Tuesday, November 25, 2008

Review Yamaha LC135

Yamaha LC135 mula dilancarkan pada 2006 dan Yamaha LC135 Racing Spirit (dengan klac tangan) pada Julai 2007.

Jangan la ade yang nak bandingkan motor 2 lejang dengan 4 lejang. Pernah jugak ada yang ajak aku race dengan 125ZX yang dia beli lebih kurang aku jugak. Jangan la cakap ikut sedap je tanpa tau beza kuasa enjin yang ada. Ape beza cc dengan horse power (kuasa kuda). Silalah google dan cari sendiri ye.

Ape yang menarik minat aku pada motor ni ialah teknologi yang ada pada jentera kecik 135cc ni. Neo Technology yang dimuatkan pada motor ini memang menarik.

Liquid-cooled Engine Atau dengan erti kata lain, motor ni ada radiator. Teknologi ni jarang digunakan untuk motor bawah 150cc. Bila suhu engin terlalu tinggi, performance enjin akan menurun. Teknologi ni memastikan engin tak terlalu panas bagi mengekalkan kuasa dan hayat enjin.




4-valve 135cc Engine
Ini membekalkan torque untuk kelajuan rendah ke serdehana dan sederhana ke kelajuan tinggi. Max torque ialah 11.65 N.m (1.165 kgf-m) pada 5500rpm.

Mampu mencapai 60km untuk seliter petrol dengan kelajuan 60km sejam.



Monocross Suspension
Untuk pemanduan lebih stabil semasa mengambil selekoh dan jalan lurus.

Displacement sebenar enjin ini ialah 134.4cc. Kuasa maximum yang boleh dicapai pula 8.45kW bersamaan 11.33 kuasa kuda (horsepower) pada 8500rpm.

Masih ada lagi ciri-ciri yang boleh diperbaiki seperti meter speed digital beserta analog rpm. Disk break belakang pula memanglah patut dijadikan sebagai aksesori pilihan walau pun penggunaan break jenis drum pun sudah memadai untuk menghentikan jentera Yamaha ini. Terima kasih pada Yoshimura's yang sudah pun mengeluarkan paip untuk dipadankan dengan motor ini.

Demak Motor pun ada mengeluarkan sebuah motor yang menyerupai Yamaha LC135 iaitu Demak Evo Z tetapi dengan menggunakan enjin 110cc sahaja. Moped ini juga dikenali sebagai Yamaha T135, Spark, Jupiter MX, Yamaha Sniper, Exciter, Crypton X, LC4V dan Spark 135.

Sumber:
http://www.yamaha-motor.co.jp/global/asean-touring/machine/index.html
http://motorcyclephilippines.com/forums/showthread.php?t=73803
http://www.yamaha-motor.co.jp/global/news/2005/09/20/t135.html

9 comments:

Riezal said...

bro.. ko nak angkat ker..?. Dulu aku ada berkenaan satu model ni from Yamaha FZ150i kot.. kalau tak silap... injection.Kira macam ala2 naked bike laa kiranya.. tapi bila aku tengok2 balik body dia takde laa lebar sgt.. so stop hajat tu.. cari superbike trus laa kalau ada rezeki :)

NieZearm said...

aku dh angkat pun. klau ko nk layan naked bike, try tgk Kawasaki er-6n. harga RM27K.

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam
motor, motor, laki kak rose pun sama, asyik criter pasai nak tukar motor, rasanya motor sekarang pun dah bagus.

NieZearm said...

w'salam, laki akak pakai moto ape? biasa la kak, lelaki kan? kalau tetiba bola jaring lg masalah.. :p

paCat said...

Saya suka bola tampar..!!!

NieZearm said...

mcm cite maero attact tu ke. mantap. awek2 cun main bola tampar..

S h i n o said...

waghh bro... gud info..
aku tggu plat yg aku tempah ni..
lom kua lg.. xsabar nak sambar LC135

err.. bro, pe pandangan ko pasal WAVE125X dan LAGENDA Z BARU

NieZearm said...

jom kita ramaikan lagi kaum LC135..

Wave125x dgn lagenda z ok gak tp LC135 la lg best..

S h i n o said...

ok bro..
dapat motor LC135..
aku post pic die hehehe :P

skrg xleh lg nak beli,musim hujan
lgpun plat idaman lum kuar lg.. :P