Tuesday, July 15, 2008

Tag by Miss Reezberry

Aku kena tag dengan Miss Reezberry (a.k.a Kak Senduk). Aku dah lama buat tapi tak publish. Sampai la di ingatkan oleh wife aku beberapa hari lepas. Terbongkar la segala rahsia. Macam-macam pekara sejarah kena di ingat balik. Zaman-zaman retro aku pun kena coret jugak la ni. Huh!

NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:
Masa kecik aku dipanggil dengan nama Izam. Skema la sikit. Tapi bila dah masuk je zaman persekolahan mula la dapat macam-macam name yang aku sendiri pun tak terpikir. Ada yang suk-suka gabungkan nama aku dengan nama abah aku dalam versi yang tak complete. Jadi la Suhai Bin Sulai. Tapi ramai la panggil aku dengan nama Suhai. Kadang-kadang bila salah sebut jadi Sohai. Aku kena la ubah sikit ejaan tu supaya ade sikit nilai komersil di pasaran. Jadi la SoHigh. Tapi bila ada kawan-kawan yang lidah orang kampung ni panggil Sohai la jugak. Bila ada orang cina dengarkan ke tak sedap maknanya tu. Masuk sekolah Vokay pulak aku dapat nama lain. Tetiba je ade budak panggil aku Popeye masa aku tengah nak kenalkan nama dalam kelas. lepas tu memang kena kejar la keliling kelas budak tu.

Tamat zaman persekolahan aku ingat hilang la nama tu. Bila masa aku masuk Poli PD, ade jugak class mate aku masa sekolah sekelas dengan aku. Disebabkan dia sorang, orang lain pun panggil la dengan nama yang yang sama juga. Aku kat Poli JB pulak aku ni memang kaki melawan. Mane tak kalau AJK orentasi tu maki-maki sesuka hati. Ingat dah besar sangat la kuasa AJK tu. Tak sedar makan dan pakai diorang tu dari duit student yang baru melaporkan diri ni. Mane ada dalam undang-undang diorang bole buat suka-suka je. So aku melawan pun diorang tak bole buat ape-ape pun. So member-member aku sepakat panggil aku YB. Bila aku duduk rumah sewa pulak dengan class mate aku. Diorang panggil aku Atuk sebab selalu sangan balik kampung. Diorang cakap aku gi balik tenguk cucu. Aku rilek je.

Bila aku further study lagi kat PSAS, Behrang. Class mate panggil aku Brother. Hebat tak bunyi dia. Macam ketua kongsi gelapkan? Disebabkan aku jauh lebih tua dari diorang je. Ade jugak lecturer yang muda dari aku. So lecturer pun aku panggil nama je la. Tapi nama formal aku kat opis mesti la Nizam. Mane member yang rapat dengan aku panggil Panjang je.

ANDA SEORANG YANG :
Memang happy go lucky, cepat marah dan cepat cool balik. Disetengah-setengah tempat aku akan menceriakan suasana. Suka berpikir dan bercita-cita tinggi. Open minded. Berciri Zodiac Libra dan bulan September dari Dr. Fadzilah Kamsah (Pandai-pandai la korang cari ye)

INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DIMATA ANDA
Sudah tentu la arwah Mak. Seorang yang percaya dan yakin aku akan berjaya walaupun ramai yang nampak aku ni macam budak yang tak ada masa depan. Minitetinta aku. Dan sahabat-sahabat aku yang berkongsi suka dan duka aku.

LAGU KESUKAAN ANDA:
Aku tak ada la lagu yang spesifik. Janji sedap telinga aku dengar. Keroncong pun bole, lagu arab pun layan jugak. :-)

MAKANAN KESUKAAN ANDA??
Aku suka banyak dish. Antaranya berlada. Tak kira la ikan ke, ayam ke. Ikan favorite pulak ikan sembilang. Kalau ikan talapia tu goreng kunyit je pun aku dah tak bole nak share lagi dah. Confirm seekor tu aku punya. Bole dikatakan ape yang arwah mak aku masak tu memang kena la dengan selera aku. Nasib baik la wife aku ni ade mewarisi talent mak. Makin hari makin improve.

WARNA KESUKAAN ANDA :
Biru kot. Sebab bila bukak almari mesti rasa macam banyak warna tu. Tapi aku tak la berkira sangat. Janji bukan la warna-warna yang bole glow in the dark sebab kulit aku ni tan sket. Baju yang sanggup aku pilih lama-lama dan mahal la sikit dari baju aku yang lain ialah kemeja hitam dan putih. Biasanya aku cari yang cottan yang mudah gosok.

SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS
Aku paling tak suka orang yang pentingkan diri. Kenapa? Adakah orang itu ingat diri dia aje ke yang berharga. Kedua aku tak suka orang yang tak pandai buat keputusan or keputusan bodoh. Ketiga aku tak suka orang yang menyusahkan orang dan tak ada masa depan macam mat rempit. Sakit betul mata aku bila tengok budak jantan pakai seluar londeh-londeh ni. Muka pulak sangap je. Rasa nak sepak je laju-laju.

TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA
Soalan ni mengelirukan sikit. Beg apakah ini? Beg pack aku ke? Mesti la ade laptop. Ini pun sebab aku tak ade tempat nak simpan kat opis. Takut hilang pun ia jugak. Earphone untuk personal entertainment. Tie untuk kecemasan. Mane tau tetiba kena pakai plak ke. Kalau wallet tu biasa la. IC, lesen dan road tax. Road tax moto aku tak simpan kat moto sebabnye kalau ade sesapa pinjam tanpa kebenaran dan kena tahan. Confirm la kantoi.

KALI TERAKHIR ANDA MENAGIS DAN KENAPA??
Mesti la bila mak aku meninggal. Last sekali yang aku ingat awal bulan ni la. Sebab bulan ni la sepatutnya birthday arwah mak aku ni. Kadang-kadang bila aku teringat kat arwah, aku tak sedar pun air mata aku mengalir membasahkan pipi... :-(

TAG 6 RAKAN ANDA
Kalau tak buat aku hantar virus kat PC korang. >:-)

3 comments:

Kos Serani said...

Sedih ...bila baca part last tu. Syg sangat abg kat Mak ya...mesti dia bangga dapat anak mcm abg yg syg mcm ni ...siap abadikan pic mak tu dlm blog ni.Kak jek pun bagusnya...kasih kat mak mentua...pic tu pun ada kat blog dia...untung bro dapat wife mcm kak jek tu

Yuz @ Dikja @ Kak Jah said...

wuishh..siap paksa tu. adoyaii... pecah paler nak buat tag2 bagai nih

NieZearm said...

aku pun kena paksa jugak. Nanti kena sumpah jadi lembu.. hehe..