nak deal...bila dah ok deal...ada apa2 masalah masa depan...mereka akan jadi naga yg bak apa yg kuar dari mulut semua api belaka, segalanya benar dan tiada apa yg tak benar selain dari yg benar2 belaka pada pendirian mereka.

Tijah said...

agak2 kalu aku order usb cable pastu buat2 lupa bank in bleh?? ala...tak sampai 5 hengget maa..
heheheh!! ke ko hangin sbb minik ko nun jauh dimata?? cepat konfes!!!

NieZearm said...

kos serani - sebab pikirkan kawan la tu aku saba lebih sikit. kalau tak.. huh!

k yus - setakat 1 usb tu ape sangat la. jangan ko order untuk bagi free gift kat client ko pas tu buat2 lupa. harus aku kidnap cem sebagai tebusan tak pun aku rembat motor carlos.. hah! berani...

SiR KinG TiGeR said...

niezearm
Golap bonar blog ekau den ni buto doket. Apo2 pun , Selamat berkarya suka aku baca. Camni lah anak Melayu

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor

NieZearm said...

Datok Zeq - tq.. sajo yo amik konsep brutal sket. laie pon sey lom sompek nak buek template sendiri. pakai la yg mano ado ni dulu..

Denanz ... said...

salam. memang ada banyak customer camni. tak kira la bisnes apa pun. yg bengang tu, kalau ngan cina, diorang ok jer. tak banyak songeh. mahal pun beli jugak.

Kak Senduk said...

sabar cik abang comel...same lah kita deal ngan customer yang macam alif nun gim (anj)..dia ujung kena maki ngan akak..cuba lah pasti puas hati...