Tuesday, October 7, 2008

Dugaan Ramadhan - Pusara

Di suatu Ahad, aku dan Along pergi la ke Makam Tn Haji Said untuk berjumpa dengan "kawan ayah". Ayah bagi tau yang kawan dia ni boleh buatkan dulu pusara dan lepas raya baru bayar. So tujuan kitorang datang pergi jumpa dia ni sebab nak pilih design mane yang nak dibuat.

Sampai di makam, aku dan along pun mencari la "kawan ayah" ni. Bila dah jumpa mula la sesi perkenalan. Keluar la nama sedara mara sebagai testimoni. "Kawan ayah" ni cakap seelok-eloknya buat la cepat supaya raya nanti dah siap. Dalam kepala aku nak buat lepas raya je. Biar pilih tenang-tenang, semua setuju. Dia cadangkan buat yang paling simple je, sekaki setengah. Harga paling murah dia RM2,500. Deposit dia nak RM1,500 dulu. Kononnya nak beli barang. Mula la aku doubt "kawan ayah" ni. Dengan ayah dia cakap bole buat dulu. Bila dah berubah je cakap "kawan ayah" ni mula la aku bau-bau ikan (smell fishy).

Kalau aku buat sendiri pun tak sampai seribu. Mula la aku rasa nak buat sendiri je nanti. Tiap-tiap minggu aku siapkan sikit-sikit. "Kawan ayah" ni pulak macam nak cepat je. Mula la aku rasa dia ni nak cari duit raya je ni. Tapi melampau la dia markup.

Aku cakap je kat dia nanti deal terus dengan ayah. Kitorang nak balik bincang. Sampai kat rumah aku pun cerita la ape yang jadi. Duit nak guna untuk kenduri lagi. Nak naikkan batu lagi. Bagi aku la kalau tak naikkan batu lagi pun aku datang jugak. Beberapa hari lepas tu ayah pulak telefon dia nak discuss pasal deposit. Kali ni dia kata nak RM700 je pulak. Lebih dari separuh la pulak harga dia. Tapi ayah nak bayar RM500 je dulu dan dia bole la terus buat. Tak tau la bila ayah nak bayar tu.

........................................................................

27 September aku dengan Jill singgah kat kubur mak dan tengok tak ade ape-ape perubahan pun. Nasib baik la ayah pun belum bayar lagi kat kawan dia ni. Nasib baik la aku tak terserempak dengan "kawan ayah" kat situ. Kemungkinan termaki tu memang ada. Aku pun terus la telefon no orang lain yang bina makan jugak. No fon Abang Ramli ni aku amik pun pada makam yang sebelah je dengan kubur mak. Aku pun saje-saje je tanya berapa harga makam yang sama dengan "kawan ayah" suggest. Tak la aku terperanjat sangat. RM1,300. Melampau betul badigol tu nak markup.

Sebab dah dekat sangat nak raya, Abang Ramli ni cadangkan tanah kubur tu dikemaskan dan taburkan batu-batu putih kecik je dulu. Tak la kitorang pilih yang lebih kurang je, nanti menyesal la pulak. Okaylah. Lepas raya baru pilih design dengan colour.

Rupanya kat kubur pun ade orang yang amik kesempatan. Tu pasal ada yang bayar lepas tu orang yang buat tu pun menghilangka diri...

14 comments:

Aleeya said...

mahalnye..kat kubur pun nak amik untung byk...

masa nak naikkan batu kat pusara arwah abg aku dulu, tak silap aku rm6++, kumpul duit adik beradik..okayla syantek je pusara arwah abg..

al fatihah utk arwah mak ko zam.

NieZearm said...

kadang2 bukan diorang yg buat. amik untung atas angin je. kes dh baya tp tak siap mmg byk. bdk dadah pun pandai mengayat..

S h i n O said...

business tetap biz..
biasalah zaman skarg..
:P

ryn said...

mak aii.. serious badigol so'ot..

zam je la wat sdiri.

K.Jah said...

ko tak try pegi kat depan ocean tu...tan ke ape nama kedai tu. siap kuar paper aritu...

NieZearm said...

shino- elok orang bole bagi ikhlas terus dpt maki. sesia je..

ryn- mmg ingat nk buat sendiri tapi ayah plak tak sampai hati tgk zam buat sorang2..

k.jah- ade gak nampak. tapi nampak abg ramli tu pun ok. Ade la resit bila baya pun..

Izzu Izzuri said...

Tulah dia ulat kubo yg akk maksudkn. Bknye sorng, rmai lak tuh. Kuwang hajau tul! Tp syukurla Allah nk selamatkn kiterang, tak smpt byr pape lg.

Princess Liyana said...

alahai..macam tu plak..emm mcm2

muor76 said...

zaman skang nih kite kene berhati-hati.. ramai benor penipu dan yg suke mengamek kesempatan.. kalo nak upah org kene survey survey dulu.. kan kene ngan pembelit mmmg dicekik nyer kite kaw-kaw..

NieZearm said...

p.liyana- macam2 ada... :p

muor76- susah nk bersangka baik skang ni.. ramai sangat org yg desperate..

susu dalam botol said...

takkan semahal itu kot? GILA.

NieZearm said...

kena jgk buat survay klau xnk kena tipu.. biness ni je belum ada online.. :p

denanz said...

tu la zam. pikir2 kan, cari barang, bikin sendiri. kureng sikit pun takpe, puas hati. lebih dari kena sembelih di kuburan.

NieZearm said...

denanz- ade terpikir gak. tp rasanya semua adik beradik nk up sorang sikit. buat je yang termampu... :)