Saturday, July 12, 2008

Part 8 - Hunted Past

C7 Julai 2008, aku terima panggilan telefon dari Abang Jep. Dia baru beli line broadband dan nak mintak tolong aku settingkan kat laptop dia. Aku sampai je opis aku cal Abang Jep mintak tolong bukakan pintu. Aku malas nak tukar pas kat budak-budak guard yang ade di kaunter Ground Floor, lagi pun diorang tak bagi kalau time lunch macam ni.

Abang Jep sambung balik pertarungan carrom dengan JG. Aku ambil kesempatan untuk bertegur sapa dengan kawan-kawan aku kat situ. Masa aku borak-borak tu Jijah cakap En Bob nak jumpa aku. Ye ke? En Bob tak ada massage aku pun. Tak apalah. Aku pun dah sampai sini. Aku pergi je la bilik dia. En Bon nampak aku datang terus ajak aku lepak bilik dia. En Ahmad pun kebetulan keluar dari biik dia dan terus join perbualan yang baru nak bermula.

Tetiba soalan tentang kerja aku yang ditanya. En Bob dengan En Ahmad dah dapat aduan dari F48 yang sengal tu. Tapi ex-bos aku ni tenang je tanya sebab musababnya. Mungkin sebab diorang lebih kenal aku.

Aku tak tahu nak mulakan cerita macam mana. Ape yang terkeluar dari mulut aku mula-mula. "Dia seorang yang tak professional." Terkejut la jugak bila ex-bos aku ni dengar aku cakap macam ni. Terpaksa la aku bercerita untuk defend diri aku ni.

Nak dijadikan cerita En Bob ni kenal dengan F48 ni. Sama masa diorang melaporkan diri dulu. Bole pula dia cakap macam-macam pasal MeCD. Dia tak sedar ke yang dia tu kat 'Jabatan' je. Ketua kepada seksyen je. Berapa kerat sangat la staff yang dia kena handle. Itu pun dah kelam-kabut. Sebelum ni tak ada sesiapa yang berani melawan dia selain aku. Tu yang terkesima sekejap tu. Aku tengok sampai sekarang website tu tak launch lagi.

Mungkin dia ingat diri dia dah cukup hebat, dah lebih gempak. Suka-suka hati je nak kutuk orang lain. Diri sendiri tu dah perfect? Dia ingat aku akan dapat report yang buruk la jugak kat MeCD. Dia tak tahu perbualan dalam meeting loghat *** tu aku dah rakam. InsyaAllah akan aku hantar salinan ke JPA.

Antara perkara yang terbaru yang terpaksa aku hadapi ialah mengisi borang aku janji dan borang tapisan keselamatan. Nak kumpul semua maklumat tu tak la susah sangat tapi nak dapatkan tandatangan F48 ni. Boleh pulak dia bagi macam macam alasan dan sebab. Nak cari pasal la tu. Bagi aku senang ade. Kalau dia tak nak tandatangan nanti, aku bagi kat bos atas dia. Biar Puan SUB(P) tu sendiri handle staff kesayangan dia ni.

No comments: