Wednesday, September 17, 2008

Berbuka Puasa Di Marriott, Putrajaya.

Semalam aku dapat jemputan berbuka di Marriott, Putrajaya. Ini bukanlah kali pertama aku berbuka puasa kat sini tapi pertama kali aku bawak wife. Kalau dulu aku selalu cerita je kat dia. Sekarang aku dapat bawak dia sama.


Kitorang sampai parking pukul 6.00 pm. Pukul 6.30pm baru la cari Ballroom sebab nak booking meja. Jam tangan aku dah dekat nak pukul 7.00pm tapi belum ade lagi yang amik makanan. Aku pulak jadi antara orang terawal amik makanan. Bila aku toleh belakang je rupanya aku dah ada ramai pengikut. Kalau ade nak amik dish yang sebelum mesti tak berani. Semua muka bengis. Lapar sangat agaknya.

Boleh dikatakan semua aku amik kecuali nasi. Itu pun dah bole memenuhkan pinggan. Ingat nak buat second round lepas solat tapi aura untuk melantak ni tak meluap-luap lagi. Dah sejuk kot kena air sembahyang. Hehe!

Dekat kul 9.00pm baru la kitorang meninggalkan meja. Itu pun dah banyak meja yang dah clear. Budak-budak banquet tu pun dah banyak kali lalu lalang. Kejap amik pinggan, lepas tu amik sudu. Meja aku tak kurang-kurang jugak orang. Biarlah aku balik dulu. Yang lain balik area Putrajaya je. Aku dah tentu kena balik Seremban. Perut dah kenyang ni rasa jauh je nak balik rumah. Adoiyai!!

5 comments:

Secret Writer said...

Rasanya memang X berbaloi makan Buffet yg berbayar kecuali free la, kerana time puasa, banyak mana boleh makan...kan? Aku tengok...ada yg RM55- RM85 kat Hotel, syg jer duit...but aku selalu dapat free.

Waiter tu saja jer lalu kali2, nak bagi Hint..."BILA LA NAK BALIK NI" heh heh heh

Yaya said...

aku pon penah bebuka sini
aku suka food kat sini
lebi2 lagik kek kat situ
nyummmyyyyyyyyyy

NieZearm said...

kos- klau sendiri tak payah la g hotel. ni pun sbb free... :)
dh bole baca dh ati waiter tu..

yaya- kek dia mmg sedap.. x smpt nk amik gmbr. kejapje dh abis..

afiq said...

afiq... huh.. mkn ler kt mne pon.. hotel? pape je la..
kot buffet.. huh tiade istilah malu n segan.... berkali-kli.. bgn.. kihkihkih

NieZearm said...

afiq- klau malu rugi la..