Thursday, July 31, 2008

Warkah Untuk Abg Trafik...

Kehadapan Abang Trafik yang selalu menjadi mangsa kutukan,

Sahaja saya menulis surat ini adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak tuan.

1. Apalah kiranya dosa motor saya yang diparking betul-betul atas line parking motor di hadapan Plaza Imbi itu dituduh menghalang lalu lintas. Waktu kompoun dikeluarkan kurang 3 minit pukul 8 malam dengan alasan menghalang lalu lintas. Kenderaan siapa yang saya halang? Sekiranya mak ayah tuan berkesempatan bawak kereta Jaguar sekali pun dan melalui jalan itu, InsyaAllah tidak menjejaskan apa-apa pun. Tidak terlintas langsung difikiran saya untuk membuat sekatan jalan raya menggunakan motor saya itu. Adakah pihak tuan ini bangang atau buta yang parking motor itu tadi penuh dan tidak mencukupi? Adakah pihak tuan cemburu dangan motor saya yang dibeli dengan duit sendiri ini lebih hebat dari motor tuan dirumah atau kapcai yang berwarna putih yang tuan bawak itu tadi? Atau mungkin sekadar memenuhi quota saman/kompound pihak tuan pada hari itu? Inikah cara pihak tuan untuk menambah hasil pendapatan negara? Kalau ia jawapan tuan, memang bangang dan tak patut la pihak tuan ini diberi gaji untuk memegang kuasa atau memimpin kerana tidak mampu lagi untuk berfikir akan cara lain yang sewajarnya.

2. Saya pernah juga disaman semasa berkereta di Tanjung Malim suatu ketika dulu. Alasan bodah piha k tuan ialah 'tidak memasang lampu belakang.' Adakah suis lain yang membezakan lampu depan dan belakang? Kebetulan saya baru sahaja menukar mentol belakang dan mungkin masalah wiring menyebabkan kiri dan kanan lampu belakang blow. Tetapi ketiga-tiga lampu break menyala. Saya disaman dengan alasan bodoh itu tanpa memikirkan status saya sebagai pelajar pada ketika itu. RM150.00 yang terpaksa saya salurkan itu cukup besar ertinya semasa memegang status pelajar. Sehingga kini anggota pihak tuan itu sering saya jadikan contoh orang yang bangang.

3. Terdapat juga beberapa insiden yang melibatkan pihak tuan tetapi saya anggap sebagai menjalankan tugas. Diharap pihak tuan dapat mengkayakan lagi hasil negara dengan disamping mendapat kutukan dan cercaan dari pelbagai lapisan masyarakat. Akhir kata saya harapkan pihak tuan dapat tidur malam, selesa dengan ape yang pihak tuan lakukan, serta dapat menyara diri dan keluarga.

Sekian, terima kasih.

Saya yang mangsa keadaan,

********


p/s: aku tak halalkan korang amik duit aku tu.

9 comments:

Tijah said...

saya pun tak suke polis. apa2 jenis polis baik lah terutama trafik & fru.

tapi saya ada polis dirumah..

polisi insurans 100%
no co-insurans.
wakakaka...x dengki ke jek?

NieZearm said...

k.jah- dengki gak la. :-p

Denanz ... said...

aahh! aku pun pernah beberapa kali menjadi mangsa kebangangan mereka. cheh. mangkuk hayun betoi!!

Secret Writer said...

Adoi...aku pun penah kena saman polis trafik ni bro, hanya kerana kesilapan kecil, bukan kesalahan kecil tau...hurm...bengang aku masa tu tau

Izzu Izzuri said...

Aku penah parking kejap kt klia nk tgk flight adik aku da smpi lom..Baru jln bbrp meter da nmpk polis trafik ni saman keta aku..Terkial2 aku nk kejar dia tp dia dah slmat pun saman aku..
Pastuh dia ngn rasa bersalahnye konon nk tlg mintak fon no aku, suh aku pi balai polis & mntk diskaun..Alih2 on the way balik, dia sms nk berkenalan..
Seb baik aku da tunang tem tuh..Klau tak, slamat aku play2kan dia lite2 dulu..
Geram nih!!

Secret Writer said...

Abg Jek...tarik sikit telinga kak Jill tu

NieZearm said...

denanz- ramai lg mangsa mcm kita.

kos serani- diorang ingat kuasa diorang tu dh besar sangat..

NieZearm said...

kos serani- dah tarik dah... >:-)

@rep said...

opsss... GOOD COPS , BAD COPS..

hampunnnn...