Friday, August 22, 2008

Amoi masuk masjid!


Jumaat arini aku berdua dgn JG. Kitorang merempit sampai Masjid Putra. Parking asing-asing, janji jumpa kat gerbang masjid. Lepas amik air sembahyang kitorang bersantai kat dataran masjid sebelum bilal ajak jemaah.

Kitorang terpandang amoi yang sesat sampai kat dataran masjid. Dengan pakaian yang menampakkan aurat, secara tak langsung telah mengurangkan pahala Jumaat kitorang. Bole pulak amoi tu berdiri sambil usha dalam masjid. Mungkin tangah cari Imam yang baca kutbah atau pun mungkin tengah cari menteri-menteri yang macam celebrity kat dalam masjid.

Kejap lepas tu aku nampak petugas masjid berlari kat amoi ni dan di suruh keluar. Aku rasa la kalau amoi tu nak tengok pun tak salah. Tapi pakai la jubah yang ada tu tutup aurat. Mane la tau terbukak la pulak hati dia nak peluk Islam.

Lepas sembahhyang aku dengan JG Singgah pasar tani kat Presint 2. Aku order Char Kuew Tiew, JG order Mee Goreng tak ada telur. Aku dengan JG sambung bincang pasal amoi yang berjaya mengurangkan pahala Jumaat kitorang tadi. Kitorang sependapat tak salah kalau amoi tu nak tengok tapi kena la tutup aurat or pakai je jubah yang disediakan tu. Ape pendapat korang?

2 comments:

Tijah said...

tak patut petugas tu prejudis kat amoi tu. patut encourage la dia masuk...kot2 dia nak tgk dr dekat mcm mana org islam perform solat ke kan...

NieZearm said...

setuju..