Tuesday, August 19, 2008

Berkursus Di INTAN Kiara

Minggu lepas aku dipilih untuk berkursus di INTAN Kiara. Asalnya bos aku yang kena pergi tapi dia mintak aku ganti. Tiba-tiba lepas lunch diorang cakap aku tak layak pulak. Aku baru lagi dan tak cukup pengalaman. Bila nak bagi orang lain pergi pulak, orang tu cakap kursus ni tak berkaitan dengan kerja dia. Kerja aku lagi berkaitan. So, petang tu dalam pukul 4 lebih kurang diorang buat keputusan aku jugak la yang kena pergi.

Suka-suka je nak mainkan perasan aku ni. Kejap bagi, kejap tak bagi. Lepas tu kena pergi pulak. Aku pergi je la. Bukan rugi pun. Tak payah la aku rushing nak naik bas. Kursus yang aku kena pergi ni Program Latihan Keselamatan ICT Sektor Awam - Pertengahan (Pengukuhan Operasi Dan Rangkaian). Kursus yang basic aku tak pergi. aku pun tak tau bila la masa diorang buat kursus tu.





Kursus ni bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara.


Tempat ambil air wuduk di masjid INTAN Bukit Kiara.

Kena la aku bawak balik motor sebab public transport nak ke situ memang susah. Aku berkursus dari 12 Aug 2008 hingga 15 Aug 2008. Balik rumah je dah letih. Tak larat nak layan blog. :-)


4 comments:

shinO サイフル said...

Hahaha INTAN BK..
familiar gile tempt ni bro.
Aku pon nk mohon gak gi kursus
cne. Thn ni 1 kursus lom hadir gi
huhu~ Bila ntah nak lengkapkan
7hr setahun nih..

NieZearm said...

tak apply pun. jd calon ganti je. kita bukan orang penting.

Princess Liyana said...

wah2..seronok tu berkursus:)

NieZearm said...

liyana- best la dpt blaja benda baru..